Birokrasi?
Diam dan ikut saja!?
atau..?
Kerana birokrasi semua bertelagah.
Pendapat teman-temanku semua benar.
Tiada yang salah.
Benar dari sudut pemikiran masing-masing.
Aku menyetujui saja dalam diam..
kerana situasiku berbeza.
Prinsipku senang..mendengar dulu suara yang lain.
Meskipun ada juga berfikir dari sudut lain.
Teman A
.."..ikut saja apa yang termaktub di dalam jadual. Anggap saja pihak jurusan tak pernah mengubah apa-apa. 30 subjek untuk 6 hari. Semua sudah tahu sedari dulu lagi.. kenapa perlu menggelabah? .."
BENAR. Meskipun aku belum siap tapi aku juga tahu akan hakikat itu..dan aku tak pernah berniat mengambil kesempatan ni untuk memperpanjang tempoh ujian. Padan muka sendiri la kalau nilai akhirnya teruk kan. Tak belajar betul-betul, salah siapa?
Teman B
.."..kita diberi pilihan untuk mencari solusi terbaik untuk semua orang. Saat pihak jurusan memberitahu bahawa UAS nya hanya untuk mata kuliah modul dan yang selebihnya dalam SP, itu menimbulkan ketidakpuashatian banyak orang kerana tidak semua orang merancang untuk ikut SP. Maka kerana itu, diberi pilihan untuk memperpanjang UAS dan membatalkan SP sama sekali. Nah, alasan untuk yang pertama supaya mahasiswa memahami sesungguhnya modul khas yang diberikan itu, bukan sekadar ujian. SP itu juga adalah supaya mahasiswa belajar lebih lama tentang mata kuliah spesialis yang lebih penting itu."
BENAR. Masing-masing sudah sedar akan sistem yang boleh dikatakan merapu ni. Akhirnya akan bertanya pada diri sendiri, belajar untuk ujiankah? kemudian lupa terus? atau belajar untuk memahami sepenuhnya, dapat jawab ujian dengan baik kerana faham, seterusnya tercantum baik di long-term memory? Jadi tak salah juga pendapat ni.
Teman C
.."..salah mereka kerana baru beritahu saat akhir. Kenapa pula tiba-tiba perlu ada SP sebagai ganti UAS? Bukan sikit wang dikorbankan untuk sekali pulang ke tanah air. Kenapa tidak di masukkan semua ujian dalam 6 hari tu seperti yang dijadualkan. Itu salah mereka dan bukan kerana salah mereka maka kita patut mencari pilihan lain. Mereka yang harus berpegang pada kata-kata asal. Bukan mengubah sesuka hati. Setiap orang ada pandangan peribadi masing-masing dan itu tak boleh dijadikan hujah kukuh untuk mengubah ketetapan yang asal. Jadi pencarian solusi untuk kebaikan semua seolah-olah menunjukkan bahawa mereka yang di atas itu benar. Sedangkan, hakikatnya kita menjadi mangsa kesalahan mereka yang dibebankan ke atas kita."
BENAR. Menjadi mangsa. Sudah lebih dua tahun. Agak kelakar bunyinya. Sudah 2 tahun kok bisa diperkotak-katikkan lagi?.. tapi begitulah realitinya.
Huahuahua..
Dek kerana aku ingin mengutarakan pendapat yang berbeza, lain pula jadinya.
haha..kan betul, diam itu lebih baik.....
personally, kalo hasilnya teruk, aku bukanlah jenis yang mempersalahkan orang.
cuma aku ingin memberi gambaran bahawa berbezanya situasi masing-masing.
maka, menurut seorang teman yang berfikiran jauh, bukan selesaikan hal ujian ini sebenarnya.
tapi....sistem ini. bagaimana?
Analisa tindakan yang boleh diambil di kepalaku sekarang mudah (setelah berdiskusi dengan tenang dengan beberapa teman sampai lewat petang);
1-menentang pihak atasan sehabis daya sehingga tiada lagi masalah seumpama ini
2-menurut saja apa yang dikatakan pihak atasan dengan syarat keras supaya tidak mempercayai betul-betul kata mereka (fikir lebih jauh dan jauh..)
hmm..
hah..teringat hujah seorang teman lagi..
"..ini bukan politik. suara majoriti mengalahkan minoriti. mesti perbetulkan dari akar bukan kita yang harus sibuk-sibuk tentukan keputusan dari suara majoriti. salah tu."
ohoo..ada BENARnya juga.
Apa-apalah.
Diam lebih baik.
Keadaan panas betul tadi.
Tak sesuai untuk berdiskusi lebih dalam.
Cuma sekurang-kurangnya anak regular telah cuba mencari solusi yang lain untuk anak Malaysia walaupun itu bukan masalah mereka. Terima kasih untuk itu.
Dari satu sisi, keadaan mereka juga lebih meruncing pada masa depan jika mata kuliah spesialis itu jelek! Mereka benar untuk berusaha mencari jalan agar hal sedemikian tidak berlaku. Aku cuba sebaik mungkin meletakkan posisi aku di tempat mereka.
Ya, nama juga mangsa..sama-sama jadi mangsa.
huhu
Kesilapan dari mahasiswa yang jelas;
KENAPA TIDAK MOHON DIUBAH JADUAL UJIANNYA (DIPERPANJANGKAN) LEBIH AWAL SETELAH DIKETAHUI HARI UJIANNYA CUMA 6 HARI????
Salah kita yang ini!
Belajar.
Ujian.
Libur.
Lupa semuanya.
Yaa..namanya juga untuk lulus ujian.
haha
..kalo emang itu pilihannya..nggak pulang juga nggak apa-apa dech..seharusnya dibilang aja bahawa liburannya cuma 2 minggu doang..dari awal donk..huhu T_T
lalallalalala
beban makin bertambah.
Proposal TA belum siap.
ujian akhir -30 papers within 6 days.
ikut SP - keluar duit.
pi mai pi mai...semuanya ada masalah.
udah..saya sendiri merelakan apa saja keputusannya.
lalallalallalalala....
-segala yang tertulis di sini semuanya oleh hazirah harun,mahasiswa kedokteran yang terumbang-ambing di rantau orang, bersuara juga tak begitu dipandang, bukan top-scorer lagi, ada apa pada dia?hahhahahah- as long as I have Him to hear me.. ;)