Multitasking

Too much presure

(last day - tomorrow!!! within 5 mins i will start doing revision)

Inilah saya.

Belajar untuk final exam.
Proposal dana..
Proposal TA..
Renew SIB..


owh..sangat menarik!~
bekerja dalam tekanan sangat best!

dari dulu sentiasa begini..
bilakah mahu berubah?
tapi perlu ke berubah?
saya suka..(walaupun sedikit sengsara..;P)

Hari-hari berlalu cepat...
esok hari terakhir ujian.
Semoga Allah permudahkan segalanya..aamin..


a piece of great reminder...

"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

-- An-Nisa': 1

bee zzz boo die?

Biarlah..
jangan sedih
sesungguhnya Allah sentiasa bersama

amar maaruf nahi mungkar
dilaungkan sana sini
tapi yang benar-benar laksanakan?
tepuk dahi tanya iman sendiri

duhai teman..
andai penat berjuang
jika buntu melangkah
dan otak sendiri lesu berfikir
..bertenanglah
..berdoa sajalah

biarlah..
biarkan manusia terima akibatnya
sabarlah..
serahkah pada Allah Yang Maha Adil

sabarlah..
sabarlah..
sabarlah..
biar mereka terima akibatnya saja..
biarkan..

..................

wahai ibu bapa sekalian..permudahkanlah urusan pernikahan anak-anak kalian..jangan biarkan mereka terus bergelumang dosa..mereka amanahmu..islam tak pernah menyulitkan sesiapa..jangan tertipu dengan adat yang merosakkan masyarakat..antara haram dan halal..kenapa perlu berfikir panjang untuk memilih yang halal???...begitu menyedihkan bila agama bukan duduknya di tangga pertama dalam hidup.. aduhaii..

siapa yang dah tak boleh berpisah tu kawinlah cepat-cepat..
kalau tak nak..stop..boleh pulak berlumba-lumba tambah saham di neraka..
lu pikir la sendiri..

oh..mama..saya mau kawen...
kawen dgn siapa..
dgn siapa saja...
lallalallalalalalalalala....

Persepsi

A white cup or two black faces?


Hazzy(nama rekaan)..aku pikir kamu ngak suka 'lepak2' kayak gini..(waktu di warong teh tarik)

Senyum.

Ya..tapi inikan ulangtahun mereka..(merujuk kepada 2 orang temanku)

Mengangguk.

...

Kisahkah saya akan tanggapan orang lain terhadap saya?
Erm..tak sangat kot.
Saya tahu apa saya buat..untuk apa.
Dulu masa sekolah popular sangat perkataan 'thiqoh'
huhu..tak boleh buat sekian2..nanti jatuh thiqoh..;)

saya memang tak suka 'lepak2' di luar.
tempat lepak yang paling best adalah di rumah.
lebih aman mungkin.
;)

...


pengkritik yang paling hebat dalam hidup saya adalah..
diri saya sendiri.
sayalah yang paling benci diri saya.
sayalah yang paling sayang diri saya.
sayalah yang paling menghargai diri saya.
hampir segalanya saya...
..tapi saya tahu..tetap takkan dapat melawan Yang Maha Kuasa....

...

menjadi yang baik..
lebih baik..
itu impian sehingga ke hujung nyawa.
kerana...permulaan tak menjamin pengakhiran.
..dan sesungguhnya pengakhiran itulah yang paling penting.
tak mengapalah sekarang kurang baik..
tapi teruslah berusaha untuk mati sebagai yang baik....
dan jangan baik sekarang tapi akhirnya...huh..na'uzubillah..

apa tunggu lagi..??
semoga hari ini lebih baik daripada semalam..
esok lebih baik daripada hari ini..
aamin.


Bagaimanakah harusnya...

walking alone in Milan (boulevard of broken dr...


Sebelum ni saya menyatakan ujian akhir 13 papers dalam 6 hari.
Ternyata saya silap menghitung.
Bukan 13 tapi 30!!!!
Macam tak masuk akal. (ye ke 30????)
Tapi terpaksa la diterima akal......kot~

......

Huh.
Baiklah, nak jelaskan.
Ini blog saya.
Semua ni terluah daripada apa yang saya jalani seharian.
Sesiapa yang terbaca boleh berfikir,mengkritik atau apa jua.
Tapi saya ulang, ini ruang saya.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas hasil original tulisan saya.
(yg copy n paste lain cerita).ok

......

Hmm..entah kenapa..
Setiap kali menulis,
akhirnya saya rasa menyesal.
Kenapa ye? ? ?
Mungkin... sebab akhirnya saya semakkan terlalu banyak hal duniawi.

