Ukur diri

Islamic views of Muhammad

Selawat dan salam ke atas junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW…


Alhamdulillah dapat mentarbiyyah jiwa dan rohani yang dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Arif semalam.

Aahh..seringkali saya rasa kagum dengan orang yang penuh ilmu agama di dada..

Bait-bait kata dan ungkapan yang terlahir dari mulut mereka ini begitu lancar dan penuh manfaat.

Jauh benar terasa diri ini untuk menjadi seperti mereka…….

….

Sunnah…sejauh mana kita mengamalkan sunnah ya..?

Sunnah sangat banyak tapi yang sering diagung-agungkan hanya segelintir..

..dan makin ramai yang kononnya ingin mengamalkan sunnah sedangkan yang wajib entah ke mana-mana….

Kesudahannya ramai yang akan bertelagah kerana 'pengamalan sunnah' itu..

Heh..contoh mudah - poligami!

Ahh..bukanlah saya orang yang suka berbicara soal ni.

Memanglah…perempuan memang tak suka bab ni..lelaki je suka..


Oh..silap..tanyalah pendapat, ajaklah saya berbual ..tiada masalah untuk saya kongsikan idea tentang poligami.


Saya tidak menentang mahupun membenci poligami. Tapi saya muak dengan orang yang kononnya merasakan dirinya layak untuk berpoligami.

Kalau rumah tangga yang sedia ada tak tentu hala…masakan boleh mencari jalan untuk 'tambah cawangan'..

kalau ada dua atau tiga atau empat sekalipun…bertambah-tambah bahagiakah? Semakin teruruskah keluarga itu?

Haha..sebelum tu…cuba semak diri balik…sunnah-sunnah lain ikutkah?


…tahajjud?

…puasa sunat?

...dhuha?

…cara makan dan minum?

…cara bercakap, tidur dan segala aktiviti harian?


hmm…kalau nak senaraikan terlalu banyak sebab Nabi sendiri memberikan contoh yang terbaik dari segi semua hal.

Tapi, umatnya berat nak ikut benda-benda yang nampak 'remeh' tu..yang 'gah' tu juga didebatkan..aduhai

Poligami ni hal orang yang dah kahwin. Yang belum dan masih bujang? Lain pula ceritanya………..



Bersamalah kita banyakkan muhasabah diri.

Manusia suka benar berdebat hal yang bukan sepatutnya jadi keutamaan yang hanya mengundang permusuhan.

Politik dicemari rasuah, fitnah, caci-maki dan seumpamanya. Semakin buruk imej muslim jadinya.

Ajaran Nabikah itu semua?????

Renung-renungkan dan tanya iman masing-masing…



…sayang-sayang Allah, sayang-sayang Nabi…sayang-sayang ayah…sayang-sayang ibu…


Ding Dong!

Masa untuk kembali berjuang..di bumi Malang yang sememangnya taklah malang.

Liburan ini berlalu dengan penuh makna. Syukur..alhamdulillah.

Cabaran makin getir menanti. Dalam gusar dan penuh teka-teki, doa terus dipanjatkan agar segala urusan dipermudahNya..aamin

...

Satu janji terikat
amanah baru terpahat
semoga itulah yang tepat
biar lambat atau cepat
jika sudah ketentuanNya pasti dapat

Ya Allahu Rabbi...hanya padaMu kusandarkan segalanya..


Mencari diri

Hidup di hutan batu seringkali membebankan jiwa dan berkemuncak dengan kehilangan rasionaliti sedikit demi sedikit. Saat itu naluri meronta mahu berlari bebas ke ruang alami, menyahut bisikan bayu dan segala zikir alam kepada Maha Esa.

Sejauh mana pun manusia mengejar pembangunan yang gah dan moden, roh secara fitrahnya sentiasa mendambakan kedamaian semula jadi yang tiada noda. Apabila terdengar alam berbicara lembut, jiwa bisa meresap aura positif yang amat hebat..sungguh nikmat rasanya....

....

Expect little to others but give as much as we can..

Lebih kurang la juga trademark saifulislam..'erti hidup pada yang memberi'

Fikir sejenak dalam-dalam..Nah, memang benar sekali! Apalah erti hidup yang sementara ini andai kita hanya mengharapkan orang lain memberikan sesuatu untuk kita. Wang? rumah? kereta? makanan? cinta? bahagia? Kalau kita dapat semua ni daripada orang lain, akhirnya kita akan sangat puas hatikah? terasa hidup ini begitu bermaknakah?

