Yang baik-baik saja

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Sebaik selesai menaip entry sebelum ni – Terbuka dan tertutup – saya masih terfikir-fikir akannya.
Bagaimana harus dibetulkan fahaman yang salah orang-orang yang jahil agama?
Tidakkah mereka sangat perlu dikesiankan dan dibantu supaya kembali ke landasan yang hakiki?
Ya, mereka diberi nasihat tetapi enggan menerimanya..maka mereka akan kekal dalam kejahilankah?
Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Ini belum termasuk orang yang berilmu (tidak jahil sama sekali) tetapi tetap enggan mentaati perintahNya..
Semoga kita dijauhkan menjadi orang-orang sebegitu. Aamin..
…
Sebagai seorang saudara seagama, apakah sekecil-kecil perbuatan yang boleh kita lakukan ya?
Dalam berfikir dan mencari jawapan yang menyedapkan hati, saya terjumpa pesanan / tips daripada Sheikh Abdul Qadir Jailani tentang 'bersangka baik' . Molek rasanya untuk direnungkan dan dipahat dalam hati setiap daripada kita. InsyaAllah..
 

Jika engkau bertemu seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu,
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika engkau bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah,
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat padaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Jika engkau bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu),
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu),
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seseorang yang bodoh (jahil),
maka katakanlah (dalam hatimu),
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu),
"Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

 

SubhanAllah. Sungguh hebat Sheikh Abdul Qadir Jailani ini. Ternyata untuk memiliki hati yang benar-benar bersih tu memerlukan kekuatan, kesabaran, dan usaha yang tiada putus.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar 'kejar' tahap mereka. –imotivasi.com
 
Benar! Maka mari kita bersama untuk bersangka baik sentiasa! Berusaha sedaya mungkin. Memang permulaannya amat perit dan sering mengundang gundah, geram dan seangkatan dengannya. Namun, kalau hasilnya manis dan menjadi asset berharga untuk kebahagian akhirat, kenapa tidak kan? ;)

Berhubung dengan perkara yang awal-awal saya ungkapkan tadi..
Mereka yang tak mahu menerima nasihat – berdoalah saja supaya Allah permudahkan hidayah untuk mereka. Hidayah perlu ada usaha sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita bantu supaya hidayah itu benar-benar hadir. Nasihat tak semestinya diterima orang. Cukuplah sebagai membuka sedikit hati orang untuk berfikir. Sekurang-kurangnya…

..dan bersangka baiklah pada mereka yang jahil. Kalau kita rasa dalam golongan yang tahu, belajar dan faham agama, kenalah muhasabah banyak-banyak. Ternyata senang sekali untuk kita ternoda dengan dosa (sebab tahu salah tapi tetap buat), berbanding mereka yang belum tahu apa-apa. Astaghfirullahal'azim…

  Doa!
..dan jangan pernah tamak dalam berdoa. Doakan juga untuk ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, umat islam yang lain..supaya kita sama2 bersama di 'penghujung' nanti. Pengakhiran yang penuh bahagia..insyaAllah.

Pernah saya taip di Facebook 
'Ya Allah..permudahkah segala urusanku…'

Apa yang membuat saya terkelu dan terinsaf..seorang teman membalas…
'..dan permudahkanlah urusan keluarga, kawan2ku ..'

Nah, dalam tak sedar tiba-tiba jadi tamak! Isk..isk..terima kasih teman kerana menyedarkan saya biarpun ungkapan yang seringkas itu. Terima kasih ya Rabb kerana Kau bukakan hatiku untuk melihat kebenaran dalam jasadku yang penuh palitan dosa..Allahh Akbar…

 

Berdoa dan bersangka baiklah untuk semua..;)


 

Ya Allah! Matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau Tamatkan keatas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.

Ya Allah! Kami pohon kepadamu keselamatan pada agama, kesihatan pada badan, pertambahan pada ilmu, keberkatan pada rezeki, bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah keatas kami sakaratulmaut dan terlepas dari api neraka dan mendapat keampunan ketika hisab.