Hakikatnya,
Hati ingin benar mengubah diri dan persekitaran yang semakin ..ntahla.
Tapi dalam menghadapi situasi yang macam-macam..
kadang-kadang ia melalaikan, melemahkan batiniah.
(bukankah ujian boleh memberikan kekuatan? )
Dan itu merugikan kesempatan masa yang DIa berikan ni.
Saya berfikir tentang itu..
sejak dulu, tapi lebih dalam hari ini.
Saya ingin mengejar akhirat.....................

....

Amanah memang berat.
Kadang-kadang rasa tak tergalas.
Di kanan mengharapkan begini.
Di kiri menginginkan begitu.
Bagaimana dengan harapan diri sendiri?
Bagi saya satu kata je.
- Kerjasama.
(bagusla moto hidup Wonderpet...apa yang penting?kerjeeesameee...! ;P)

Saya pernah menulis tentang pemimpin yang saya tak suka..
dan saya tak nak bekerjasama.
Tapi Allah Maha Mengetahui, Maha Adil...
Alhamdulillah, kerana hal itu saya belajar untuk lebih kenal apa itu ikhlas dan sabar.
Biarpun ia diiringi dengan air mata sekalipun..
Tak ada lagi tempat kita berpaut kecuali kepadaNya kan..
yakin..yakin..dan yakin...
Huh

....

Suatu ketika,
aku pernah mengingatkanmu teman..
tiada niat berlagak baik,
jauh sekali mencari burukmu...
aku hanya ingin menjadi sahabat..
sahabat yang benar-benar sahabat..
dan akhirnya aku sedar tiada guna memaksa..
maka di kejauhan ini..
aku mungkin hanya bisa menangis melihat jalan yang kaupilih..
meratapi lemahnya diriku sebagai kawan.

Tapi ke mana jua kularikan diri,
tanggungjawab memaksaku diam bertahan..
menghadapi realiti bahawa itu temanku..
kenapa tinggalkannya?
kenapa abaikannya?
bukankah dia perlukanmu?
Harapan mereka adalah perjuanganku sejak dulu..
pertanyaanku..
harus bagaimana kulakukan sekarang, wahai teman..
b a g a i m a n a???
Ilhamkan aku sesuatu yang terbaik, Ya Allah...........................



capek...berserah aja

Birokrasi?
Diam dan ikut saja!?
atau..?

Kerana birokrasi semua bertelagah.
Pendapat teman-temanku semua benar.
Tiada yang salah.
Benar dari sudut pemikiran masing-masing.
Aku menyetujui saja dalam diam..
kerana situasiku berbeza.
Prinsipku senang..mendengar dulu suara yang lain.
Meskipun ada juga berfikir dari sudut lain.

Teman A
.."..ikut saja apa yang termaktub di dalam jadual. Anggap saja pihak jurusan tak pernah mengubah apa-apa. 30 subjek untuk 6 hari. Semua sudah tahu sedari dulu lagi.. kenapa perlu menggelabah? .."

BENAR. Meskipun aku belum siap tapi aku juga tahu akan hakikat itu..dan aku tak pernah berniat mengambil kesempatan ni untuk memperpanjang tempoh ujian. Padan muka sendiri la kalau nilai akhirnya teruk kan. Tak belajar betul-betul, salah siapa?

Teman B
.."..kita diberi pilihan untuk mencari solusi terbaik untuk semua orang. Saat pihak jurusan memberitahu bahawa UAS nya hanya untuk mata kuliah modul dan yang selebihnya dalam SP, itu menimbulkan ketidakpuashatian banyak orang kerana tidak semua orang merancang untuk ikut SP. Maka kerana itu, diberi pilihan untuk memperpanjang UAS dan membatalkan SP sama sekali. Nah, alasan untuk yang pertama supaya mahasiswa memahami sesungguhnya modul khas yang diberikan itu, bukan sekadar ujian. SP itu juga adalah supaya mahasiswa belajar lebih lama tentang mata kuliah spesialis yang lebih penting itu."

BENAR. Masing-masing sudah sedar akan sistem yang boleh dikatakan merapu ni. Akhirnya akan bertanya pada diri sendiri, belajar untuk ujiankah? kemudian lupa terus? atau belajar untuk memahami sepenuhnya, dapat jawab ujian dengan baik kerana faham, seterusnya tercantum baik di long-term memory? Jadi tak salah juga pendapat ni.

