KELANA JAYA: Kesanggupan dan keinginan seorang remaja menyertai sekolah tahfiz bagi menjadi hafiz tanpa menghiraukan keseronokan bersekolah kebangsaan seperti rakan yang lain, menyebabkan ibu bapanya terharu dan berusaha mengumpul wang bagi menghadiahkan peluang menunaikan haji bersama mereka.
Rogayah Abd Razak, 45, berkata keikhlasan anaknya, Mufid Munib Muhammad Khadri, 16, dari Darul Furqan di Kampung Padang Balang, Gombak, ingin menjadi pelajar tahfiz bagi menghafaz 30 juzuk al-Quran membuatkan beliau dan suami berusaha mengumpul wang bagi menampung perbelanjaannya ke Tanah Suci tanpa menghiraukan penat lelah.
Katanya, beliau dan suami sememangnya amat berharap sekurang-kurangnya ada seorang dalam keluarga menjadi Hafiz dan bersyukur apabila Munib menyambut hasrat itu.
"Selepas Munib tamat sekolah rendah empat tahun lalu, beliau masuk sekolah tahfiz dan nampak sikapnya lebih rajin dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah.
"Kami yang berniaga kedai makan, bekerja bersungguh-sungguh bagi mengumpul wang untuk menunaikan haji dan selepas bersepakat membawanya bersama sebagai hadiah dan diharap dapat meningkatkan semangatnya menjadi seorang hafiz," katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.
terharu baca berita ni..
pengorbanan ibu bapa..kesungguhan anak..
beautiful relationship~
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.
Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.
Sementara itu, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.
"Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi," katanya. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pula berkata kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.
"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.
abah kenal baik juga dengan Allaryarham ni..
entah ade org bgth belum abh kat mekah..
Al-Faatihah.....
[suke dgr Allahyarham cakap..bersemangat dan bermotivasi]




