Berlaku adil

Ujian yang kedua akan datang lusa. Sekarang sedaya upaya untuk belajar sebaik mungkin. Fikirkan yang positif. dan terus bersemangat. aminn...

Petang tadi baru selesai main badminton Dekan Cup. Bukanlah saya suka memanjangkan perkara yang remeh, tapi bila ada ketidak adilan berlaku, saya memang tak akan pernah berpuas hati dan dan duduk diam saja. Satu perkara lagi, menghampakan orang lain. Bila seseorang dah berazam dan bersemangat untuk lakukan sesuatu, bagi dia peluang. Saya tak pernah kisah kalau saya yang akan berkorban dalam saat-saat yang mendesak, asalkan sahabat saya tak rasa kecewa. Tunjuk baik? Huhu..tak ada guna tunjuk baik kat siapa-siapa. Allah saja Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-hambaNya.

Sahabat saya mungkin pulang dan lupakan saja semua yang berlaku tapi saya tak boleh. Kalau tidak terpilih untuk bermain kerana gagal ketika seleksi, itu bukan masalah. Adat la. Bukan semua yang kita mahu kita akan dapat. Tapi bila datang untuk bermain pada hari perlawanan, dan tiba-tiba diberitahu seorang dua kena tarik diri sebab dah cukup pemain..what the ****??? Astaghfirullah..(masih tak puas hati).

Mahu salahkan siapa? Tak perlu untuk saya salahkan siapa. Belajar memaafkan orang lain adalah lebih baik. Biarpun saya dapat main hari ni, tapi apa yang berlaku meninggalkan sedikit kesan kat dalam diri saya. It was just not fair.

Lucu. Perkara macam ni pun nak marah-marah? Apa saja la. Cuma dalam apa jua keadaan, sentiasalah berlaku adil. Menjadi pemimpin apatah lagi. Bersikap adil bukan kerana mahu menjaga hati orang tapi memberi hak kepada yang berhak mendapatkannya. Wallahu'alam..



Kadang-kadang kita perlu berfikir apa yang orang lain rasakan sebelum kita membuat keputusan yang melibatkan diri kita dan orang-orang lain. Dengar, lihat dan mengerti.

Rinduku padaNya..

sobaahalkhair..

Tiba-tiba terasa sayu benar hati ni. Sekejap ingatan saya singgah di Malaysia. Sekejap pula berlabuh di sana...di bumi barakah Makkah dan Madinah. Abah, mama, adik na, kak jan, abang asrul dan mak cik..semoga pemergian kalian dirahmati setiap saat..semoga kalian kembali dengan sihat wa'afiat..selamat menyambut lambaian kaabah.. ah..rindu benar saya.

Sedar tak sedar sudah masuk lima tahun saya meninggalkan tanah suci. Tahun 2003.. bila abah bagitahu mahu ajak saya dan adik lelaki ke sana, perasaan ni susah nak cakap. Gembira..excited!..takut pun ada. Haha. Takut sebab macam banyak dosa sangat nak jejak kaki di tempat-tempat suci. Naif sungguh.

Masa tu kat sekolah dah belajar Syariah Islamiyah bab haji dan umrah. Jadi, tak susah nak hafal rukun-rukan, amalan sunat, doa-doa yang berkaitan. Semakin bersemangat pula sebab dapat praktik terus lepas belajar. Alhamdullillah..rezeki dari Yang Maha Pemurah..sampai juga saya di sana..dalam usia yang muda. Itulah pertama kali saya naik kapal terbang. Itulah pertama kali saya ke luar negara.

Terus terang, hati sangat tenang sepanjang berada di Tanah Haram. Sangat tenang. Memang indah hidup ni kalau sentiasa dekat denganNya..dan di sana semakin dekat saya rasakan. Ya Allah..aku benar-benar rindu..

"Abah..lain kali kalau boleh nak pergi lagi..??"..pernah saya usulkan perkara tu.Tapi jawapan abah seperti biasa..mengingatkan saya tentang sesuatu yang lebih penting.