Teman C
.."..salah mereka kerana baru beritahu saat akhir. Kenapa pula tiba-tiba perlu ada SP sebagai ganti UAS? Bukan sikit wang dikorbankan untuk sekali pulang ke tanah air. Kenapa tidak di masukkan semua ujian dalam 6 hari tu seperti yang dijadualkan. Itu salah mereka dan bukan kerana salah mereka maka kita patut mencari pilihan lain. Mereka yang harus berpegang pada kata-kata asal. Bukan mengubah sesuka hati. Setiap orang ada pandangan peribadi masing-masing dan itu tak boleh dijadikan hujah kukuh untuk mengubah ketetapan yang asal. Jadi pencarian solusi untuk kebaikan semua seolah-olah menunjukkan bahawa mereka yang di atas itu benar. Sedangkan, hakikatnya kita menjadi mangsa kesalahan mereka yang dibebankan ke atas kita."

BENAR. Menjadi mangsa. Sudah lebih dua tahun. Agak kelakar bunyinya. Sudah 2 tahun kok bisa diperkotak-katikkan lagi?.. tapi begitulah realitinya.

Huahuahua..
Dek kerana aku ingin mengutarakan pendapat yang berbeza, lain pula jadinya.
haha..kan betul, diam itu lebih baik.....
personally, kalo hasilnya teruk, aku bukanlah jenis yang mempersalahkan orang.
cuma aku ingin memberi gambaran bahawa berbezanya situasi masing-masing.
maka, menurut seorang teman yang berfikiran jauh, bukan selesaikan hal ujian ini sebenarnya.
tapi....sistem ini. bagaimana?

Analisa tindakan yang boleh diambil di kepalaku sekarang mudah (setelah berdiskusi dengan tenang dengan beberapa teman sampai lewat petang);

1-menentang pihak atasan sehabis daya sehingga tiada lagi masalah seumpama ini
2-menurut saja apa yang dikatakan pihak atasan dengan syarat keras supaya tidak mempercayai betul-betul kata mereka (fikir lebih jauh dan jauh..)

hmm..

hah..teringat hujah seorang teman lagi..
"..ini bukan politik. suara majoriti mengalahkan minoriti. mesti perbetulkan dari akar bukan kita yang harus sibuk-sibuk tentukan keputusan dari suara majoriti. salah tu."

ohoo..ada BENARnya juga.

Apa-apalah.

Diam lebih baik.
Keadaan panas betul tadi.
Tak sesuai untuk berdiskusi lebih dalam.

Cuma sekurang-kurangnya anak regular telah cuba mencari solusi yang lain untuk anak Malaysia walaupun itu bukan masalah mereka. Terima kasih untuk itu.

Dari satu sisi, keadaan mereka juga lebih meruncing pada masa depan jika mata kuliah spesialis itu jelek! Mereka benar untuk berusaha mencari jalan agar hal sedemikian tidak berlaku. Aku cuba sebaik mungkin meletakkan posisi aku di tempat mereka.

Ya, nama juga mangsa..sama-sama jadi mangsa.
huhu

Kesilapan dari mahasiswa yang jelas;
KENAPA TIDAK MOHON DIUBAH JADUAL UJIANNYA (DIPERPANJANGKAN) LEBIH AWAL SETELAH DIKETAHUI HARI UJIANNYA CUMA 6 HARI????

Salah kita yang ini!

Belajar.
Ujian.
Libur.
Lupa semuanya.
Yaa..namanya juga untuk lulus ujian.
haha


..kalo emang itu pilihannya..nggak pulang juga nggak apa-apa dech..seharusnya dibilang aja bahawa liburannya cuma 2 minggu doang..dari awal donk..huhu T_T


lalallalalala
beban makin bertambah.
Proposal TA belum siap.
ujian akhir -30 papers within 6 days.
ikut SP - keluar duit.
pi mai pi mai...semuanya ada masalah.
udah..saya sendiri merelakan apa saja keputusannya.

lalallalallalalala....


-segala yang tertulis di sini semuanya oleh hazirah harun,mahasiswa kedokteran yang terumbang-ambing di rantau orang, bersuara juga tak begitu dipandang, bukan top-scorer lagi, ada apa pada dia?hahhahahah- as long as I have Him to hear me.. ;)

Syukur

Paper Airplane Degree :: Zoom


flight ticket booked!
;)
- 26 jan -
..masih lama
...masih boleh buat banyak perkara di sini

tak mengapalah cuti tak mencecah sebulan lebih (apatah lagi sebulan!), asalkan balik menjenguk keluarga buat seketika.