Ya Allah ! hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kedalam syurga dengan iman, dengan rahmat Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Terbuka dan tertutup

Semalam sempat jenguk satu forum jap..baca apa2 yang lari drp topik pelajaran..buka minda, kurangkan stress skit. Kemudian terjumpalah satu diskusi...

Macam2 orang ada..semuanya melayu kot..muslim, err..
Komen saya, kesian sebenanrnya.
Cara mereka bagi idea macam ...menyedihkan sangat2....
ternyata ramaaiiiiiiiiiiiii masih jahil tentang basic agama.
so bila cakap, ikut sedap mulut je..silap2 boleh jadi syirik. na'uzubillah

1- tak tahu aurat sesama muslim dan non-muslim mcm mana..
2- tak kisah hukum-hakam...sebab mereka sangat terbuka orangnya

So, ada laa hamba2 Allah bagi nasihat secara BAIK..memang ayat pun elok je..tiada provokasi ke apa2...
Tapi mereka boleh jawab dengan angkuhnya..kunun hidup dia, hidup dia la..yg alim2 (mereka yang labelkan) tu tak payah la nak cakap bab agama sangat kat situ..........

istighfar jap...dan saya terfikir..memang macam tu agaknya orang sekarang...
manusia dah jadi kebal dengan kepercayaan dan fikiran masing2..
disapa halus pun  macam nak terbakar..
atau.....
sebenarnya tiada hidayah?
maka sukar menerima nasihat atau kata-kata peringatan yang baik drp sesiapapun.
sebab tu kot dalam doa tiap2 hari harus mohon untuk sentiasa diberikan taufiq dan hidayah..
--> rujuk BLOG ni untuk ekstra input

Tapi, benarlah jugak..seringkali kita bermaksud baik, orang anggap menyibuk, memerli, nak memalukan mereka..
Bukankah kita harus ungkapkan yang baik-baik saja sebenarnya..?
..dan berpesan2 kepada kebenaran, dan berpesan2 kepada kesabaran.. -al-'asr

Semoga kita diberikan kekuatan, keyakinan dan keberanian untuk terus menasihati satu sama lain ke arah kebaikan.
Saya ingin sentiasa ditegur supaya saya tahu dosa saya yang banyak kali terlepas pandang.
Sekurang-kurangnya sempat memohon taubat kerana mati itu entah bila-bila saja kan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu..




Sering terkena teguran Ustaz Azhar waktu dengar ceramahnya. Dalam sedar atau tak, beliau banyak menyedarkan saya tentang pelbagai hal, mendorong saya membuat sesuatu keputusan berlandaskan yang sepatutnya. Sudah berpuluh-puluh malah hampir ratus, siri ceramahnya saya download..ternyata alam siber sangat berguna sebenarnya..kala sendiri dan ingnkan panduan yang baik. Smg Allah merahmatimu, ustaz..










Ingatan yang baik

Day 101 "Good Advice"




 
  

Hari ini berangkatlah abah dan abang saya ke Tanah Suci. Sayu dan rindu bertamu lagi.
Kapan lagi saya bisa ke sana? Allahh...

..
Seorang teman bertanya;
'tak pe ke ko keluar malam-malam macam ni?'
senyum...dan tergelak kecil saya..
'hah? kenapa pulak?'
huhuhuhu

Seringkali saya diterjah dengan soalan lucu teman-teman...tapi akhirnya menjadi renungan bermakna untuk diri sendiri.

Mengimbau waktu mula saya menjejakkan kaki di bumi Malang ni, ke mana saja saya pergi (selain kampus) akan saya maklumkan kepada abah melalui SMS.

'abah, ji nak gi mall ngan kawan..kejap je..'
'malam2 ni? x bahaya ke? hati-hati..'

Begitulah lebih kurang kami berbalasan pesanan. 
Ada pengharapan, kepercayaan dan doa di situ...
..saya berharap setiap langkah saya 'terjaga'..
..saya ingin memberi rasa percaya kepada yang tersayang..
..dengan itu, doanya mengiringi jejak-jejak saya, walaupun tak tercapai dek pancaindera bagaimana..

