Love is Cinta

..is not about a movie..
..just love..
..wonderful feeling..
..to deeply feel it..
..to share with others too..
..sometimes it comes to us by itself..
..but sometimes it goes away without leaving any sign..
..we need it..
..though how far we run away..
..how long we deny to feel it..
..how hard to find a space in our heart for it..
..sooner or later..
..it will come to us..
..coz love..
..is from Him..
..so...
..thank you,Allah..
..for the love's'..
...
..
.

Bukan sendirian

Awal pagi ini..saya bangun dengan lebih semangat..setelah lima jam merehatkan badan..
25 oktober 2008..hari yang bermakna..bagi saya, lain daripada hari-hari biasa..

7.00pg
Bersiap untuk ke kampus. Hari ini saya menyertai program bersama ANJAL -- anak jalanan. Bukan jadi anak jalanan, tapi turun padang berjumpa anak-anak sekolah dasar(rendah) yang menjadi anak jalanan. Bagi yang belum tahu, anak jalanan ialah anak-anak yang mencari wang di jalan-jalan, sama ada menyanyi sambil bermain alat muzik untuk mendapatkan wang('ngamen' dalam bahasa sini), atau hanya meminta-minta wang di bahu jalan..dan seumpamanya.

Jika di Malaysia, anak-anak seusia mereka enak belajar, bergembira dengan kawan-kawan, bermain ke sana sini. Memang ada yang susah tapi selalunya pasti mendapat pembelaan pemerintah kan. Makmurnya rakyat Malaysia. Maka bersyukurlah..Alhamdulillah.

'Terdampar' saya di bumi jiran ini membawa sejuta hikmah untuk diri saya. Hari ini saya belajar erti kehidupan dari kaca mata anak-anak kecil yang keluar ke jalan-jalan raya penuh dengan manusia dan kenderaan, mencari wang untuk hidup lebih bagus..erm..atau mungkin untuk memenuhi keinginan membeli barang atau makanan yang diidamkan.

Memandang raut-raut wajah naif itu, sejujurnya hati saya terusik. Dalam keinsafan saya memanjatkan kesyukuran yang terhingga kepada Yang Maha Kuasa kerana membesarnya saya dalam keadaan hampir sempurna. Tidak perlu saya memerah keringat muda mencari sesuap nasi. Sekalipun inginkan sesuatu, saya hanya perlu meminta daripada mama dan abah. Tapi mereka?

"Kapan tanggal lahir kamu?"
"Ngak tahu,kak.."
"Kok ibumu gak bilang? Trus gimana tahu umurmu sekarang 11 tahun?"
"Gak..ibu hanya bilang umurku 11.."
"Ooo.."
"Kamu ngamen juga,ya?"
"Ya,kak..nyanyi kak..aku suka nyanyi.."
"Owh..suara kamu pasti bagus..hehe..kalo ngamen, banyak ya uang kamu dapat?"
"Lumayann,kak..sekitar 20 ribuan.."
"Wahh..trus apaan aja dengan uang itu?"
"Kasi sama ibu! simpan..buat beli jajan juga sedikit..hihi"

"Tanggal lahir kamu ini pula kapan?"
"Erm..20 oktober 1996"
"Owh...selamat ulang tahun, ya!"
"Lho..hari ini tanggal berapa,kak? aku lupa sih.."
"..???...lupa? kamu gak pernah nyambut ulang tahun ya?"
"Gak..hehe"

Mohamad Amin..Mohamad Alex..(sekadar menyebut beberapa nama)..kakak tersentuh dengan apa yang kamu lakukan. Mungkin kamu fikir itu bukan apa-apa, tapi bagi kakak kamu tetap insan yang amat istimewa.

Sewaktu sampai di sekolah itu, ada beberapa anak-anak perempuan yang berlari-lari datang menyalami saya dan teman-teman. Eh..bagusnya..dan saya hanya mampu tersenyum melihat telatah manis anak-anak itu.

Acara semalam diadakan dengan santai. Sedikit motivasi. Games. Temuramah. - ..senang melihat sinar penuh ceria dan kegembiraan di wajah-wajah mulus itu..dan pasti..setengah hari yang penuh kelucuan juga..hehe
"Siapa bisa kasi tahu perbedaan antar ikan teri(bilis) dengan ikan yu?" tanya pemotivasi.
"Saya!" seorang anak laki-laki bangun mengangkat tangan.
"Ya, kamu..cepat sekali.."
"Ikan yu bisa makan ikan teri tapi ikan teri gak bisa makan ikan yu!"
hahahahhahaha....cerdas amat lho...pintar..pintar..kakak pun tak akan bagi jawapan tu kalau ditanya spontan.Mungkin hanya jawab ikan teri kecil, ikan yu besar..hehe

Walaupun masa yang diperuntukkan untuk sesi temuramah hanya sebentar cuma, sempat saya menanyakan cita-cita beberapa orang dari mereka.

"Aku mahu jadi pemain sepak bola!"
"Ya..ya..aku juga!"
"Aku mahu jadi tukang ojek*!"
.......hah??kenapa???.......
"Kalo jadi tentera nanti mati, kak..gak mau..mending jadi tukang ojek aja.."
"Tukang ojek bisa dapat banyak uang ya?"
"Yaa..kak.lumayan.."
"Gak terpikir cita-cita lain?"
"Hmm..bawa angkot..erm..ha..pilot! bawa pesawat itu.."
"Owhh..bagus-bagus.." (nak jadi pemandu jugak apa-apa pun dia ni..hehe)

*tukang ojek - orang yang hantar penumpang dengan motosikal.,mereka akan tunggu di sesuatu tempat awam dan orang yang ingin ke mana-mana boleh pangil mereka hantarkan..bayarannya tak mahal sangat..