"Buatlah yang wajib dulu. Umrah beberapa kali tak baik kalau haji pun belum buat.."

Ya..rukun islam belum terpenuhi.. InsyaAllah, bilamana ada kemampuan sendiri nanti, saya mahu ke sana lagi. Semoga Allah murahkan rezeki. Aminn..


"Dan engkau(Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)."
ar-Rum ;53


Hidayah tu dari Allah. Tetapi kita dapat berusaha untuk mendapatkannya. Banyak mu'allaf belajar sendiri mencari kebenaran dari Al-Quran..dan mereka menemukan kemukjizatannya. Tapi yang sudah di'bin' dan di'binti'kan..banyak yang sudah berkurun tak sentuh kitab suci tu. Inikan pula mahu memahami isinya.. Na'uzubillah..

Sejauh mana pula yang sudah benar-benar mematuhi segala suruhanNya. Amar ma'ruf nahi mungkar kata orang. Saya juga masih bocor sana sini...Sama-samalah dimuhasabahkan..

Cuma, apa yang saya selalu ingatkan diri saya, selagi termampu..cubalah berusaha menasihati saudara terdekat, teman tersayang..akan kesalahan dan dosa. Manusia ni memang mudah lupa. Harus ada orang yang menasihati kita..harus juga kita menasihati orang lain. Usahlah digunakan istilah 'jangan jaga tepi kian orang..' (i hate this statement!) Asal kita di pihak yang benar, maka berkatalah yang benar walaupun amat pahit kesannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Responsibility

Sometimes i also had the feeling of not going to class. But, i had been taught by my parents, especially, to just follow the 'law'. So, whenever the demons whisper me about hitting the rule, i would think over it for a few seconds and then remind myself..."it's your responsibility to go to class although you are damn lazy, tired or what so ever..those can't be relevant reasons for being absent..you have been paid to study abroad..but by skipping the class, it means you do not appreciate the others help and the much more important is..you do not obey Him..Allah never love this kind of muslim..He asked you to learn and find knowledge as much as you can..so??"


..and i make sense then. Why im talking about this matter? Hmm..actually the incident happened in my class today came to my mind. My class coordinator was pissed off because some of our friends always ask their loyal friends to sign in attendance sheet for them as they would not come or be very-very late to class. (Kalau sakit lain cerita la kan.....)Haha. Thank God im not a class captain. But poor him..he was scolded by a few lecturers because of others wrongdoing. Haih..As i said early, that's all about the responsibility.

..lets together..
Being a responsible son or daughter..
being a responsible student..

and the number one ever..being a responsible muslim..



eXpect little..bUt give much


Kalau akar dah kuat, insyAllah..pohonnya takkan mudah tumbang..
Tapi..jangan lupa daunnya tetap akan gugur ke bumi dan ditiup angin lalu walaupun kadang-kadang daun itu masih begitu hijau..

A Wish

On this special day, i wanna wish my dearest friend, WAN MADIHAH W.EMBONG..



HAPPY BIRTHDAY !!!

~YOU ARE 21 N0W~



Push up...kisah 1992...and backhand smash?

Hari ni hari Sabtu. Saya terbangun lewat sebab semalam pun tidur lewat sebab satu barang yang saya sayang rosak. Agak sedih. Tak boleh nak belajar. Jadi buat kerja-kerja lain yang tak penting pun. setiap orang ada cara masing-masing nak hilangkan tekanan. Tapi kira tak ada apa sangat la rasa 'tension' semalam sebab lepas usrah, pergi ambil duit kat bank dan singgah jap kat KFC. Dah lama tak makan sana..