Alhamdulillah sihat daripada demam semalaman. Kacau betul fikiran bila tak sihat. Fikir sedihnya bersendirian melawan sakit. Fikir gerunnya kalau ajal menjemput. Huh. Tapi sakit benar-benar mengingatkan diri ni tentang dosa yang menggunung. Ya Allah... Ampunkan hambaMu ini Ya Rabbi..







Pasrah

Work hard & be nice to people...

Alhamdulillah..segala pujian hanya untukMu, ya Allah.

Banyak perkara kat dunia ni yang kita tak mahu berlaku terjadi tetapi tetap juga terjadi. Kita fikir kalau tak berlaku, kita akan rasa gembira. Tapi, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa... hati saya kini jadi lebih tenang dengan hal yang sebelum ni saya ingin benar elakkan.

Kenapa?

Saya memang tak ada jawapannya.

Tapi terlintas di fikiran;

"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -al-Baqarah:216

Benar. Nak kata apa lagi. Dah jelas.

Tak nak macam mana pun, kalau Allah kata 'kun..' ..'fayakun'! Berlaku juga.

Huh, macam apa je. ;D

Terbaca juga satu hadis...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

hurm..berkata yang baik-baik atau diam sahaja.

Maknanya... NO mengumpat, fitnah, keji-mengeji dan seangkatan dengannya.okay?

so, sama-samalah kita bermuhasabah ye.

Hazirah, work hard!..and be nice to people!

InsyaAllah.....

Kucing hitam ke putih?

Zampicure


Tak tahu la kenapa nak letak gambar ni. Macam ada sesuatu yang menarik. Hmm

Terfikir..
ini bayang-bayang kucing atau memang jasadnya memang di tepi dinding tu ye..?

Ada orang cakap, kucing hitam tu bawa malang.
Ada momokan, kalau jumpa kucing waktu malam..haaa..scary eyh?

Kesian kucing hitam. Dek kerana warna bulunya hitam je pun orang bersangka macam-macam yang tak baik.

Kucing putih?
Banyak orang bela kucing-kucing comel, montel yang warna putih bersih,gebu bulunya.
Ramaila yang bila jumpa kucing putih tengah jalan nak usap2, belai2..
Untungnya jadi kucing putih.

Tapi hitam dan putih kan warna luarannya je.
Bukan penentu hakikat kucing tu baik ke jahat kan. huhu

Tak kisah la apa nak jadi dengan nasib para kucing tu.
Agak2 sama tak dengan situasi manusia?

Mungkin kan.

Ingin menjadi orang yang baik,taat dan soleh/solehah itu seharusnya jadi cita-cita semua orang.
Takkan nak impikan jadi pelaku maksiat, buat kerja haram etc.. plak kan?

Ok, kalau dah tanam impian nak jadi lebih baik tu, apa kita patut buat?
Cari ilmu? erm..betul gak tu
Mula ubah sikit2 apa yang patut? haa..bagus dah tu

Pendek kata..terpulanglah.
Niat dah baik, kenalah berusaha biar sampai jadi kenyataan.
Kalau dalam tempoh transformasi tu ajal datang..hurmm..
InsyaAllah..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNya.

Tapi tu la..jangan main2 dengan niat2 dalam hati je.
Memang la DIa tahu hati kita tapi...
kalau betul niat baik..kenapa tiada pelaksanaan?

contoh mudah;
aku niat nak solat dah tadi..tapi banyak kerja pulak..dah terlepas waktu.

owhho..bagaimana tu ye. kira dah bagus la tu orang tu berniat nak solat ek?
cuma tak buat je..hmm. Wallahu'alam.

Kita tak boleh la nak tuduh orang macam2 tapi kalau dah terang lagi bersuluh hal tu salah.
Nak duduk diam buat bodoh je ke kita2 yang dengar ni?

ok.
Tepuk dada, tanya la iman.
Ye laa..paling lemah pun membenci akan perkara tu dalam hati.(take note: benci perkara tu, bukan pelakunya ok) kan?

Entry saya sebelum ni buat orang 'hangin' pulak. owhhoo..hazirah..hazirah..
komen saya;
maaflah kepada sesiapa yang terasa. blog ni sebahagian dari hati saya.
realitinya, saya bukan pendebat, pemidato dan seangkatan dengannya.
jauh juga nak jadi penegur berhemah.[oh..bilakah baru bisa..]
memang nasihat saya orang selalu booo-layan.
..dan memang terasa 'ralat' bila kita beri nasihat orang buat tak tahu.
ye la..memang tak boleh paksa orang kan.
tapi kalau makin menjadi-jadi buat perkara tu..???