*****

Hanya cebisan perkongsian. Saya mahu saat-saat itu kekal di ingatan maka saya menulis. Biar tersimpan kukuh di ruang memori.

SubhanAllah..Alhamdulillah..AllahuAkbar..

Kenapa hidup manusia berbeza-beza? Yang senang, menghabiskan wang membeli-belah pakaian baru, bermain bowling dan snuker, makan di restoran mewah..yang kesulitan hidup, 'berkeliaran' di jalanan meminta simpati manusia-manusia pemurah. Ahh..hidup ini memang bukan sendirian. Bukan hanya ke sekolah, universiti, exams, kahwin, bekerja.. Hidup ini harus memberi dan berkongsi!

Saat menjamah spaghetti bolognaise di sebuah restoran semalam, saya terfikir satu hal..'anak kecil itu mendapat 20ribuan hasil di jalanan dan memberi kepada ibunya..20ribuan? sama dengan nilai spaghetti ni..?? senangnya hidupku..' Astaghfirullah...

Antara dua dunia yang berbeza..kedua-duanya soal wang! Kita boleh berkongsi kasih sayang tapi itu belum cukup untuk menyenangkan hati mereka yang keluh kesah, memikirkan kesukaran hidup. Maka sumbangkanlah..berilah apa yang termampu..tak susah kan?

Kongsikanlah juga perhatian dan kasih sayang. Berilah semangat kepada insan seperti anak-anak kecil itu untuk keluar dari kepompong hidup yang perih..agar mereka berani menanam impian dan menggantung cita-cita di langit tinggi..untuk hidup berjaya, senang dan bahagia kelak.. bukan hanya di jalanan......

*****

11.oopg
Mobil yang kami naiki bergerak pulang..kembali ke dunia kami.........zapp..fikiran saya berputar mengenangkan nasib seorang anak kecil tadi..anak laki-laki itu tiba-tiba dipanggil pihak pengurusan sekolah sewaktu sedang riang bermain 'games' yang kami adakan..dan dia mendapat berita yang amat menyedihkan..bapanya baru saja meninggal!..dia dihantar pulang..Ya Allah, tempatkanlah hamba Allah itu di kalangan orang-orang yang beriman di sana..dan peliharalah anak kecil itu serta keluarganya..sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Aminn... AL-FATIHAH...

*****

Adik-adikku..ingatlah...kamu bukan sendirian..doa kakak akan sentiasa mengiringi kalian...jangan pernah putus asa! Kamu semua bisa menggapai cita-cita di langit tinggi itu..pasti bisa!

a beautiful song..dedicated to those special ones..

Laskar Pelangi- Nidji

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

Upload gambar sendiri?

Bismillahirrahmaanirrahim..

In fact, this is exam week..and im going to do last revision for nerve,ent n eye paper today after posting this post. Actually i've just read a good article and i thought why not if i just copy and paste it here..for sharing, generating our mind to think about the issue discussed......

...............................

Hukum letak gambar sendiri dekat blog n lain2??

MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur;
“
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

..............................

Hmm..i did upload my own photos before this but stop doing that as someone told me not to do so..the reasons? just like the writer of the above article said.

But i must admit though it seems to be a simple opinion but as muslimah we should be more concern on this kind of matter.

Sewaktu ditegur tentang perkara ni dulu, saya juga banyak berfikir buruk baik letak gambar sendiri terutamanya yang closed-up tu. Meletakkan gambar memanglah secara tak langsung mahu kawan-kawan lihat. Ada yang berpendapat, bila berjauhan masing-masing mahu lihat perkembangan teman-teman di sana sini. Jadi, mungkinlah dengan gambar, rindu itu terubat. hmm..macam-macam lagi la sebabnya. Terpulang kepada individu itu sendiri juga.

Dalam isu yang dibicarakan penulis artikel di atas tu, saya sendiri secara peribadinya berpendapat, ada rasionalnya untuk tidak mempamerkan gambar sendiri dengan cara closed-up atau seangkatan dengannya. (Perhatian; Bukan untuk menghukum atau melabelkan bahawa ia suatu benda yang tak baik dan salah.Bukan bermaksud memerli orang lain.Tapi untuk difikir dan dibincangkan bersama-sama..)

Wanita..hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah...

Ya, sebab wanita memang makhluk yang istimewa. Wanita solehah menjadi perhiasan dunia yang sangat indah. Indah pada imannya..akhlaknya..penampilannya..

Semua ingin menjadi wanita solehah...perlukah wanita solehah mempamerkan keindahan itu di mata semua orang?

Im still thinking... a lot... coz i did that before.. and i know lotsa of muslimah do that too...if you read this post, dont hesitate to give comments, opinions, suggestions, critics... coz it is all about us, ya muslimah out there.... syukran.. wallahu'alam..

Kembali

Assalamualaikum wbt

Sudah lama berjauhan dengan ruang ni. Banyak perkara berlaku..dan alhamdulillah..dapat lagi mengetik papan kekunci hingga saat ini..Alhamdulillah.. =)

Lebaran di kampung halaman yang dinanti sudah berlalu dan perasaannya sukar diungkapkan..tatklaa bertemu, bertegur sapa dengan insan-insan yang tersayang. Terubat rindu yang mendalam itu.

Kembali di perantauan..ujian menanti..mulai hari ni hingga jumaat..harus lebih tekun daripada biasa. Semoga terus diberikan kekuatan..rohaniah..jasmaniah..aminn..

Pelajaran, ujian hari ni untuk manfaat seumur hidup.Bukan main-main.Fokus...fokus... =)

Selamat Berjuang semua!!!