Di bawah pimpinanmu...

Bukan ingin menentang
jauh sekali berpaling tadah
cuma aku ingin kamu sedar
menjadi pemimpin bukan sekadar nama
tapi amanah yang maha berat..
tidak hanya manis kata di mulut
tidak juga sekadar buah fikiran yang bagus

berilmu..
maka kamu dihormati
ucapanmu didengar
pendekatanmu diterima
dan insan pimpinanmu pasti bisa cemerlang
..kerana kamulah pemimpinnya

matlamat tidak menghalalkan cara
menyatukan bukan dengan berhiburan
memelihara aqidah tidak akan berjaya..
jika hanya berlandaskan kepercayaan
tapi bertindaklah yang benar
jangan bilang itu salah
tapi kamu sendiri yang mengiakan
jangan bilang itu maksiat
tapi kamu sendiri yang membenihkan dosa

silap?
keliru?
bongkak?
ego?

sudahlah...
kerana mereka sedemikan..
kamu ungkitkan perkauman..
jangan salahkan rapuhnya pegangan..
tapi kamu telitilah..
siapa pemimpinnya..
apa sumbangannya kepada 'rakyat'..
sudah di hujung nyawakah kamu menjulang agama?
atau cukup sekadar lihat dan menyelamatkan diri?

kamu bilang berdakwah
hakikatnya langkahmu terpesong
kamu uarkan tindakanmu bermanfaat
realitinya hanya tin kosong

sudahlah..
jika ilmu belum cukup,
belajarlah..
bukan banggakan apa yang kamu tahu
kerana suatu hari nanti kamu pasti dihina
dek kebodohan sendiri
terlalu ego untuk mengaku silap
sudahlah..
sudahlah..

hari ini aku masih bisa mengalah
kujauhkan segan dengan huluran maaf
tapi esok belum tentu
mungkin aku terus membangkang dalam kesatuan
atau aku tarik diri saja..
membiarkan kamu terjun dengan labu-labu sendiri.







Kembali

Bismillaahirrahmaanirrahimm...

Assalamu'alaykum.

Sudah dua minggu tak mengisi sesuatu di blog ni. Nak kata keputusan idea atau tiada cerita untuk dikongsi, tak juga. Malah, terlalu banyak perkara yang yang lain dari yang lain berlaku dalam hidup saya sejak kebelakangan ni. Pahit dan manis semuanya ada.

Semester Pendek a.k.a SP
SP terasa agak bosan walaupun kelas saya tiga kali seminggu. Tapi seronok kerana dapat mengingat kembali pelbagai ilmu yang saya pelajari di semester satu. Ilmu yang telah banyak saya lupakan sedikit demi sedikit. Saya mahu buat sebaik mungkin untuk SP walaupun kurang bersemangat seperti yang sepatutnya. Dengarnya, dosen mahu buat semua soalan subjektif..haii..

Juniors
WELCOME TO MALANG!!!
Saya menyambut juniors di Juanda tanggal 17 Juli yang lalu. Gembira? Entah la..saya lebih senang bergelar senior daripada menjadi junior sebenarnya. Usah ditanya kenapa kerana itu kecenderungan dalam diri sendiri. Kedatangan junior yang lebih muda bagi saya lebih bagus. Walaupun umur bukanlah apa-apa di lapangan menimba ilmu, menjadi senior lebih enak kalau usia juga lebih senior. Hehe. Apapun, semoga junior-junior baru tak bongkak, bangga diri dan seangkatan dengannya bila berada di tempat orang ni. Sedangkan saya sendiri masih mentah, apatah lagi kalian.

Persahabatan
Saya tak tahu kenapa seseorang tu harus terlalu berkira tatkala bersahabat. Saya sedih, keliru dan tertanya-tanya apa fungsi sahabat kalau tidak bersama waktu susah dan senang. Janganlah sesekali berfikir akan menyusahkan sahabat justeru menolak segala huluran pertolongan dari sahabat. Hargailah sahabat yang sentiasa di sisi. Menyambut tangannya bermakna menghargainya. Bukankah konsepnya semudah itu? Jangan, jangan dan jangan berkira dengan sahabat sendiri sehingga membuat hati mereka menjauh.

Menjadi pemimpin
Seorang ketua pasti memikul tanggungjawab yang besar walau apapun jenis jawatan ketua yang disandangnya. Bagaimana dengan istilah pemimpin yang sebenarnya? Semua orang dilahirkan sebagai pemimpin sama ada mahu atau tak. Bila mana amanah yang seharusnya dipikul itu diabaikan atau dipandang enteng, maka hancurlah kepimpinannya dan orang-orang yang berada di bawah pimpinannya. Usah takut dihindar kalau agamalah yang dijulang. Usah segan bersuara kalau kebenaranlah yang diperjuang.

Gila kuasa
Di mana-mana pasti ada orang yang gilakan kuasa, pangkat, darjat dan kemahsyuran. Apalah gunanya semua tu kalau bekalan ke akhirat kosong? kerana Allah tak pernah pandang itu semua... Bertaubatlah sementara pintu itu masih terbuka..


....sekadar cebisan fikiran setelah 'liburan' yang lama.....

Fahamilah

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ter'lukakan' hati orang. Kadang-kadang pula kita perasan tapi sudah terlepas kata. Terlajak perahu bolehlah diundur..terlajak kata?

Saat sedih atau gembira sekalipun, perasaan orang lain harus difikirkan. Kalau kita terlalu gembira setelah apa yang kita dapat atau apa saja yang berlaku dalam hidup kita, waspadalah akan sesiapa saja yang ada bersama kita. Mungkin dalam situasi yang sama, mereka yang mendengar luahan kegembiraan kita tu, sebenarnya sedang berduka atau kecewa. Ya, pasti seorang sahabat akan setia mendengar apa saja luahan perasaan sahabatnya, tapi selamilah hati sahabat itu dulu sebelum kata-kata kita bisa mengganggu sedikit emosinya.
Hal seperti ni seringkali tak terjangka akan berlaku. Sedih dan gembira. Sahabat yang baik akan pendamkan saja kesedihan sendiri tatkala sahabatnya sedang dalam kegembiraan mendampinginya. Tentu sahaja dia tak mahu merosakkan detik bahagia seorang sahabatnya. Muliakan hati seorang sahabat sejati.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kemestiaan untuk kita peka terhadap emosi sahabat
kita. Kita mungkin bergembira dan mahu kongsi kegembiraan tu bersamanya tapi kalau kita dapati sahabat kita itu sedang berduka, lupakanlah sementara perasaan kita dan setialah bersamanya mengurangkan lara di jiwa. Sukarkah?

Kepada sahabat-sahabat sekalian, maaf andai sebelum ini saya sering melampiaskan kegembiraan pada waktu yang tidak sesuai. Maaf kerana kurang mengerti. InsyaAllah, saya akan cuba dan terus cuba menjadi sahabat yang lebih baik. Apapun, ketahuilah saya amat menghargai kalian di sisi saya setiap saat dan ketika. Syukran kathir...

Kayaknya kali ini lebih bagus

Hidup saya saat liburan ni nggak ada apa-apa yang menarik. Bangun pagi, ke kampus, makan tengahari, pulang, nonton movie atau baca novel, layari internet, baca berita-berita terkini dan sensasi... erm..itu saja kok aktivitasnya.

Sampai hari ini, hanya nilai microb dan infection saja yang belum keluar. Yang lain? Alhamdulillah.. - kayaknya kali ini lebih bagus - =)

Saya nggak mengharapkan nilai keseluruhannya lumayan bangat karena saya sendiri nggak berusaha sehabis daya. Hanya sedang-sedang saja. Trus, kalo udah nilainya kayak sekarang,ya bagus lah.. Alhamdulillah..segala usaha diberkatiNya. =)

Barusan tadi ke FK. Banyak sih anak-anak yang mau ngambil SP. Saya? ermm..insyaAllah.. bisa juga mengisi masa terluang yang ada liburan ini. Mungkin ngambil mata kuliah semester satu yang lalu karena nilainya kurang bagus. Huhu.