Itu dulu.ya, dulu...

Berubah sudah saya rupanya kan.

alaa...takkan nak pi mana2 nak kena bagitahu mak ayah..payah r camtu..susah la nak gerak mana-mana..duk rumah la memanjang gamaknya..tak enjoy lansung..bla..bla..bla...

Heh. Ini teks saya sendiri. Tak melibatkan mana-mana individu lain langsung.
Tapi, macam begitulah selalunya kan. Jauh di mata orang tua..maka senanglah anak ingin berbuat apa saja.
Bukanlah semua. Biasanya.

Persoalan teman saya awal-awal tadi secara tak langsung menyedarkan saya akan status diri ini.
Perempuan. Muslimah. 
Sosok yang begitu mudah menjadi tarikan, sangat rapuh dan senang terpedaya.
Sama ada diri yang mendapat dosa atau mengundang dosa untuk orang lain.

argh..kena laa jaga diri baik2..keluar jarang-jarang je bila perlu..jangan bersosial ke sana sini..

Sekali lagi..ayat menyedapkan rasa hati yang penuh rasa bersalah.huh..
Begitu mudah memanipulasikan peraturan sesuai kehendak. Itulah manusia..

Abah pernah ingatkan saya suatu ketika dulu. Waktu tu, kami adik-beradik kononnya nak ajak abah keluar jalan malam-malam je sebab siang kan macam panas la alasannya. 
Kata abah; 'waktu malam sepatutnya duk kat rumah..berehat, beribadah..tak baik sangat jalan ke sana-sini waktu malam.' 
owhh..ok..diamlah kami.

Bila besar, cebisan-cebisan pesanan orang tualah yang akan terngiang-ngiang saban waktu.
Sejauh mana saya jadikannya sebagai panduan ya?
Selalukah saya selidik maksud yang mendalam di sebalik kata-kata ringkas seperti tu?
Aduhaii...

Ada seorang bapak(orang tempatan) yang begitu baik hati di sini.
Pernah dia berpesan hal yang serupa; supaya pulang awal ke rumah setiap hari. Max; jam 9.Itu sudah lewat benar dan tidak manis katanya. Kalau kami bertemu dengannya waktu malam di mana-mana...pasti ditanya ke mana..huhu

untuk kesian kalinya....
.........bagaimana saya sering lupa dengan status sebagai muslimah? 
di luar itu penuh fitnah, ujian, maksiat..etc..
.........kenapa terlalu yakin akan betul-betul terpelihara daripada semua tu?
owh...tanya iman mu!

....
terfikir sesuatu...
sebelum menikah...ayah
selepas menikah....suami
kalau dengan ayah tak menjadi anak solehah...
yakinkah diri nak menjadi isteri solehah?

terkesima!



Jalan sendiri

Love, Emotions, Motivation
Bismillahirrahmaanirrahim

...
Laa takhof wa laa tahzan. InnAllaha ma'anaa..

Ceramah kerjaya kedokteran pagi Sabtu lalu begitu memberi kesan kepada saya dan kawan-kawan lain. Kesan yang pelbagai - dari motivasi kerjaya  hinggalah soal fitrah.

Tersenyum. Rata-rata hadirin memasang niat mengukuhkan kerjaya sebelum berkeluarga.

'Kalau nak jadi macam pasangan lain, setiap hari bersama ke sana sini, JANGAN jadi doktor!' - anonymous

Pertama kali memilih jalan yang menuntut sejuta pengorbanan ni, kita harus sudah tanamkan dalam hati mahupun fikiran, "pengorbanan aku pasti mngundang gundah dan resah, duka dan lara, amarah dan cemuhan..tapi aku yang membuat pilihan. Aku mesti cipta kebahagian dengan caraku, berkongsi hidup dengan sesiapa yang memahamiku, dan bersedia menghadapi apa jua ribut, badai atau taufan melanda sepanjang titian ini.."