Rasulullah bersabda; ..sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..

ye..pesan Rasulullah la tu, ajak buat maaruf, tinggal yang mungkar.
kalau orang tak nak dengar camne?
Tengok lah kemampuan diri. Takkan nak bertegang urat pulak kan.
Habis bagus, diam dan berdoa je la.

Kalau saya ignore?
Ada orang cakap Rasulullah tak ignore orang yang tak dengar nasihat baginda.
Baginda tak berputus asa berdakwah dan terus berdakwah.
Betul!
Saya pun nak jadi macam tu. Nak jadi macam Rasulullah.
tapi...Hazirah dan Rasulullah SWT?
Perbandingan yang tak terkata(..dan mcm tak boleh nak diwujudkan) perbezaannya.

huhu...[terasa sebak giler..]
ter'bengang' sekejap tempoh hari. hati jahat berkata; habis tu, yang tak dengar nasihat tu nak jadi macam orang arab jahiliyah ke?
huh..na'uzubillah.astaghfirullah.

Ive done.
Orang tak boleh terima nasihat ke ape nak buat macam mana kan. So i ignore aka buat tak tahu je la..plus benci hal tu dalam hati.
(take note again:bukan benci orang tu)

Kenapa?
kalau saya layan baik2, macam me'restui' je perkara tu.rasa bersalah lagi membuak-buak.
Jadi saya pilih buat tak tahu langsung. Terseksa jugak la.
Ye la..bila tengok benda cam kotoran kat tepi kain orang saya tak boleh tegur. Macam jahat gak la. kan?


Hmm..

saya nak jadi kucing hitam la. boleh tak?
kucing hitam tak semestinya jahat kan?
atau..jadi kucing putih bertompok2 hitam..comey jugak kan.......................................



exam mode:ON
(tapi kdg2 tak sedar diri smpi blh taip 1 entry lg)

Semoga dipermudahkan

Sejak kebelakangan ni rasa diri ni macam loser! Seriously..
Minat dalam perubatan semakin memekar tapi ilmu jarang dipaksa sumbat masuk sampai padat ke dalam otak. Dalam erti kata lain......fokus pada pelajaran berkurang. huh. Kenapa? sibuk? bukan perdana menteri pun.. penat? belum lagi on-call.. alasan semuanya..;P isk3

Minggu lepas diberitahu, oleh sebab my batch ramai, kemungkinan nak masuk koas nanti kena tunggu giliran based on IPK or CGPA. warghh!!! -cuak- mine is not bad but not damn well though. dont like this!

Lately tak terasa nak balik Malaysia pun. huh, biar betik??
Betolll... dunno why. I didnt even excited to hear that my semester break will be pushed forward - starting 1st jan 2010 - tapi saya nak gi PERMAI on 22nd jan..betul2 nak ke sana. So i thought i should rather stay here till the end of the program.. lebih jimat kan? But my friends have started asking me.. 'going back after 3 weeks vacations?' huhuu.. kenapa, tak percaya? ;P

These two weeks..kena buat kerja cepat-cepat, kalau tak nanti banyak ter'miss' masa belajar..huhu.. sometimes i love being busy..the hectic lifestyle reminds me the preciousness of time..so its good, huh?! how about busy body then?? ;P

Busy body betul!
Mungkin tu kot orang pernah cakap kat saya. ;) But do i care? Pegangan saya: biarlah jadi busy body, tegur bila2 nampak orang buat salah kat dunia ni..daripada jadi busy tak tentu pasal kat akhirat bila orang cari kita tuntut kita macam-macam..isk3..na'uzubillah..astaghfirullah..
Hmm..harap sangat akan sentiasa wujud orang yang akan tegur kesalahan saya tiap detik dan ketika.....


Ya Allah..apapun jua yang datang dan pergi dalam hidupku..permudahkanlah segalanya..aaminn

Pergi tak kembali


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Saya pernah hafal lagu ni masa sekolah dulu2 sebab masuk nasyid.

Allahyarhamah kak Laila Mastura (my senior here)..saya tak rapat dengan dia...
tapi..ukhwah yang terbina melahirkan rasa sayu dalam hati ni...
Imam Al Ghazali ada ingatkan..yang paling dekat dengan kita tu MATI.
Benar. Pejam celik, pejam celik..seorang demi seorang sudah kembali menghadap Ilahi.
Saya? kita? entah bila pulak..
Ya Allah...kotor dan hinanya terasa diri ni mahu menemuiMu.............................


ALFATIHAH buat arwah...

