Hanya padaNYa

Aku keliru
maka aku mohon kepastian
Aku takut
maka aku mohon keberaniaan
Aku lemah
maka aku mohon kekuatan
Aku runsing
maka aku mohon ketenangan
Aku berdosa
maka aku mohon keampunan
Aku bahagia
maka aku sujud kesyukuran....

Segalanya aku mohon
hanya pada Allah Yang Maha Esa



..Ya Rabbul Izzati.. ini pilihan jalan hidupku.. bersandarkan cintaku padaMu.. kumohon keberkatan dan keredhaan Mu.. bantulah aku supaya tidak tergelincir daripada landasan yang satu.. wasallallahu'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashaabihi wasallim..

Mute Swans (Cygnus olor)


Cinta manusia itu urusan Dia.

Cintakan Dia itu urusan kita.

Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita.





Pertimbangan

Allah Maha Mengetahui.

Sebagai hambaNya, kita amat digalakkan untuk sering berdoa. Berdoalah. Pohonlah apa sahaja.. Sesungguhnya DIa Maha KAya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Ternyata, kadang-kadang setelah bersungguh-sungguh berdoa, mengharapkan sesuatu daripadaNya, dan kemudian kita merasakan doa kita segera dimakbulkan, tiba-tiba kita rasa ragu-ragu...benarkah doa itu dimakbulkan? Bukan kerana sebab lain seperti sebagai satu ujian untuk kita? Bagaimana ingin pasti akan hal demikian?


Saya berfikir...
hanya terus berdoa meminta petunjuk daripadaNya..
itulah pilihan terbaik...
Rasa ragu-ragu atau was-was tu dari syaitan. Kan?

Hmm..maka dalam keadaan keliru membuat pilihan, kita dianjurkan untuk beristikharah.
Apa itu istikharah?

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Doa Istikharah

“Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang Maha Berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Dikau Maha Mengetahui perkara ghaib, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


She Flies On Strange Wings


Wallahu'alam.


..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Bantulah aku untuk memilih jalan yang terbaik. Hadirkanlah ketenangan dan kebahagiaan atas jalan yang kupilih itu...aaminn




Dah pergi..semoga kembali lagi

Terasa kehilangan Ramadhan..
rindu padanya...
semoga dapat bersua lagi pada tahun hadapan..
aaminn..


SeLaMaT HaRi RaYa 'iDulFiTrI
..maaf atas segala salah dan silap..


Lebaran ni memang lain. Ada baby. Tokki 'dah pergi'. Terasa lain. Melekat sampai sekarang. kenapakah???

Beberapa hari lagi dah nak balik sana. Arghh..agak berat hati..tak! SANGAT berat hati sebenarnya.. =(

...atau...sebenarnya kerja yang melambak tu belum ku sentuh...?? huhuu.. okay.. memang patut la rasa berat hati. ;P

Terfikir

Say A Prayer

Sana sini orang dah mula cakap pasal raya.

"..tak sabar nak balik malaysia"
"dengar lagu raye tadi..cepatla masa berjalan.."
"raya nanti datang umah ye!"
"jom gi jalan-jalan umah member hari raye ni.."

etc..
etc..
etc...

Tak apalah. Perasaan natural masing-masing. Tapi...
Ramadhan akan berlalu.
Ramadhan yang penuh barakah.
Ramadhan yang menghadirkan sejuta ketenangan.
Ramadhan yang penuh keinsafan.

....Kesedihan menyelinap di sebalik kegembiraan....


Ya Allahu Robbi..lindungilah hamba-hambaMu di sini..

Berita tersebar..

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

sedih..terkedu..kelu..
sampai begitu sekali amarah manusia.
kenapa perlu perangi saudara kita?
kenapa tidak perangi musuh kita? Israel contohnya..
kesal...apalah salah kami di sini.
yang banyak di Jakarta tu pun pelajar.
hmm..
kami hanya diam dan bersabar di sini.
dengan harapan semua ini selesai dengan aman..
kami menjalani hidup seperti biasa.
walau ada teman warga tempatan yang pandang sinis.
lagipun bulan Ramadhan..kenapa perlu wujud pertelingkahan yang berpanjangan??
Malaysian..sudah2 laa mengeruhkan keadaan. Jaga mulut, bahasa kalian!
Indonesian..sudah2 laa membuat ancaman. Membunuh kami juga tiada faedahnya!