Mendengar kisah orang lain..Saya mengambil yang patut, membuang yang tidak perlu. Setiap orang itu berbeza. Kita boleh mengutip banyak pengajaran dalam pengalaman hidup orang lain sebagai panduan hidup. Namun, dalam masa yang sama kita juga harus mencorak lukisan kehidupan yang indah untuk kita selami hingga akhir hayat - dengan cara dan ikhtiar sendiri!

Kenapa saya ada menyebut soal fitrah?
Fitrah ini bukanlah sesuatu yang didapatkan atau diusahakan, tetapi sesuatu yang “ditemukan kembali.” 

Manusia lahir dengan membawa fitrah, yang mencakupi fitrah agama, fitrah intelek, fitrah sosial, fitrah ekonomi, fitrah seni, kemajuan, keadilan, kemerdekaan, persamaan, ingin tahu, ingin dihargai, ingin mengembangkan keturunan, cinta tanah air, dsb. Fitrah-fitrah tersebut harus mendapat tempat dan perhatian, serta pengaruh  dari faktor oksigen manusia (lingkungan) untuk mengembangkan dan melestarikan potensinya yang positif dan sebagai penangkal dari kelestarian “An-nafsu Ammarah bissu”, sehingga manusia dapat hidup searah dengan tujuan Allah yang menciptakannya.LINK

Belajar perubatan 5/6 tahun --> masuk alam ngeri (kata orang) HO 2 tahun --> dapat MO --> buat master 4 tahun (kurang atau lebih lama) --> buat subspecialist plak......dan seterusnya

Saya merenung kembali. Hidup ini untuk apa sebenarnya? Gaji besar? Tolong orang? Nampak hebat?

Setelah menghabiskan sekali ganda tempoh belajar berbanding orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah, (sedangkan orang lain sudah hampir memegang master), ternyata itu belum cukup.Orang-orang pesan jangan jadi chronic MO, maka langkah diteruskan lagi....dan lagi..dan lagi....

Itu soal kerjaya. Hanya kerjaya toq! 
Doktor...tak ada cinta dan perasaankah? tak ada ruang untuk benar2 berdakwah dan menyumbang sesuatu yang besar untuk agamakah? tak ada masa mendalami ilmu akhiratkah? begitukah???

Maka saya tak pernah bercita-cita untuk mengejar dunia.
Saya ingin berjaya dengan cemerlang di DUNIA dan AKHIRAT.
Saya mahu menyempurnakan fitrah sebagai manusia.
Allah itu matlamat utama..terasa gentar untuk berterusan mendamba dunia. Sampai bilaaa?


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari kenikmatan duniawi, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Q.S. Al Qashash 28 :77)

Berbahagialah dan berjayalah di dunia, TAPI jangan pernah tempatkan akhirat di tangga kedua.
Justeru dunia mesti berfungsi sebagai jaminan kebahagiaan dan kejayaan di akhirat..sebagai sandaran.
 maka...
- bila susah sesuai benar masanya, segerakan urusan kita : kahwinlah untuk menjauhi maksiat dan fitnah, beranak-pinaklah untuk kelangsungan ummat Muhammad, kencangkanlah aktiviti dakwah untuk memberi sebanyak-banyaknya sebelum nafas terhembus...
..dalam masa yang sama, usahalah sedaya mungkin membantu orang, memantapkan kerjaya dengan membina jatidiri sebagai muslim professional!

...

Mengejar akhirat ternyata jauh lebih mudah dan tak terkira berbaloinya di kemudian hari. Tapi itulah yang dalam sedar dan tidak, sering sekali kita abaikan.....

Menginsafi diri, membandingkan Rasulullah dengan diri ini;
- Baginda berganda-ganda lebih sibuk
- Baginda bertimpa-timpa menerima ujian
..tapi MasyaAllah kehidupan Baginda di dunia begitu tersusun, indah, sempurna dan penuh kebahagiaan.
..kenapa tidak susuk Rasululllah yang dijadikan idola? benar-benar hebat kan?

Di sudut ini, saya sendiri terkesima dan sebak...begitu culas mengelek akhirat dalam keghairahan penuh asyik fatamorgana dunia..Astaghfirullah...

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)