Assalamualaikum wbt
Sayyidul ayyam..hari jumaat yang tenang. Hari ni tak jadi pergi jogging sebab mengantuk.=P (Berazam..esok MESTI!..=) )
Selesema dah kurang. Alhamdulillah. Sekarang semua orang sensitif bila ada orang batuk, selesema dan demam di sekitarnya. Gara-gara H1N1... Saya fikir, kalau dah betul-betul sihat, baru nak keluar gi jalan-jalan. Kesian kalau orang lain terjangkit flu drp saya. huhu. Tak pergi check pun kat hospital..takpe lah..minum air banyak-banyak..keep taking supplements..doa smg cepat sembuh..=) Penyakit ni jadi penghapus dosa-dosa kecik gak. Ikhtiar dan tawakal je la.
--> Terasa menjauh
Cuti uni saya tak sama sangat dengan kawan-kawan di malaysia ni. Asal balik kampung je, orang dah masuk U balik. Sedeyy.. bukak friendster, facebook, blog member lama, tengok gambar diaorang... wahh..lamanye tak jumpa.
Lagi sedih bila kawan tak balas SMS. hukhuk.. faham diaorang sibuk skrg tapi.. isk2.. kadang-kadang ter'emo'. =P
Bila fikir-fikir balik, setelah bertahun-tahun, sampai satu saat, ramai kawan datang dan pergi dalam hidup kita. Walaupun asalnya hubungan tu sangat akrab, bila ada pertemuan maka adalah perpisahan. Jadi, kenalah redha jugak dengan semua tu. Insya-ALLAH suatu hari nanti berkat ingatan dan doa, yang jauh pasti dapat bertaut kembali. moga-moga..
--> Tahniah..tahniah..
Tak lama lagi banyak la sampai jemputan kahwin..hehe. Tahniah kepada kawan-kawan yang dah bertunang tu. Saya tumpang gembira. =) Walaupun lambat je dapat tahu, saya faham. Majlis tunang memang orang tak heboh-heboh sangat pun kan. Biasalah tu. Majlis besar nanti tu la yang kena spread serata dunia..heheh..dunia ek? dunia la kot. Ramai belajar jauh-jauh nun..
Jie bile lagi??..wah..glamer sungguh soalan tu skrg. Tapi saya tak kisah orang tanya sebab dah lali. Kekadang macam main-main plak. hoho.
Belum..Tak ada..
Jawapan sama je.
--> Rancangan Ntah ape-ape
Semalam tengok sekilas 'Gadis Melayu'..tertekan channel tu. Mak aihh.. macam tak melambangkan gadis melayu je. Desperado nak jadi selebriti ke? Mintak maaf la, saya agak menyampah tengok. huhu. Kat internet tersebar gambar finalist dia 'minum'... hurmm..tak tahula kalau pertandinagn ni tak pentingkan ISLAMIC factor.. melayu tu kan bangsa je.. oppss..
Jadikan pengajaran
Bila terjadi perkara tak elok depan mata kita, kenalah jadikannya sebagai peringatan dan sempadan supaya kita tak buat perkara sama gak. Tapi hakikatnya, ramai manusia suka mengulangi kesilapan orang lain, walaupun pada awalnya bermati-matian mengutuk perbuatan tu. Na'uzubillahi min zaa lik.
Banyak entri saya dalam blog ni saya kiaskan tentang ketidak puashatiaan saya tentang apa yang berlaku di sekeliling. Saya harus luahkan di sini..madah saya bermuhasabah dan berkongsi. ..dan kalau yang sering membaca blog ni, saya mengaku hidup saya berkecamuk di perantauan. Terlalu banyak perkara yang saya tak rela berlaku begitu saja depan mata saya..dan saya macam tak mampu lagi buat apa-apa. Yang haram dah di'halal'kan... Ya Allah..
Memang la saya pun bukan baik sangat. Teguran saya bukan tanda dengki atau berlagak nak tunjuk baik. Dah memang jelas-jelas maksiat..lagi mau semua orang tahu..kemudian merebak.....berjangkit-jangkit. Na'uzubillahi min zaa lik.
Tak ada langsung perasaan 'jeles' tengok orang kehulu-hilir dengan pasangan tak halal mereka. Mintak maaf la. Saya yakin dengan janjiNya.. lelaki baik untuk perempuan yang baik.. kalau rasa belum jadi muslimah yang baik, kena la berubah..Sesungguhnya Dia Maha Adil.
Maka balik kampung adalah suatu yang sangat menggembirakan bagi saya. Usrati Jannati. Cuma ade laa rindu kat kawan-kawan yang setia dengan saya masa kat sana. Tempat saya meluahkan perasaan, berkongsi gembira dan sedih, membina semangat untuk terus bertahan.. =)
Semoga ketenangan bersemi sebati dalam diri saya di mana saja saya berada.
Astaghfirullahal'azim..
Alhamdulillah.........