Ada kawan mula bimbang..takut diapa-apakan secara halus (bomoh etc..)
'ko ade tak ayat or doa ape-ape untuk elak smua ni..'
Erk..
Saya memang tak tahu. Tapi..
'ko banyakkan je laa berdoa,berzikir,bace ayat kursi..tapi kena istiqamah la..jgn miss..yakin kat Dia.'
Huh..
semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.. Aamiin..





[EDITED]..untuk teman2 di sini..akhirnya majlis esok dah bertukar kepada tahlil..bagus la jugak..apapun, sekadar ingin mengingatkan..ketahuilah, al-Quran patut jadi sahabat kita semua..kalau acara untuk sekadar cari pemenang, tiada gunanya..hayatilah kemuliaan kitab suci tu sendiri..siapapun yang masuk bukan persoalan..bukankah semuanya biasa membaca Quran??.. jangan jadi terlalu menyedihkan..tatkala acara sukan, semua berebut nak masuk..tapi untuk menghafaz ayat-ayat suci ni.....hmm...fikir-fikirkanlah..
i love you all..;)





Reblog this post [with Zemanta]

Pilihan

Hari tu belajar examination skills for neurology. Ya Allah, sekali saya terkedu dan rasa tersepit. Antara yang haram dan yang halal. Saya tak mahu melabel sesiapa termasuk dosen saya sendiri. Masing-masing punya fahaman. Begitu jugak saya.

  • Saya berkata tidak untuk buat praktikal dengan kawan perempuan sambil pelajar lelaki menonton.
  • Saya berkata tidak untuk buat praktikal dengan lelaki sambil semua menonton.
Kenapakah?
Saya berfikir..
Saya memang dalam proses belajar. tapi matlamat tidak menghalalkan cara.
Justeru kenapa perlu memilih yang haram tatkala masih ada cara yang lebih aman?
Saya terkedu...
Apa perasaan lelaki apabila melihat perempuan berbaring di atas meja di tengah-tengah kelas?
Tiada pilihan sangatkah???
Saya rasa sesak..
Kenapa perlu saya menyentuh tubuh lelaki yang bukan muhrim dalam keadaan yang langsung tidak terdesak pun?
Saya kesal..
Percampuran fahaman menyebabkan yang haram menjadi halal.

..dan akhirnya Allah Membantu saya. Alhamdulillah.

Keluar dari kelas, saya berfikir panjang... pasti jalan yang saya pilih ni akan memberi konflik yang lebih banyak dan berat pada masa hadapan.

Saya tak kisah orang cakap kolot. Saya pun bukan ekstremis. Saya cuma takut Allah murka.

Wallahua'alam



seseorang berkata..

kejayaan dakwah bukan orang ikut kita
kejayaan dakwah adalah kita berjaya amal apa yang kita dakwahkan..insyaAllah..


Sabar

Malam tadi, masa tazkirah kat masjid, Ustaz Satibi bagitahu, sabar ada 3 jenis.

  1. sabar dalam melaksanakan KETAATAN
  2. sabar dalam menghadapi MUSIBAH
  3. sabar dalam menghindar KEMAKSIATAN

Dalam 12 bulan setahun, hanya 1 bulan ni je diminta lebihkan sabar...sabar sikit untuk memperbanyak amal ibadah. Penat ke, mengantuk ke...cubalah sedaya mungkin. 11 bulan lain dah buat macam-macam termasuk yang sia-sia jugak. Apalah salahnya kuatkan sikit fizikal, mental dan sabar dalam 1 bulan ni. Inilah yang dimaksudkan sabar dalam taat.
--> betul! Ramadhan tahun depan belum pasti dapat kita temui lagi........

Ujian Allah ni bukan saja-saja. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin hebat ujian DIA. Sesungguhnya Allah tak akan membebankan hambaNya jika dia tak mampu untuk menghadapi ujian itu. Jadi, setiap ujian atau musibah yang kita tempuh sebenarnya mampu kita harungi dengan baik. Pokok pangkalnya iman kita la.,dan jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah terutama tatkala rasa berat dengan musibah. Na'uzubillah. Jadi, sabarlah dengan segala musibah.

Maksiat. Terlalu banyak bentuk maksiat berlaku di mana-mana. Apa maksud sabar dengan maksiat pulak? Sudah tentu la bukan dalam buat maksiat tu kena sabar..sebaliknya, kena sabar atau menahan diri daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan. Senang cerita, tak buat dosa la. Apa dia? Masing-masing tahu.


Saya teringat satu hadis tapi dah lupa perawinya.
...cara yang paling senang untuk dapat pahala yang besar adalah dengan bersabar..
rujuk balik mana-mana, mungkin tak tepat. Tapi saya yakin maksudnya persis ini.

Wallahu'alam.