Keutamaan

Busy


Maaf, tak dapat join dikir..

kenapa?

erm..banyak keje yang blom settle. tak dapat nak gi latihan.

huh..
Banyak benda yang saya nak buat tapi terpaksa berkorban. Tak boleh nak ikut hati sangat. Nanti yang lebih penting terabai. isk,isk..

Saya kena bersedia untuk masa akan datang yang lebih sibuk dan memenatkan. Tak boleh nak tangguh-tangguh kerja lagi. Boleh jadi sakit jiwa nanti. huhu

Ibadah-pelajaran-persatuan--- ini turutan yang lebih utama.
Andai kata saya sibukkan diri dengan perkara lain lebih banyak lagi, pasti akan penat-ibadah terganggu-pelajaran merosot-persatuan kelam-kabut.
ohh..tidak..pelajaran pun makin hari makin kompleks..kalau asyik ngantuk je..habislaa..

Maka dengan berat hati terpaksalah saya korbankan perkara-perkara lain, perkara yang tanpa saya pun, benda tu boleh jalan je. Cuma saya je gatal nak buat itu-ini..haihh

###

Duit oh duit.
Kena berjimat la nampaknya. Kalau mahu ikut PERMAI januari nanti di bandung, kena pandai-pandai simpan duit le. Asalnya nak balik Malaysia lebih awal (kononnya nak sambut special day kat kampung) tapi kena tukar plan la. Teringin sangat nak join program tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. hehehe..


..berat nak buat keputusan tu tapi dikuatkan juga hati ni...kata seorang sahabat, resah itu mungkin daripada dosa..huh,ada benarnya tu..berserah sajalah padaNya..

Nyahlah ragu

quiet I'm thinking

Bismillahirrahmaanirrahim

Kenapa laa ada bisikan-bisikan halus yang cuba meragukan diri saya bila nak buat sesuatu yang baik.. Tak suka, tak suka, tak sukanya...

Tapi itulah yang mesti dilawan dan ditentang sesungguh hati.

Lebih-lebih lagi bilamana nak lakukan sesuatu yang orang jarang lakukan. Tambahan pula perkara ni yang akan membuahkan cakap-cakap orang (yang tak faham) sana-sini. Kuatkah saya untuk hadapi semua tu?

Saya sering membuat keputusan nekad akan sesuatu hal. Nekad maksudnya disertai keyakinan yang jitu kan? Tapi tak dinafikan bila ada ujian sikit, saya jadi keliru, takut, menyesal tiba-tiba(ah..sudah...). Isk.. benci betul perasaan camni. Betul-betul benci. Sedangkan suatu ketika saya sudah berbulat hati..kenapa harus jadi goyah dengan tiba-tiba? Aduhai..

Saya telah membuat pilihan ni. Pilihan yang saya tak pernah terfikir pun akan terjadi dulu-dulu. Tapi, itulah..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Semoga pilihan ni yang terbaik untuk saya. Aaminn..

dalam keliru,
hanya dari Mu aku temui keyakinan..
semoga rasa ini semakin memekarkan rasa cinta yang makin mendalan pada Mu, Ya Rabbi..


mata oh mata

Look into my eyes

Asymmetrical eyes.
A normal and a swollen-like one.
I noticed the difference long long time ago.
Why mine is like that??
Will be meeting up with a doc soon.
good news,plzz..*praying*


***

Open house kUMNOma -done successfully.
so happy to gather up all the malaysian students here.
united we stand!

p/s;my frens in malaysia did ask me..UMNO???? heh..tenang2..put aside the political minds..this club doesn't reflect it's members view.fullstop.

Done

Checking exams...

Bismillahirrahmaanirrahim

Huh..finally, im back here..updating this blog.

A tense-upside down-confusing-depressing-cloudy-etc week has passed..at last....
Menjawab exam dengan perasaan confuse,
'owh..how come im being so 'clever' like this??'
I skimmed the questions papers..
thinking which answer that i should choose..
A-B-C-D-E?

I even didnt know why i had to pick one coz i totally had no idea at all..
camne nak jawab??
Bagus..they killed me on the spot.
Yesterday i woke up with a stupid thought..
'kalau aku tak nak gi exam hari ni okay tak eyh??' ;P
Cemerlang, gemilang dan terbilang sungguh student macam saya ni kan.