Cerita hari ni

Tengahari tadi, ada majlis perpisahan senior -- Dr. Gayathri (err..sorry if wrong spelling)
Lepas tu dari Ijen, saya dan teman-teman satu kost (macam biasa) jalan kaki ke MATOS. Rancangan asalnya nak keluarkan duit saja dari bank. Tapi, seperti biasa, bila dah tak ada kerja sangat, 'melarat' la ke mana-mana.

So, today..I've grabbed a pair of sandal and two novels! The sandals are just 5ok rp from hundred something! and the novels..the synopsis actually gravitated me to bring them back! erm..nice covers too.. i'll share the stories once i finish both.. =)

Dah lama tak tekun 'menelaah' novels ni. Hobi yang saya tinggalkan sekejap sebab tak boleh fokus kat novel kalau banyak kerja sepanjang hari-hari kuliah. =D

Politikus menjawab...media menulis

Transkrip soal jawab sidang media Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
03-07-2008 09:27:04 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS ( THESTAR)

KENYATAAN penuh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak sebagai menjawab dakwaan dalam satu akuan bersumpah penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai pengelibatan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh dua tahun lalu, Altantuya Shaaribuu pada sidang media bangunan Parlimen hari ini.

PERTAMANYA saya hendak ulangi bahawa apa-apa perkara yang disebut boleh dianggap subjudice kerana kes ini masih dalam perbicaraan dalam mahkamah.

Namun demikian, saya ingin mengulangi dan menyatakan dengan setegas-tegasnya bahawa saya tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan wanita Mongolia yang disebut dalam akuan bersumpah itu. Oleh itu akuan bersumpah itu saya anggap sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat dan rekaan semata-mata dan berniat jahat berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imej saya.

Saya amat yakin bahawa tindakan ini merupakan satu usaha yang terdesak atau very desperate attempt oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan daripada tuduhan liwat yang beliau hadapi sekarang.

Apa yang penting sekarang ini ialah bukan apa-apa perkara yang dibangkitkan sebagai mengalih pandangan orang ramai, tetapi rakyat hendak tahu sama ada perkara itu, kes liwat itu berlaku atau tidak. Saya harap pihak berkenaan akan siasat sepenuhnya dan buat ketetapan dan buat pengumuman untuk pengetahuan umum secepat mungkin.

Berhubung akuan bersumpah ini, oleh kerana akuan bersumpah ini bercanggah dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporannya pada pihak polis, maka saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuhnya. Pihak bertanggungjawab mesti sanggup menerima apa-apa tindakan akibat perbuatannya itu sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kesalahan dari segi undang-undang.


Soalan: Adakah Datuk Seri akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.?

Jawapan: Setakat ini saya menyerahkan kepada polis untuk ambil tindakan, tetapi saya ada hak juga sebagai warganegara. Soalnya kenapa berlaku sekarang, bila kes liwatnya (Anwar) timbul, tiba-tiba semua pihak diserang. Ketua Polis Negara diserang, Peguam Negara di searang, saya diserang. Kenapa sekarang, persoalannya? Jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama. Isu utama ialah kita hendak tahu sama kes liwat itu berlaku atau tidak. Ini yang kita hendak tahu.


Soalan: Mengapa Datuk Seri fikir Anwar serang Datuk Seri secara peribadi?

Jawapan: Saya tidak tahu. Mungkin dia anggap saya di belakang budak ini (Mohd. Saiful Bukhari Azlan). Sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ini datang jumpa saya kerana mengadu hal bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Saya mula-mula tidak yakin sama ada cerita ini benar atau tidak. Jadi saya menyerah kepada dia untuk serah pada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya. Saya terima kedatangannya atas sifat saya sebagai pemimpin dan dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu pada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.


Soalan: Bila dia datang jumpa Datuk Seri.