Pagi ini..oleh sebab bangun lambat, dan sedar program kat kampus tu akan start pukul 8pg, saya rancang tak nak sampai tepat-tepat kul 8 la sebab memang macam tak nak tergesa-gesa sangat. Walaupun kalau nak siap tu bukan la lama sangat tapi saya fikir program tu macam biasa-biasa je. Alkisahnya..perkara dah nak jadi kan. Nak salahkan orang lain pun tak boleh. Makan hati sendiri saja la. Disebabkan sampai lambat dan pakai seluar ke program tu, saya kena buat push up 5 kali! 5 times push up???!!! Astaghfirullah... Saya cakap kat panitia yang saya tak tahu menahu pun peraturan-peraturan ni. Tapi, tu la kan. Dah orang lain semua tahu, jadi kena la berlagak tak malu saja. Memang tak rasa malu sangat pun. Rasa bengang je lebih-lebih. Rupa-rupanya ada perjumpaan petang semalam tapi tak dimaklumkan pun kat saya dan kawan-kawan. Mereka dah bagitahu semua tentang peraturan dan denda sepanjang program. LOL~~~ Patut la orang lain tengok lain macam saja masa saya masuk dewan tu. Tapi pelajar malaysia, dua orang saja yang kena push up. Tak apa la. Nama pun manusia. Nama pun kehidupan. Lucu,geram,bengang dan 'blurr..' Itulah perasaan saya pagi tadi.


I did a sort of procrastination last night. Asalnya nak cari keputusan Thomas Cup kat internet. Lepas tu terjumpa satu blog yang bagus juga la. Blogger tu ceritakan kejayaan pasukan badminton Malaysia masa Thomas Cup 1992. 1992-1987=?? Baru 5 tahun! Memang tak layan badminton lagi la masa tu. Habis baca artikel dia, terdetik pula nak tahu macam mana persembahan Malaysia yang boleh menang dengan Indonesia dulu. Jadi, cuba la cari kat You Tube. Jumpa! Walaupun tak tunjuk dari A sampai Z, tapi 6 video tu merangkumi semua juga la. Saya boleh la faham kenapa dulu Rashid Sidek tu dikagumi. Razif-Jailani pun sama. Pemain-pemain lain pun bagus termasuk pasukan Indonesia. Rexy yang jadi coach negara sekarang nampak sangat muda! Ricky pula macam tak jauh beza sangat dari sekarang. Baru beberapa hari lepas tengok dia kat tv. Kesuluruhannya, apa yang lebih menarik tentang malam bersejarah tu adalah semangat penyokong-penyokong Malaysia tu sendiri. Dr.Siti Hasmah buat aksi yang 'comel' (??). Menteri-menteri lain pun tak kalah sorak. Penonton penuh kat tempat tu. Bila Malaysia dapat mata saja, ada yang menari-nari tak ingat dunia, yang lambung-lambung anak. Hihi. Meriah! Tapi tu semua hanyalah sejarah manis untuk Malaysia. Semalam Malaysia kalah dengan China kat separuh akhir. 3-2. Tan Fook got flu. Jadi dia dan Wan Wah tak turun main la. Tapi tak boleh la nak cakap sebab dua senior tu tak main, Malaysia kalah. Setiap pemain ada tanggungjawab masing-masing. Lagipun memang China punya jaguh-jaguh yang memukau.


What is backhand smash? Sebenarnya kebetulan saja terjumpa video pasal skill badminton tu. Skill tu tak semua orang boleh buat. Kalau boleh pun, mungkin tak sehebat dan sekencang yang dilakukan Taufik Hidayat. Awesome! He is a skillful player. Mungkin zaman puncaknya dah berlalu tapi kehebatannya dalam usia yang agak muda dulu masih dikagumi ramai. Sempat juga saya tengok satu video 'backhand smash return' dari Rexy Mainaky. Saya suka aksi ni...




Ini semua cerita semalam dan pagi ini. Cerita esok belum tahu. Apapun, setiap masa yang ada kenalah hargai. Masa untuk menelaah .....



Kita belajar sesuatu dari pengalaman. Tak kira pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Yang baik jadikanlah teladan. Yang buruk jadikanlah sempadan.

Muhasabah di Pagi Jumaat

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah Berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
al-Qashash :77


Saya pernah dengar ceramah dan terbaca kat mana-mana, bahawa siapa yang kejar akhirat maka dia akan dapat dunia juga. Tapi siapa yang kejar dunia maka tercicirlah akhiratnya. Wallahu'alam.