But, though i did very very bad in most papers..i have realized something..
im falling in love with neurology ! since when, huh?
sejak..bila saya jwb exam dan tak tahu jawapan dia..
dari situ saya rasa membuak2 nak tahu.
huhu..pelik.ada hikmahnya juga exam yang saya rasa teruk kali ni.
semoga saya betul2 berjaya menyemai cinta saya pada neurology.
haha.its not a crap though.a fact of myself instead.wink*

Haa..compared to other papers, entomology lah paling best.
I didnt give a glimpse to the lecturer notes until 15 mins before exam.
No, on that time I just tried to memorize the past year questions only..
plus lil bit,brief reading of notes perhaps..thats all..then..
my M16 played its role.owhho..
hey, all the beetles,insects,mosquitoes and other relatives..
till see you all again in final!!!

final.
semua orang cakap tak nak sit for final.and so i..
tapi saya pasti ambil jugak.
takpe lah tak balik cuti lebih awal...
takkan lari Malaysia dikejar..;P
dan januari nanti..
saya tak tahu apa akan berlaku.
manusia merancang dan berusaha.
but the rest..pray to Him. ;)

exams selesai..sambung kuliah isnin ini..perjuangan takkan pernah berhenti.heh.


Ayo, semangat!

The Wild Blue Yonder

Assalamualaikum

Exams are just around the corner. Assignments some more...--> normal la hidup seorang pelajar.. so what?!

Whatever.. i have to do my best for my own sake. Burning the midnight oil.. perhaps getting up at wee hours of the morning.. --> bila nak exam baru nak gelabah ke?! isk..isk..isk..

Thinking of my future life.. hoping that i can handle all the challenges with non-stop support and understanding from my beloved ones... --> memang kena berkorban giler r..less time with ur own family maa..

Huh..studying psychiatry and neurology..and i think i have kind of emotional problems too..;P


Earthquake!

I'm fine, everyone!!!

So many friends, relatives asked me recently..

here is pulau jawa, not that sumatera..different islands, okay..

Thanks for your concern. Alhamdulillah, just living well here..;)


Takziah kepada mangsa gempa bumi tu. Terlalu banyak hikmahNya yang harus kita selidiki tatkala bencana seperti ni berlaku. Maka beruntunglah kalau kita benar-benar berfikir tentang segala yang ada dan terjadi di muka bumi ni. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.


Hanya padaNYa

Aku keliru
maka aku mohon kepastian
Aku takut
maka aku mohon keberaniaan
Aku lemah
maka aku mohon kekuatan
Aku runsing
maka aku mohon ketenangan
Aku berdosa
maka aku mohon keampunan
Aku bahagia
maka aku sujud kesyukuran....

Segalanya aku mohon
hanya pada Allah Yang Maha Esa



..Ya Rabbul Izzati.. ini pilihan jalan hidupku.. bersandarkan cintaku padaMu.. kumohon keberkatan dan keredhaan Mu.. bantulah aku supaya tidak tergelincir daripada landasan yang satu.. wasallallahu'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashaabihi wasallim..

Mute Swans (Cygnus olor)


Cinta manusia itu urusan Dia.

Cintakan Dia itu urusan kita.

Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita.





Pertimbangan

Allah Maha Mengetahui.

Sebagai hambaNya, kita amat digalakkan untuk sering berdoa. Berdoalah. Pohonlah apa sahaja.. Sesungguhnya DIa Maha KAya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Ternyata, kadang-kadang setelah bersungguh-sungguh berdoa, mengharapkan sesuatu daripadaNya, dan kemudian kita merasakan doa kita segera dimakbulkan, tiba-tiba kita rasa ragu-ragu...benarkah doa itu dimakbulkan? Bukan kerana sebab lain seperti sebagai satu ujian untuk kita? Bagaimana ingin pasti akan hal demikian?


Saya berfikir...
hanya terus berdoa meminta petunjuk daripadaNya..
itulah pilihan terbaik...
Rasa ragu-ragu atau was-was tu dari syaitan. Kan?

Hmm..maka dalam keadaan keliru membuat pilihan, kita dianjurkan untuk beristikharah.
Apa itu istikharah?

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Doa Istikharah

“Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang Maha Berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Dikau Maha Mengetahui perkara ghaib, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


She Flies On Strange Wings


Wallahu'alam.


..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Bantulah aku untuk memilih jalan yang terbaik. Hadirkanlah ketenangan dan kebahagiaan atas jalan yang kupilih itu...aaminn




Dah pergi..semoga kembali lagi

Terasa kehilangan Ramadhan..
rindu padanya...
semoga dapat bersua lagi pada tahun hadapan..
aaminn..


SeLaMaT HaRi RaYa 'iDulFiTrI
..maaf atas segala salah dan silap..


Lebaran ni memang lain. Ada baby. Tokki 'dah pergi'. Terasa lain. Melekat sampai sekarang. kenapakah???