Jawapan: Beberapa hari lalu, tetapi saya hanya beritahu dia, terpulanglah kepada dia.


Soalan: Beberapa hari lalu sebelum dia (Saiful) buat laporan polis?

Jawapan: Sebelum dia buat laporan polis. Tetapi saya sceptical (kurang percaya). Saya tidak pasti sama ada terdapat sebarang asas, sama ada dia berkata benar. Saya agak bimbang, jadi saya kata, terpulanglah pada dia.



Soalan: Mengapa dia datang berjumpa Datuk Seri?

Jawapan: Mungkin kerana dia memerlukan bantuan dan dia kenal salah seorang pegawai saya.


Soalan: Setelah mendengar keterangan Saiful, Datuk rasa ada asas?

Jawapan: Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan "awak sendiri buat keputusan." Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku.


Soalan: Apa yang dia cerita?

Jawapan: Oh banyak, cerita-cerita itu banyak. Satu hari nanti saya mungkin boleh cerita, tetapi selepas kes mahkamah.


Soalan: Datuk Seri nasihatkan dia buat laporan polis?

Jawapan: Tidak. Saya katakan pada dia, terpulanglah kepada dia. Saya sendiri tidak pasti sama ada dia akan buat laporan polis atau tidak.


Soalan: Datuk Seri bersedia untuk beri keterangan pada polis?

Jawapan: Mengapa saya, saya dengar saja. Keterangan daripada dia, bukan saya.


Soalan: Adaka Datuk Seri mempunyai hubungan seksual dengan wanita itu?

Jawapan: Tidak. Sekali-kali tidak.


Soalan: Adakah Datuk Seri terlibat dalam konspirasi untuk menutup satu kes bunuh?

Jawapan: Tidak, sudah tentu tidak. Saya tidak pun pernah bertemu dengannya (Altantuya).


Soalan: Adakah Datuk Seri bercadangan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menuduh Datuk Seri?

Jawapan: Saya membiarkan polis untuk mengambil tindakan. Apa yang penting ialah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap yang terlibat kerana terdapat peruntukan undang-undang lain seperti Akta Fitnah.


Soalan: Dulu Datuk Seri kata Saiful pernah datang ke pejabat.

Jawapan: Ia adalah dua kejadian berbeza. Dia datang ke pejabat saya untuk mendapatkan bantuan untuk mendapatkan biasiswa. Dia hanya bertemu dengan pegawai khas saya. Dia datang ke rumah saya kerana dia memerlukan bantuan kerana dia dalam keadaan trauma. Saya beritahu semua ini kerana tidak pernah wujud konspirasi kerana anda tidak boleh kaitkan dua kejadian berasingan itu dan saya tidak bertemu dalam kejadian pertama.


Soalan: Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dan kini Datuk Seri dikaitkan Anwar dalam kesnya. Tidakkah Datuk Seri fikir Ketua Polis Negara dan Peguam Negara perlu menarik diri?

Jawapan: Hanya jika ia melibatkan kedudukan peribadi mereka. Tetapi mereka masih kekal ketua kepada organisasi masing-masing dan mereka mesti meneruskan tugas mereka.


Soalan: Adakah ini akan menjejaskan reputasi Datuk Seri atau adakah ia ada kena mengena dengan pemilihan Umno akan datang?

Jawapan: Tidak. Saya releks seperti anda boleh lihat, saya masih tersenyum. Saya tidak bimbang kerana saya tahun kebenaran akan diketahui kelak. Saya percaya pada sistem negara ini dan saya tidak melakukan sebarang kesalahan jadi tidak ada sebab untuk saya berasa bimbang. Bagi saya, ia adalah seperti biasa, business as usual.


Soalan: Adakah Datuk Seri bersedia untuk disiasat?

Jawapan: Mengapa pula saya perlu disiasat. Beri saya satu sebab mengapa saya mesti disiasat. Polis telah pun menjalankan siasatan dalam kes Altantuya dan tidak terdapat sebarang bukti (penglibatan saya).