Memang benar dan tak dapat disangkal kenyataan tu. Hidup ni kalau hanya ingin berhibur saja tak ada maknanya. Jiwa akan terasa kosong! Setiap orang pasti berfikir ke mana hala tuju mereka selepas ini, itu dan seterusnya. Kita merancang banyak perkara setiap hari, dan kita berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dirangka di fikiran. Tapi kita kadang-kadang lupa bahawa Yang Maha Berkuasa juga merancang sesuatu untuk kita. Yang lebih baik. Walaupun kita tak pernah merasakan perkara tu adalah yang terbaik untuk kita.

Justeru kita sering mengeluh dengan apa saja yang tak seperti kita inginkan berlaku. Tidak redhakah kita dengan ketentuanNya? Atau tidak yakinkah kita dengan apa yang Allah aturkan untuk kita? Tepuk dada maka tanyalah iman. Mungkin lebih baik sekiranya kita banyak mengucapkan Alhamdulillah dari terus mengadu, mengeluh, 'mengomen' tentang apa-apa. Setiap pekerjaan yang kita lakukan harus kita kembalikan dan sandarkan pada Allah jua. InsyaAllah, kita pasti dapat merasai nikmat rezeki dan kasih sayang Nya setiap saat kita bernafas dengan oksigenNya!


Menyayangi sahabat bukan dengan cara menyetujui apa saja keputusannya demi menjaga hatinya, tapi tetap menasihatinya dan mendoakannya supaya terselamat dari mainan duniawai. Jangan takut dengan amarah orang jika kita di pihak benar, Tapi takutlah AmarahNya jika kita menutup kebenaran!

Please study!

Im gonna study harder from now on. Exams are coming very soon. UTS 2!
Erm..my exams schedule...


26/05 - c0mmunicati0n skill & microbial infecti0n
27/05 - public health & immun0l0gy
28/05 - clinical lab & parasitology practical
29/05 - bi0l0gy of micr0bes & microbiology practical
30/05 - pharmacology & pancasila

okay..come on jie! open your book and notes..burn the midnight oil..do whatever you can do..and keep praying to Him..yes! try your best!!!

Kerjasama

Sebelum saya mengatur langkah ke kuliah pagi tadi, sempat saya membaca secebis berita gembira dari Jakarta di Berita Harian online. Pasukan badminton Malaysia berjaya mara ke separuh akhir Piala Thomas!

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang hebat tentang berita itu kerana Malaysia sememangnya harus menjadi lebih hebat dalam arena bulu tangkis. Pemain-pemain negara bukan calang-calang. Cuma krisis demi krisis dalaman berlaku menyebabkan pemain seolah-olah hilang tumpuan. Lagipun, terlalu kurang muka baru yang diturunkan. Senior-senior masih gah menguasai gelanggang sedangkan negara-negara lain telah menonjolkan bakat-bakat segar yang menyinar.

Kalau tak silap, gandingan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah tu mula menggegar ketika saya masih di sekolah rendah lagi. Memang saya salah seorang peminat beregu negara ni. Entah apa yang saya minat dulu pun saya kurang pasti tapi mungkin kerana keserasian dan kemantapan persembahan bersama yang akhirnya seringkali membuahkan kemenangan. Mungkin juga raut wajah mereka yang agak 'mesra'. Jarang saya lihat mereka tunjukkan ketegangan antara satu sama lain tapi banyak kali mereka hanya tersenyum sesama sendiri. Nah, kerana keserasian tu mereka masih bergabung tenaga sehingga sekarang.

Namun, berita yang saya baca pagi tadi agak menarik perhatian saya. Koo Kien Keat-Choong Tan Fook??? Bagi orang yang mengikuti dunia badminton pasti tahu bahawa beregu negara terdiri daripada Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif. Kenapa ya tiba-tiba pasangannya ditukar?

