..tentang sesuatu

11.45am..sekarang saya berada di klia sementara menunggu flight ke surabaya jam 4.30ptg!
....
..
.
tanpa 2 barang penting yang tertinggal di rumah...hukhuk
..my hanset!
..quran tafsir!!

sesuatu yang penting....Ya Allah....

saya lihat wajah-wajah manusia di klia ni dengan tanpa perasaan..(bad mood!)
tak apalah..ada hikmah di sebalik semua ni..(memang pun..)

Tu p0n nak memilih?

Hijau dan Biru

Alkisahnya sedang saya berbual kosong dengan mak saudara hari ni.. timbullah kisah pasal roti.. ye, roti yang kita beli kat kedai tu..tak kisah la brand apa-apa, hi5 ke,sedap ke, abdullah ke (ade ke?)..asalkan roti...... plastik luar dia tak boleh warna hijau!

Pengeluar roti: sekarang kalau jual roti yang pembalut plastik dia warna hijau nanti orang tak nak beli!

Mak cik saya(merangkap peruncit) :
kenapa?

Pengeluar roti: Ada orang tak nak beli kalau warna hijau, warna biru tak pe. Dah dia side biru, tak nak beli yang hijau.....

Mak cik saya:
Laaaaaaaaaaaa..............

.....dah tu, pokok warna hijau tu dia nak cat biru semua ke? Sayur yang dia makan tu?



Muahahhahahahha....

Asalnya macam nak tak nak je saya percaya tapi hakikatnya memang ada orang macam tu. =D

Ini hanya secebis kisah, tentang yang biru tak nak benda hijau...saya dengar yang ni je. Yang hijau tak nak benda biru, saya tak tahu la..ni baru kisah roti, belum makhluk-makhluk lain.

Komen saya; ini mentaliti kelas ke berapa hah??? Fanatik pun berpada-pada ler wahai insan yang berakal lagi mulia.... hurm...teringat pasal logo petronas yang kena ubah dulu...huhu


...saya suka WARNA biru dan hijau! c00l~~

tengok, tengok, tengok!


..ye laa ipin..memang saya nak tengok tapi tak boleh.. =(


almost everyone yang dah tengok cakap bagus dan comel filem 'upin n ipin' ni..


tunggu dvd je la jawabnya... T_T


Test..test..

Mula-mula saya baca kat internet. Kemudian keluar dalam tv. Budak laki umur 13 tahun dah dapat anak!!! Isk..isk..isk.. Terkedu bila dapat tahu. Nasib baik 'omputih' bukan orang kita..walaupun orang kita pun dah mengarut juga...

Apa tak mengarut.. tempoh hari saya tengok berita, pasangan tu ditangkap berkhalwat kat bilik sewa selepas beberapa jam je bertunang! Astaghfirullah... baik la nikah terus je. Keluarga mereka ni entah perasan ke tidak anak tak balik rumah? Jangan jenis tak kisah langsung sudah.. boleh rosak habis keturunan akan datang. Na'uzubillah.

Kenapa saya tulis tajuk 'test..test'? huhu.. budak umur 13 tahun tu 'test' first time terus dapat anak. Gembira dan bahagia je saya tengok gambar dia. Siap cakap dia suka dapat jadi ayah. (adeyy..) Yang kes khalwat tu pula, 'test' dulu sebelum nikah (ke..)? Mereka lupa agaknya DIa Maha Melihat... semoga mereka bertaubat.. dan terus nikah je lah..

lupe..

lupa la nak ucap sesuatu...

THANKS a LOT

  • kepada semua yang ingat hari lahir saya 20 jan lepas..
  • kepada shams, rus, sara, meei2, ed, sue(+ur bro), shafiq(+ur girl) and suhail..yang turun ke sunway on 19th.. saya betul-betul tak nak main benda tu sebenarnya tapi saya kalah dengan kedegilan shams yang 'buat' muka..sorry

im 22..sekian

kiri kanan atas bawah..

Berehat

Bila dah balik malaysia, dapat rasa angin kampung, terasa berat je jejari ni nak menaip walaupun keinginan tu selalu ada. Tapi, tak ape la, menghargai saat-saat bersama keluarga selagi ada ni. Minggu depan saya akan kembali ke sana lagi…

Anak buah

Jauh di sudut hati, teringin nak tengok anak buah masa dia dilahirkan nanti tapi nampaknya tak de la kesampian hajat tu sebab masa tu saya dah tak ada kat Malaysia. =( Mungkin sebab anak buah pertama, jadi agak excited! =) Apapun, saya hanya dapat doakan agar semuanya selamat nanti. Amin..

Kahwin muda

Seorang lagi kawan saya dah bertunang. Tahniah.. Saya tak tahulah sama ada trend dah berubah atau saya yang dah semakin tua. Rasanya ramai kahwin muda ye sekarang. Ada kawan saya cakap, ‘apa yang nak dihairankan..bukan kita dah 20’s ke? Biasa la tu..bukan belasan tahun lagi..’ hehe..betul la tu. Tapi, Alhamdulillah, gembira bila bau aroma nasi minyak ni. Rasa bahagia bila tengok orang bahagia. =) Itulah keberkatan dalam sebuah perhubungan yang berlandaskan rasa cinta kerana Allah. Segerakanlah apa yang harus disegerakan..