Selamat bersabar dalam apa jua hal.
Saya pun nak bersabar dalam belajar. Asyik datang malas je. Astaghfirullah..

Jiran bergaduh


Beberapa hari lepas seorang pensyarah tanya, ada tak orang tempatan (indonesian) yang buat kacau, ganggu, sindir, caci or etc pelajar2 malaysia kat sini. HUH.. berlanjutan lagi kisah dua negara ni. Bila laa nak selesai. isk isk..

Secara jujurnya, saya tak ada perasaan buruk pun pada orang indonesia. Dah lebih 2 tahun mengutip ilmu di negara ni, saya rasa senang. Biarpun banyak isu-isu hangat yang melagakan indonesia dan malaysia, tapi masa berlalu dan saya semakin positif dengan persekitaran.

Dalam berhati-hati, saya tetap menyenangi warga tempatan. Entah la, saya percaya selagi saya menjaga adab dan tingkah laku, serta hubungan baik dengan mereka, tak ada apa perlu ditakutkan untuk terus bertahan di sini. Yang pasti, Allah kan Maha Melindungi. Yakin kat Dia je kan..

Hmm..maka saya sendiri rasa dimiliki di sini. Bila masing-masing saling mengutuk, rasa tak sedap hati la jugak. Sedarlah semua, tak ke mananya penghujungnya kalau tak selesai cara baik.

Diakui la..mereka di sini agak fanatik. Nak-nak bab demo ke..huu.. Media diaorang lagi dahsyat. Memang batu api 'gile' la. Sebab media jugaklaa mereka semakin berapi-api mengancam Malaysia. Yang tersepit, rakyat Malaysia di Indonesia atau sebaliknya.

Hari tu saya terbaca kat akhbar tempatan, kolum kartun. Sinis je tulis..Malingsia...huhu. Maling tu kan pencuri. jadi cam Malaysia ni bagi diaorang elok jadi Malingsia je la. Dah banyak kononnya Malaysia curi dari Indonesia. Benarkah?? Google la sendiri tentang isu-isu tu. Bila ada isu baru, isu lama akan menjadi HOT lagi. Begitulah seterusnya..

Komen saya, sudah-sudah laa.. Kalau nak kirakan. Lebih kurang je pun dua-dua negara. Kat Malaysia orang cop Indonesian datang Malaysia buat kacau, masuk mencuri rumah orang, ambil laki orang ( ;P) kacau anak dara orang,..merompak, bunuh, rogol..macam-macam la. Kalau dihitung kes-kes tu, berlambak-lambak la Malaysia pun boleh tuduh dan tuntut dari Indonesia. Tapi buat ape... salahnya pada individu tu, bukan negara keseluruhannya. kan?

All in all, everyone from both countries should throw away the negative perceptions towards each other. Change our minds laa.. So childish.. aku kutuk ko, ko maki aku.. seriously it will never end up well..but the worse conflict instead..

To all Malaysian too, just stop underestimating Indonesia or Indonesian specifically. Our Malaysia is obviously smaller than Indoenesia on the map (and so the reality of course)..but they still come to ours..why? kerana Allah itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Mengetahui.. ada hikmah sebenarnya walaupun negara mereka besar, rakyat yang ramai, hasil bumi apatah lagi..tapi masih belum mampu menyenangkan hidup rakyat secara keseluruhannya. Kenapa ya? Malaysia ni kecik je..tapi berduyun-duyun rakyat negara jiran ni masuk Malaysia untuk mencari rezeki.

Hikmahnya? FIkir-fikirkanlah..Kita sesama manusia ni saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin Allah tak mahu Indonesia jadi macam Amerika. Bila negara dah besar, ekonomi mantap, semua serba canggih..mula menindas negara lain dengan kuasanya. Itu cuma cebisan fikiran saya sendiri. Kita tak tahu bagaimana diri kita apabila berada di puncak atau di dasar. Allah boleh menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai cara sekalipun. Maka isu-isu hangat yang ditimbulkan selama ni hanyalah sedikit ujian dariNya. Eh,jangan ingat saya kata boleh ambil je negara orang punya simbol, hak dan sebagainya. I never said that. Just don't jump into conclusion whenever a rumour comes to you.

Malaysia walaupun kecik, tapi dapat jadi semakin maju dan makmur. Rakyat Malaysia belum optimum keseluruhannya, jadi rakyat negara lain berpeluang mencari rezeki yang melimpah di Malaysia. Salah ke? Tak salahh.. rezeki tu kan dari Allah. Kenapa perlu pertikaikan mereka yang berusaha mencari rezeki. Bukan hak kita pun. Hak Allah semuanya.