Soalan: Adakah Datuk Seri berpandangan segala-gala dakwaan itu direka oleh Anwar?

Jawapan: Segala-galanya sengaja diada-adakan. Mengapa tiba-tiba, pada ketika ini, dia membangkitkan semua ini. Jika dia benar-benar ambil berat kes ini, mengapa tidak dibangkitkan lebih awal, mengapa sekarang?

..............................


peng'copy n paste' : Bagusnya baik dengan menteri. Boleh jumpa kat rumah, kat ofis.. minta tolong dapatkan biasiswa skali. Biasiswa??? Bukan pinjaman dah.. keputusan hampeh pun tak apa. adeyy.. wallahu'alam.

PEACE..NO WAR!!!

+++ pengumumuan::sape nak buat aduan apa-apa tentang jenayah ke apa,atau salah laku orang besar, pergi laa minta nasihat kat najib dulu. sokongan orang 'besar' ni bagus. ade peluang nak menang dakwaan. amacam? ok tak idea ni? layann....peace, no war again!!! +++

Liburan bermula

Alhamdulillah..selesai sudah ujian akhir semester. Walaupun paper terakhir semalam agak mencabar (fuh..) bersyukur sebab dapat tamatkan semester ni dalam keadaan sihat wal'afiat. Saya tak tidur langsung satu malam kelmarin. Ingat jadi tak betul dah. Tapi, sehingga pukul enam petang, masih boleh berbual dengan orang lain dengan rasionalnya. haha. Lepas tu...balas dendam la dulu, apa lagi~~

Lewat pukul sebelas malam, saya bangun. Rasa lebih segar. Apa nak buat ya? Sebelum pulang ke rumah tadi, sempat pergi sewa cd kat kedai di sumbersari. Ada la empat movies(buat masa ni) yang bakal menghiasi hari-hari liburku di sini. Jadi, kira-kira pukul 12.30, saya buat horror movie show. Asalnya nak tengok movie lain tapi semua kawan dah mengantuk dan tak mahu tengok cerita-cerita seram ni. Hihi.

Show bermula. sound dari laptopku sangat kuat. Tutup lampu bilik tapi buka pintu. Saya yang kat dalam ni tak rasa apa-apa pun tapi kawan-kawan kat luar tu pula bising sebab sound movie tu .... haha. Maaf ya teman-teman. Tapi, lepas tu, seorang demi seorang masuk bilik saya. Nak tumpang baring kejap la, borak-borak la..tapi..akhirnya saya dapat tiga orang penonton yang bersama di sisi. huhu.. dan kelakarnya, saya yang termengantuk dan hampir terlelap. Kenapa?? cerita tu tak best sangat. Benda yang nampak menakutkan tu ditunjukkan sekejap-sekejap saja. Lepas tu, banyak pula adegan lari-lari, kejar-kejar. Erm..lebih kepada misteri yang tiada penyelesaian. That's Silent Hill promises you. Berapa bintang nak bagi? Dua atau dua setengah dah la. Boleh layan tapi tak seram pun.

Hari ni lepas zohor, nak pergi Mall Olympic Garden (betul tak ntah..). Jalan-jalan, shopping, makan. Semua kawan yang lain dah beransur meninggalkan bumi Malang yang bertuah ni dan seterusnya terbang menemui yang tersayang di tanah air Malaysia yang tercinta. Huhu. Happy holiday!!!

Fening..yang tak pening..?

Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ni. Bila duduk kat bawah ni, perasaan ingin tahu tu sangat membuak-buak. Ada orang cakap, pergi belajar saja la, usah fikirkan perkara 'orang tua' yang berat-berat tu. Disagree! Strongly disagree!

Kalau o
rang muda tak latih diri untuk berfikir tentang hal yang serius, macam mana nak lahirkan pemimpin yang bagus untuk masa depan. Cukupkah hanya tahu the latest Hollywood movies di pawagam atau the most beautiful outfits for teenagers masa kini atau the best ways to score biology di universiti?