Beberapa hari lagi dah nak balik sana. Arghh..agak berat hati..tak! SANGAT berat hati sebenarnya.. =(

...atau...sebenarnya kerja yang melambak tu belum ku sentuh...?? huhuu.. okay.. memang patut la rasa berat hati. ;P

Terfikir

Say A Prayer

Sana sini orang dah mula cakap pasal raya.

"..tak sabar nak balik malaysia"
"dengar lagu raye tadi..cepatla masa berjalan.."
"raya nanti datang umah ye!"
"jom gi jalan-jalan umah member hari raye ni.."

etc..
etc..
etc...

Tak apalah. Perasaan natural masing-masing. Tapi...
Ramadhan akan berlalu.
Ramadhan yang penuh barakah.
Ramadhan yang menghadirkan sejuta ketenangan.
Ramadhan yang penuh keinsafan.

....Kesedihan menyelinap di sebalik kegembiraan....


Ya Allahu Robbi..lindungilah hamba-hambaMu di sini..

Berita tersebar..

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

sedih..terkedu..kelu..
sampai begitu sekali amarah manusia.
kenapa perlu perangi saudara kita?
kenapa tidak perangi musuh kita? Israel contohnya..
kesal...apalah salah kami di sini.
yang banyak di Jakarta tu pun pelajar.
hmm..
kami hanya diam dan bersabar di sini.
dengan harapan semua ini selesai dengan aman..
kami menjalani hidup seperti biasa.
walau ada teman warga tempatan yang pandang sinis.
lagipun bulan Ramadhan..kenapa perlu wujud pertelingkahan yang berpanjangan??
Malaysian..sudah2 laa mengeruhkan keadaan. Jaga mulut, bahasa kalian!
Indonesian..sudah2 laa membuat ancaman. Membunuh kami juga tiada faedahnya!

Ada kawan mula bimbang..takut diapa-apakan secara halus (bomoh etc..)
'ko ade tak ayat or doa ape-ape untuk elak smua ni..'
Erk..
Saya memang tak tahu. Tapi..
'ko banyakkan je laa berdoa,berzikir,bace ayat kursi..tapi kena istiqamah la..jgn miss..yakin kat Dia.'
Huh..
semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.. Aamiin..





[EDITED]..untuk teman2 di sini..akhirnya majlis esok dah bertukar kepada tahlil..bagus la jugak..apapun, sekadar ingin mengingatkan..ketahuilah, al-Quran patut jadi sahabat kita semua..kalau acara untuk sekadar cari pemenang, tiada gunanya..hayatilah kemuliaan kitab suci tu sendiri..siapapun yang masuk bukan persoalan..bukankah semuanya biasa membaca Quran??.. jangan jadi terlalu menyedihkan..tatkala acara sukan, semua berebut nak masuk..tapi untuk menghafaz ayat-ayat suci ni.....hmm...fikir-fikirkanlah..
i love you all..;)





Reblog this post [with Zemanta]

Pilihan

Hari tu belajar examination skills for neurology. Ya Allah, sekali saya terkedu dan rasa tersepit. Antara yang haram dan yang halal. Saya tak mahu melabel sesiapa termasuk dosen saya sendiri. Masing-masing punya fahaman. Begitu jugak saya.

  • Saya berkata tidak untuk buat praktikal dengan kawan perempuan sambil pelajar lelaki menonton.
  • Saya berkata tidak untuk buat praktikal dengan lelaki sambil semua menonton.
Kenapakah?
Saya berfikir..
Saya memang dalam proses belajar. tapi matlamat tidak menghalalkan cara.
Justeru kenapa perlu memilih yang haram tatkala masih ada cara yang lebih aman?
Saya terkedu...
Apa perasaan lelaki apabila melihat perempuan berbaring di atas meja di tengah-tengah kelas?
Tiada pilihan sangatkah???
Saya rasa sesak..
Kenapa perlu saya menyentuh tubuh lelaki yang bukan muhrim dalam keadaan yang langsung tidak terdesak pun?
Saya kesal..
Percampuran fahaman menyebabkan yang haram menjadi halal.

..dan akhirnya Allah Membantu saya. Alhamdulillah.

Keluar dari kelas, saya berfikir panjang... pasti jalan yang saya pilih ni akan memberi konflik yang lebih banyak dan berat pada masa hadapan.

Saya tak kisah orang cakap kolot. Saya pun bukan ekstremis. Saya cuma takut Allah murka.

Wallahua'alam



seseorang berkata..

kejayaan dakwah bukan orang ikut kita
kejayaan dakwah adalah kita berjaya amal apa yang kita dakwahkan..insyaAllah..