Jadi, yang diberi peluang tu, kenalah hargailah peluang. Bukan menggangu ketenteraman orang lain. Cari rezeki, carilah. Orang tak marah. Jangan curi rezeki orang. Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. =)

Lagi satu hal yang penting. Indonesia dan Malaysia saling mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang tinggi. Kerana hal sekecil ini, sesama muslim mahu bertelagah? huh..what a shameful attitude. Banyak lagi hal yang perlu dititik beratkan selain isu-isu remeh ni. CUkup-cukup la.

To Indonesian esp the medias/ press out there..please stop your provocations. Help your beloved country to be on the top of the world, not keep pouring petrol on fire.. Isu yang terkini tu pun hanya salah faham. Bukan Malaysia pun yang buat iklan tourism tu. Kerajaan Malaysia dah jelaskan dah. Kenapa perlu terus menuduh? Akhirnya, dek kononnya rasa dianiaya, dirompak, rakyat kamu bangkit berkobar-kobar menghentam Malaysia. See..besarnya peranan sebuah berita yang dibawa oleh media. Perang pun boleh senang-senang je jadi.

To Malaysian again..as I said before, even if you are hating them damn much, just ignore them.. I have read many blogs that are created to incite the both parties, either from malaysian or indonesian. Using harsh words to refer each other.. so childish. Any good purposes? I don't think so. Malah rakyat kedua-dua negara ni makin bertelagah dan mengeji lagi. Baikkah moralnya begitu? Takkan.. So, just stop all the stupid actions laa..

I am nobody but I love peace..so the others ,right? peace!!!

..dari utusan malaysia online..

Isu Tarian Pendet selesai – TPM

PUTRAJAYA 3 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan Tarian Pendet diterbitkan oleh Discovery Networks Asia-Pacific dan tidak ada kena mengenai dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Kata Timbalan Perdana Menteri, penerbit itu juga telah menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, penerbit dokumentari berkenaan telah menjelaskan situasi sebenar melalui sepucuk surat kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Jero Wacik.

Sehubungan itu, beliau berharap isu Tarian Pendet dari Bali yang didakwa dicuri oleh Malaysia selesai.

“Penerbit klip itu telah menulis memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa filem tersebut bukan datang daripada pihak berkuasa Malaysia tapi dilakukan oleh mereka.

“Saya harap episod ini terhenti di situ dan segala penjelasan diterima oleh pihak Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini.

Penayangan klip komersial yang mengandungi elemen Tarian Pendet bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel telah menimbulkan kemarahan Kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Situasi menjadi bertambah buruk apabila pihak media massa tempatan membuat tuduhan melulu menyatakan Malaysia sengaja mencuri kebudayaan Indonesia untuk melariskan pelancongan sendiri.

Ekoran kontroversi tersebut, berlaku demonstrasi bantahan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selain panggilan bom palsu dan bendera Jalur Gemilang dibakar.

Menurut Muhyiddin, sepatutnya perkara itu tidak berbangkit memandangkan iklan yang disiarkan bukan dihasilkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen memberitahu, beliau ada menerima salinan surat berkenaan daripada Discovery Networks Asia-Pacific.

Katanya, surat berkenaan dihantar kepada Kerajaan Indonesia sebaik sahaja kontroversi Tarian Pendet timbul.


Ramadhan

Alhamdulillah dapat menjalani ibadah puasa lagi tahun ni. Terasa bahagia sangat. Alhamdulillah.

Sekolah Ramadhan

Bila puasa ni, rasa senang je nak buat ibadah. Lain kan daripada bulan-bulan puasa. Alhamdulillah.

Setelah lama bercuti, saya bersyukur sangat-sangat sebab sekarang dapat hilangkan rasa 'tak gembira' kat sini. Yang dah berlalu biarlah. Saya dah benar-benar buka buku baru. Tak ada lagi perasaan ingin masuk campur hal yang tak menyenangkan di mata dan hati. Biarlah..saya doakan saja ada perubahan yang baik suatu hari nanti. Aamin..

Ternyata hidup dengan selamba memang lebih aman. Tutup mulut, tutup telinga. Buat tak tahu je. Biarlah perasaan benci dengan maksiat kekal dalam hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya.

Erm..terawikh kat sini best jugak. Dengar tazkirah kejap then solat. Tazkirah yang dapat memuhasabahkan diri, mengingatkan hati yang lalai. Bacaan imam tak de la terlalu panjang. Habis-habis panjang pun, macam kat masjid terapung kat kampung je. =)

....kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna...Aamin..