Ya, semua tu ilmu juga. Tapi tidak cukup untuk menjana pemikiran kreatif, inovatif dan seangkatan denganny
a, bagi membentuk peribadi pemimpin dalam diri. Masalah orang Melayu sendiri hakikatnya sangat banyak dan semakin parah seumpama malignant yang berterusan mengganas menyerang sel-sel manusia. Tak ramai orang muda ingin ambil kisah tentang 'masalah-masalah' tu kerana mungkin bagi mereka, 'buat pening kepala je.pemimpin yang ada tu je la selesaikan.pihak berkuasa kan ada'. Just like that~~

Ada pula yang cakna sangat tentang hal ehwal bangsa, agama dan negara ni, tapi diri sendiri keliru. Kawan buat salah depan mata pun boleh 'l
ayann je' lagi. Prinsipnya, 'asal aku tak buat, tak ikut sama sudah..'. Confused~~

Apa nak jadi? Alaa..melayu kan mudah lupa.. hari ni cakap benci, esok dia yang buat.


Salah! Bukan kerana melayu yang mudah lupa tapi manusia itu memang lemah. Lemah bukan bermaksud akan sentiasa tewas dengan ujianNya tapi lemah kerana sering lupa dan lalai. Tuhan beri ujian bukan untuk kita naikkan bendera putih dan cakap 'i surrender!'. Dia mahu kita belajar mencari kekuatan kat 'dalam' ni supaya ujian seterusnya tak akan me
lemahkan kita terus. Bagaimana kekuatan nak dicapai? Percaya, yakin, taat dan berserah pada Dia yang satu.

.....


Hargailah orang yang tersayang selagi kita hidup. Tunjukkan bahawa kita sayang mereka.


Ralat. Bukan silap tapi saya terasa ralat dalam diri sendiri. Bukan kerana berbuat silap tapi kerana orang lain mungkin fikir saya mungkin silap. La..kompleksnya.


Saya tak salahkan orang yang mempersoalkan pendirian saya tentang sesuatu kerana itu hak mereka. Masing-masing ada pegangan dan pendirian sendiri. Hormatilah. Kalau boleh fahamilah. Mungkin sampai satu masa, kita terpaksa mengakui bahawa pendirian orang lain itu lebih betul daripada apa yang kita percayakan selama ini. Sesetengah perkara yang sering bermain di fikiran saya selalunya akan saya diamkan saja. Bila berhadapan dengan orang yang tak akan atau sukar menerima kata-kata saya, saya tutup saja mulut dan pasang saja telinga. Kalau orang ingin tahu, saya sedia beritahu. Tapi jika mulut cakap akan terbuka terima pandangan orang lain, tapi sebenarnya hati dan fikiran masih terkunci, lupakan saja. Kenapa?

I'm an unpredictable person. Saya tak jamin apa yang keluar dari mulut saya bisa menyenangkan hati setiap orang setiap masa. Sampai sekarang saya masih cuba menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain. Tapi, seringkali saya ketemu orang yang berlainan landasan dengan saya walaupun destinasinya sama. Saya? kalau dia tergelincir saya tolong. Kalau saya tergelincir, jika dia tak tolong, saya masih ada sahabat yang selandasan dengan saya. Kalau dia fikir sahabat yang bersama dia tu pu
n boleh tolong dia, terpulanglah. Asal dah cuba membantu, sudah bagus. Expect little but give much!


.....................................

Buka mata, buka telinga, buka minda...dan nilailah sendiri.
Jagalah tepi kain orang supaya di akhirat nanti orang tak akan sibuk menuntut dari kita.
Berjauhan dari yang tersayang tak bermakna lupakan mereka tapi belajar bersiap untuk redha jika mereka pergi dahulu dari kita.Doa sebagai penghubung kasih...
Berhati-hatilah dengan bicara kita hari ini. Jangan esoknya kita khianati kata-kata sendiri.
Persahabatan itu indah tapi lepaskanlah sahabat itu kalau ia bisa membinasakan kita..dan selamatkanlahnya jika kita yakin kita boleh.