aduhai...

Wahai lelaki..

Hentikan pujuk rayumu

Jangan terus menguji jiwa perempuan yang lemah

Kenapa harus terus menambah dosa


Wahai lelaki

Kau sebenarnya pemimpin utama

Bawalah hawa ke jalan yang lurus

Jangan sesekali kau tarik mereka ke lembah hina

Corakkan mereka menjadi wanita solehah

Bukan sebagai tempat pelengkap nafsu


Wahai perempuan

Engkau tahu jika berdua maka ketiga itu syaitan

Kenapa begitu asyik berteman dengan musuh

Ke mana hilangnya peganganmu yang utuh

Kerana lelaki..

Begitu senangkah akhlak mu luntur


Wahai perempuan

Tiada salahnya berkasih sayang

Tapi ingatlah perempuan itu fitnah terbesar

Jangan kau lupa maruah yang suci

Peliharalah ia sehingga mati


Wahai lelaki...

Wahai perempuan...

Kenapa murkaNya yang dikejar

Lupakah engkau akan redhaNya

Nikmat kasihNya kau pesongi..khianati..

Kenapa sedemikian wahai lelaki..wahai perempuan..


Ya Allah..

Kayakanlah diriku dengan ilmu

Hiasilah diriku dengan kelembutan

Muliakanlah diriku dengan taqwa

Cantikkanlah diriku dengan kesihatan dan kesejahteraan

Dan...

Jauhkanlah diriku dari segala bentuk kemungkaran...

Aaminn........


Dari Abu Said al-Khudri r.a, katanya. Rasulullah s.a.w bersabda;

Sesungguhnya dunia itu manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah melantik anda menjadi khalifah di atasnya. Dia akan melihat apa yan anda semua lakukan. Takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku di kalangan kaum Bani Israel adalah disebabkan oleh kaum wanita. – Hadis riwayat Muslim


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. –An-Nur;30


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yan zahir daripadanya.. – an-Nur;31

cermin hidup lagi bernyawa

Cermin hidup

..cermin yang berkata jujur tentang diri saya..cermin yang mematikan sifat-sifat mazmumah saya..cermin yang menjadi rujukan dan sumber nasihat saya..cermin yang dapat membantu menjadikan saya muslimah yang lebih baik..saya mencari cermin itu sebagai teman..


Siapakah ‘cermin bernyawa’ saya ?

- belum rakan akrab, tapi sekadar kenal

- belum pernah menjadi rakan sembang

- terpancar ciri-ciri keikhlasan di wajahnya

- perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang

- kaki surau atau masjid


siapakah hamba Allah itu?

wah..sulit..tapi tidaklah mustahil...


..... Dia adalah manusia, bukan cermin mahal di dinding.. anda semua ada cermin hidup ni?



(cebisan perkongsian dari buku ‘nak ke tak nak’)

buntu

Pasrah

Namun belum masa menyerah

Lelah

Tapi tenaga masih bisa dikerah

Ya Allah..

Harusnya bagaimana?


Benci

Kenapa begitu sukar menghindar?

Buntu

Beginikah untuk waktu yang tersisa?

Ya Allah..

Tunjukilah jalan yang sebenar-benarnya.....

sama saja

Pahit dalam benar

Tersepit

Dan sukar untuk keluar


Aku betul

Dia betul

Kamu betul

Mereka betul

Semua ingin menjadi yang benar

Jadi siapa yang salah?


Sendirian

Aku berfikir

Mengalahlah..

Meskipun terasa betul

Tidak rugi untuk tunduk sebentar

Jika itu yang memberi damai

jika itu yang menjernihkan keruh


siapapun yang benar

usah terus digaduhkan

kita semua manusia

suka

duka

gembira

marah

bukankah lumrah?


Suatu ketika

hisablah diri

siapalah sangat kita di bumi ini

begitu kerdilnya untuk terasa bangga

begitu naifnya untuk berlagak hebat

begitu lemahnya untuk sering menghukum


kita tetap sama

manusia..

carilah permata untuk memberi

bukan menggali najis untuk dilempar

kerana kita semua sama saja

hambaNya..

di tanah sekangkang kera ini

dalam waktu sekerdipan mata cuma...

damai

Kedamaian itu di sana

Tapi aku diam di sini

Mahu saja aku lari ke sana

Tinggalkan tempat ini


Ruang ini begitu luas

Tapi aku terasa lemas

Ingin sekali aku keluar

Berlari dan terbang

Bebas di persinggahan sana


Angin

Kau bisikkan damai

Cahaya

Kau sinarkan bahagia

Dan aku..

Semakin teruja


Nantilah..

Aku tetap impikan tempat itu

Tapi biarlah aku berteduh di sini

Hujan masih lebat

Tak mungkin aku kebasahan untuk mengejar sinar

Sabarlah..

mau balik

Rasa nak balik semakin membuak-buak.

Hari tu abah cakap baby dah boleh pusing badan kiri kanan.
Kelmarin pulak abah bagitahu baby dah pandai nangis berlagu.. hahahaha..
Saya pesan jangan lupa dengarkan la dia ayat-ayat quran..
Abah cakap memang dah buat..sampai radio senyap sendiri..hahahha..[maksudnya??]

Owhoo, sangat tak sabarrr nak balik..
Dah tempah tiket 4 julai..heh..kena sabar..lagi 2 bulan.=(


Tiba-tiba terfikir,
Banyaknya nikmat kasih sayang yang Allah berikan..
Saya belum lagi bersua dengan dia tapi rasa sayang sangat-sangat..
hebat kan??! sebagai hambaNya kita kena fikir hikmah di sebalik semua yang kita rasa, lihat, dengar, alami..
semuanya membuktikan Kebesaran Ilahi..hmm..


SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar