Introspeksi Diri, Jom Amal Sunnah!

Assalamu'alaikum warohmatullahi wa barokaatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai 10 awalnya...fasa limpahan rahmat yang dijanjikan Allah SWT.
Bersyukurlah kerana sempat sampai ke tahap ni..dan berdolah semoga dapat merasai nikmat yang sangat luar biasa ini sehingga ke penghujungnya.

Bagaimanapun, adalah menjadi kemestian bagi kita untuk menginkspeksi diri akan sejauh mana kita telah menjadikan Ramadhan kali ini untuk mentarbiyah jiwa kita yang rawan. Sebelum 30 hari berlalu begitu sahaja, elok benar jika setiap hari kita menyemak kembali diri kita, bermuhasabah sebanyak-banyaknya...sesungguhnya tiada hari bagi manusia 'biasa' yang suci dari noda dan dosa. Wallahu'alam.

...

Alhamdulillah, di pagi hari kelapan yang penuh damai ini, Allah mengurniakan ilham untuk saya berkongsi sesuatu, yang moga-moga memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Perkongsian ini sebenarnya adalah cuplikan dari sebuah majalah islami 'Qiblati' yang saya pinjam dari musolla fakultas. Ada satu ketertarikan untuk membawanya pulang dan menelaah isi kandungannya. Ternyata memang luar biasa. Padat dan tepat, insyaAllah.

Sebelum ini saya pernah mengulas mengenai amalan sunnah Rasulullah yang ramai orang suka bahaskan (contoh; poligami) tapi banyak sunnah yang terabaikan. Seringkali gah mengaku pengamal sunnah tapi sejauh manakah kita betul-betul mempraktikkan amalan Nabi sebenarnya? Jom fikirkan sebentar adakah sunnah-sunnah yang mudah ini kita lakukan dalam kehidupan seharian...


1) Mengenakan sandal dimulai dari yang kanan
Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: (yang bermaksud) " Jika salah seorang di antara kalian memakai sandal, maka mulailah dengan kaki kanan, dan jika hendak melepaskannya, maka mulailah dengan kaki kiri.." (Muttafaqun 'alaih)

Nanti bila nak pakai kasut ke sandal ke selipar ke, tengok spontannya kita pakai sebelah mana dulu...;) Kalau selama ni tak kisah, jom kita ambil kisah dan amalkan sunnah yang mudah ni. ;) 


2) Bersiwak dan membaca akhir surat Ali 'Imran saat bangun tidur.

Dari Ibnu 'Abbas r.a. dia berkata: "Aku pernah menginap di rumah ibu saudaraku Maimunah, maka Nabi SAW bangkit (hendak berdiri solat) di sebahagian malam, kemudian bersiwak lalu membaca 10 ayat penutup surah Ali 'Imran kemudian beliau berwudhu'.." (Muttafaqun 'alaih) 
 Telah datang juga sebuah riwayat serupa dari hadis Hudzaifah, di mana dia berkata: "Adalah Rasulullah SAW jika hendak berdiri solat pada sebahagian malam, beliau menggosok mulut beliau dengan siwak." (Muttafaqun 'alaih)

Hadis-hadis ini menunjukkan sunnah bersiwak (gosok gigi) saat bangun tidur. Hmm..bagi yang berdisiplin jaga kebersihan mulut, amalan ni mesti dah jadi darah daging kan. Bagus bagus bagus. Bagi yang on off ikut mood, jom amalkan tiap hari lepas ni. Bangun tidur, gosok gigi, baca doa (lagi baik) dan berwudhu'...kemudian? sudah pastilah solat (sunat or subuh)..bukan terus makan pagi!


3) Membaca Basmallah saat masuk rumah

Dari Jabir dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: (yang bermaksud) "Jika seseorang hendak masuk ke dalam rumahnya kemudian menyebut asma Allah (bismillah) saat masuk, dan saat makan, maka syaitan akan berkata (kepada teman-temannya): "Tidak ada tempat menginap bagi kalian dan tidak ada makan malam bagi kalian... (HR Muslim)

Sangat mudah kan? hmm...dan jagalah adab-adab lain juga..seperti tak makan/minum sambil berdiri atau berjalan. Banyak yang jadikan tabiat benda ni. Gembira syaitan tengok kita ikut cara dia.;P


4) Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur

Dari Abu Hurairah r.a. , dia berkata, Rasullah SAW bersabda: (yang bermaksud) " Jika salah seorang di antara kalian hendak menuju ke tempat tidur, maka hendaklah dia mengambil bahagian dalam dari sarungnya kemudian mengibaskannya ke tempat tidur kemudian membaca basmallah, kerana dia tidak tahu apa yang datang di belakangnya setelah berada di atas tempat tidurnya." (HR Muslim)

Pernah perasan tak mak ayah atau atuk nenek kita buat hal ni? pernah kan...ternyata sunnah Nabi rupanya. ;)

Cukuplah empat saja. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Bila dan hebat kualiti, banyakkanlah kuantiti. Mudah-mudahan...InsyaAllah..;)

 ...

"Ilmu memanggil untuk beramal, kalau dia menjawab panggilan itu, ilmu itu akan tetap padanya, namun jika dia tidak mengamalkannya, maka ilmu itu akan pergi." -Saidina Ali r.a.


Gerun sebaik terlintas membaca maksud ayat 2-3 dari surah Ash-Shaff... 
"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
Astagfirullaha'azim...tapi janganlah pula kita tidak menyampaikan yang baik kerana takut tidak mampu amalkan yang baik. Bukankah itu justeru jadi pemangkin bagi kita untuk tetap beringat-ingat dan beramal yang baik-baik sentiasa? 
Jom Muhasabah dan check iman masing-masing.

Wallahu'alam bissawab.