Itulah percaturan Rexy Mainaky. Dalam sukan juga memerlukan taktik untuk menghadapi lawan. Jangan biarkan lawan dapat membaca permainan kita. Kalau lawan dah arif dengan gaya kita, hanya kelemahan kita yang mereka nantikan. Tapi ternyata idea bekas pemain kebangsaan Indonesia itu benar-benar menjadi. Jepun dikalahkan dengan agak mudah akhirnya. Syabas!

Moral of this story? Cooperation.Understanding.Optimis.Keterbukaan. Semuanya diadun menjadi satu, maka wujudlah keserasiaan dan seterusnya kejayaan. Kuliah saya pada hari ni cuma satu. Communication Skills, dari jam 0900 hingga 1200. Seperti biasa, kelas ni sangat santai. Hanya praktik cara berkomunikasi dengan patient dalam pelbagai situasi. Setiap orang mesti berlakon jadi doktor dan pesakit. Lucu, malu, gelabah..semuanya ada. Tapi mungkin malu dah dipinggirkan jauh-jauh kerana semua yang ada dalam kelas tu kawan-kawan sekelas yang sama sejak hampir setahun yang lalu.

Disebabkan topik yang diberikan hari ni tentang berhadapan dengan pesakit yang berlainan agama, budaya, bahasa dan asal tempat, agak sulit untuk melakonkan watak sebagai pesakit yang mempunyai kepercayaan yang berbeza dengan diri saya yang sebenarnya. Masa bisa jadi orang Jawa dengan bagus, omong Indonesia juga gak lancar... Tapi benar kata dosen(lecturer), lakonkan saja apa yang boleh. Cukuplah sekadar tahu serba sedikit tentang keragaman kepercayaan antara manusia.. biarpun serumpun. Kuliah komunikasi ni pun perlu keserasiaan dan kerjasama antara 'pelakon-pelakon'. 'Doktor' tak boleh mendiagnosis dengan baik jika 'pesakit' tak meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlukan rawatan. Kerana itu, muncullah bunyi-bunyi bising maupun gelak tawa teman sekelas yang lain. Dalam masa yang sama, tak kurang juga yang mempunyai bakat tersembunyi dalam lakonan. Lucu. Memang lucu. Tapi, sebaik selesai 'berlakon', terdetik di hati, bagaimana kalau waktu ujian nanti..pasti 'pesakit' adalah orang yang benar-benar dari ras atau suku yang tersebut dalam kes diberikan. Mencabar juga! Kalau waktu koas atau praktikal??? haih..banyak lagi cabaran yang hebat-hebat menanti nun di hadapan.


Jika kita fikirkan boleh, kita pasti boleh lakukan. Jika kita fikirkan kemenangan, kita pasti hampiri kejayaan. Bersemangat dan terus bermotivasi.


Lembaran Baru

Assalamualaikum

Hasrat untuk mengaktifkan blog ini sudah agak lama tapi dipendamkan saja. Blog di frenster saya teruskan juga sehinggalah hari ini, saya bermula di halaman baru. Mungkin aplikasi sistem blogger ini lebih bagus, justeru saya berhijrah. Mungkin juga kerana saya kini semakin jarang mengakses friendster. Jika tidak kerana mahu meneruskan hubungan silaturrahim dengan sekian sahabat 'di sana' , mungkin saya tinggalkan saja friendster. Apapun, friendster memang banyak berbudi. Banyak sahabat lama yang dapat saya jejaki dan sahabat baru yang menghulurkan salam perkenalan. Ukhuwwah itu sememangnya indah.

Ini adalah satu permulaan dan juga perubahan baru. InsyaAllah selepas ini saya akan rajin meng'update' blog. Berkongsi segala macam pengalaman hidup dan ilmu pengetahuan

"Perubahan adalah harus dalam kehidupan. Tatkala kita diberi kesempatan untuk berubah, maka pilihlah jalan yang benar supaya saat kita menoleh ke belakang, kita bisa lihat lorong malap itu telah kita tinggalkan dan kita sekarang sudah bermandikan cahaya yang terang."