Guru

Seminggu lebih saya menginap di Johor. Tidaklah sampai jalan-jalan satu negeri tu sebab kakak dan suaminya sibuk. Kata mereka, memang jadi guru di Johor agak memenatkan. Tapi mendidik anak-anak bangsa tu memanglah amanah yang berat. Merekalah yang bakal jadi hartawan, jutawan, menteri hatta kuli sekalipun kelak. Tapi kan, yang menariknya, majoriti guru-guru di Johor adalah orang pantai timur terutama kelantan dan terengganu. Erk, orang Johor tak minat jadi cikgu ke??

Kaki pancing

Kalau dulu saya tertanya-tanya kenapa ramai benar orang yang gila pancing. Best sangat ke? Orang macam saya tengok kerja memancing ni macam bosan je. Huhu. Tapi nak dijadikan cerita, takdir menentukan abang ipar saya seorang kaki pancing. Sempat jugak la saya dan kakak menemaninya pergi menjala waktu tinggal di johor tempoh hari. Dapat tiga ekor ketam dan seekor udang (je..). kami yang hanya menungu di tepi pantai ni memang la hanya nak tengok hasilnya. Tapi kaki-kaki pancing ni tak pentingkan sangat hasil sebanyak mana. Kepuasan tu yang utama..kadang-kadang kalau dapat ikan pun dibuang kembali ke laut atau sungai.. uh,saya tak berapa nak faham sebab saya tak minat kot..

Politic turmoil?

Boleh jadi mereng bila baca berita pasal politik di malaysia ni. Dah namanya manusia akhir zaman, banyak orang yang sanggup lakukan apa saja demi kuasa dan takhta. Tapi rakyat marhaen macam saya ni macam mana la nak betul-betul faham kan. Entah yang mana di pihak yang benar saya pun tak tahu. Tapi tak de la sampai tahap buta politik. At least saya tak ketinggalan update maklumat terkini tiap-tiap hari. Owh, hampir terlupa saya..salah satu plan masa cuti saya ni..nak daftar sebagai pengundi! Hehe..

Media neutral

Tiap-tiap pagi kat rumah ni saya baca surat khabar. Kalau dulu yang wajib ada berita harian (abah saya panggil berita hairan..hehe), sekarang abah beli sinar harian je. Erm, sepanjang pembacaan saya, bagus juga la akhbar ni sebab kalau part politik tu, dia neutral. Melaporkan berita bukan mengarang fitnah atau hasutan. Jadi, pembaca boleh takrif sendiri mengikut pemahaman masing-masing. Macam tv gak. Rasanya paling okay tv9 la kot. Bagi saya la...

Senarai barang

Lebih kurang seminggu lagi kat sini, saya dah berkira-kira ni nak bawa balik apa ke sana. Kena buat senarai la nampaknya sebelum pergi shopping. Huhu.. apa yang pasti, barang untuk masak dan makan mesti lebih! Owh, mesti ingat satu benda..keropok terengganu! =)

Abaikan handphone

Maaf. Bab handphone ni memang susah sikit saya nak ubah. Kalau kat rumah ni, saya tak terasa nak pegang handphone sangat kecuali sebelum tidur..untuk set alarm. Hehe.. jadi, kalau kelewatan membalas mesej orang tu, perkara biasa la. 'Takkan tak dengar kalau ada call atau mesej masuk?’ Erk, jarang sekali sebab handphone terperuk di mana-mana je.. (”,) teeettt..

Gaza dan boikot

Dari mata kasar nampak dah sedikit kendur tapi sebenaranya ia belum berakhir. Memusuhi yahudi dengan zionism nya itu pasti. Maka ramailah kalangan kita mula memboikot barang-barang mereka. Saya pun beransur-ansur menukar produk harian yang tak patut digunakan. Berusahalah apa yang termampu. Tiada yang mustahil. Saya baca kat paper, banyak syarikat jenama terkenal orang yahudi atau amerika yang rugi teruk sejak akhir-akhir ni. Mungkin ya, sebab kemelesatan ekonomi sekarang. Tapi mungkin juga penjualan yang jatuh mendadak. Erm, ada juga orang berpendapat yang kerja-kerja memboikot ni merugikan orang islam sendiri. Mereka yang makan gaji dengan syarikat-syarikat berkenaan mungkin akan dibuang kerja dan terpaksa hidup menganggur. So how? Saya nak mengulas lebih-lebih pun tak berapa reti, tapi yang pasti, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita..yakinlah kerana Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan Dialah yang mengurniakan rezeki kepada hambaNya. Wallahua’alam..

tok tok...

..assalamualaikum..
-waalaikumussalam

lama menyepi..?
-owh, tak de la..merehatkan badan dan minda sambil mengubat rindu..=)

tak de entry baru ke kat blog ni..?
-insyaAllah..coming soon..


..asyik dengan liburan panjang ni..