InsyaAllah..i will..
Perjuangan perlukan pengorbanan.
Memang penat berada di atas pagar.
Tapi saya dapat lihat gelagat manusia kiri dan kanan.
Saya belajar untuk ambil yang baik..buang yang buruk.
Didik diri sendiri menjadi lebih tabah dan sabar.
Tapi selepas ini saya tak akan biarkan mereka berbicara sesuka hati.
Cukuplah dengan ideologi sempit mereka.
Umur yang dewasa tak semestinya tahap fikiran juga begitu.
Saya quote kata-kata Tuan Guru Nik Aziz..yang saya fikir baik untuk direnungkan.....
Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.
Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.
Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.
Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?
Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi hilang, (agama) Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.
Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.
Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.
Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.
...
Misalnya begini, saya kata, "Jangan berniaga dadah, jangan hisap dadah," nanti kamu kena gantung sampai mati. Adakah salah ucapan saya begitu? Tak salah.
Polis pun sebut, mahkamah pun sebut, wartawan pun sebut. Jadi kalau saya guna simplistic mengenai dengan dadah orang tak marah pada saya tapi kenapa kalau saya guna simplistic dengan akhirat, dengan syurga, orang marah kerana apa? Ini kerana kita tipis semangat beragama.
Kristian juga tipis, orang Islam juga tipis, orang Buddha juga tipis. Adakah saya akan biarkan tipis semangat berugama ini berterusan? Ataupun saya mesti tebalkan? Orang Kristian juga mengaku neraka ada, orang Buddha juga mengaku neraka ada. Jadi bagaimana hendak mengejutkan masyarakat neraka itu ada kalau saya tidak sekali-sekala mengaku neraka itu ada.
Saya tidak sebut tiap-tiap hari, tiap-tiap ucapan saya tidak sebut. Sekali-sekala saya kena sebut tali gantung atas dunia ini, saya sebut rotan, "Kamu buat begini, kamu kena rotan 40 kali." Adakah saya salah dari segi undang-undang?
Semua hakim setuju, semua polis setuju. Jadi kenapa ini setuju, itu tak setuju? Ini menunjukkan mereka marah kepada saya (kerana) menebalkan semangat agama. Agama Buddha pun setuju, Kristian pun setuju.
............................