Yang pernah menerima pasti ada jawapan.

....

Ada seorang hamba Allah mengajukan soalan yang maksudnya lebih kurang macam ini kepada saya;
..kenapa orang yang putus cinta (frust gilerr) akan terseksa dan merana dengan teruk?

Entah-jawapan spontan dalam hati.

..mungkin dia terlalu mengagungkan cinta kepada manusia berbanding cintaNya.
itu balasan pertama saya.

Ah, agak melelahkan dan membosankan mendengar kisah orang frust menonggeng dek kerana cinta. Frust atau kecewa tak salah tapi tak usahlah sampai tertonggeng-tonggeng, fikiran jadi tak rasional dan mula buat perkara yang entah apa-apa. Masa tu orang macam ni cuma fikir ingin mengubat perasaan yang remuk redam. Jadi, pertimbangan berdasarkan emosi seringkali mengundang penyesalan akhirnya. Na'uzubillahi minzaalik.

Kembalilah kepada Sang Pencipta. CintaNya melimpah ruah. Tak terhitung, tak terhingga banyaknya. MencintaiNya sepenuh hati memberikan kita kebesaran jiwa, kecekalan hati dan segalanya yang kita perlukan dalam satu pakej yang sempurna. Yakinlah.

Andai kecewa dengan cinta sang makhluk, bertenanglah dan baikilah posisi cinta kepada Ilahi. Mungkin kita tak sedar, kita sudah terlalu jauh mengabaikan percintaan kita dengan Dia. Ingatlah, kita yang perlukanNya...bukan sebaliknya.

Kenapa saya tiba-tiba mengulas tentang hal ni? hmm..

Buat teman yang saya kasihi di mana jua kamu berada (juga peringatan untuk diri sendiri),

Jangan mengagungkan cinta manusia yang kamu namakan kekasih hati itu...suatu masa kamu atau dia akan berpisah jua, menyahut seruan Ilahi.

Jangan melayan perasaan kecewa dalam kegagalan kisah cintamu. Sucikan diri dan bersujudlah...rintihkan segalanya hanya kepada Dia. InsyaAllah hati akan terpenuhi dengan cinta teragung yang tiada penghujung.

Bersederhanalah memberi hati...jangan kamu ditinggal tak ber'hati'.............

Wallahu'alam..
Salam kasih dan sayang.. ;)



Alhamdulillah

Assalamu'alaikum..

Rindu bertamu dan jari kembali ligat menekan papan kekunci.

Suasana kampung halaman yang kudamba beberapa bulan lalu kini enak dinikmati. Alhamdulillah.
Walaupun saya tak betah duduk di rumah saja tapi tak mengapalah..selepas ini mungkin saya dahagakan semua yang ada tika ini.

Liburan menggamit banyak undangan istimewa...
gembira, bahagia, syukur...sana-sini insan-insan muda yang kukenali, baik kawan maupun saudara-mara sendiri, sibuk merancang untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah..segerakanlah yang baik. Tak perlu menunggu harta melimpah kemudian baru nak cari bata,simen dan kayu. Allah Maha Kaya..yakinlah.

Saya gembira mengetahui dalam keluarga besar saya, pernikahan awal masih dititikberatkan. Asal pasangan itu ada sumber rezeki dan siap untuk berkeluarga, ibu bapa menyokong teguh serta merestui keputusan mereka. Meskipun tidak berpeluang menjejaki menara gading, setidak-tidaknya mereka berusaha membina hidup sendiri yang lebih bermakna. Rezeki itu daripada Allah..semoga mereka diberkatiNya sentiasa.. Saya sebagai orang kampung melihat adat Melayu yang lama masih hidup walaupun adalah usaha muda-mudi keluar mencari pasangan sendiri dan bukan orang tua. Setidak-tidaknya, mereka menyegerakan urusan itu.


Ilmu Vs Agama

Pasti ramai yang tidak bersetuju akan perbandingan ni. Saya sendiri begitu. Mana mungkin ilmu dipisahkan daripada agama dan menjadi tentangan sekaligus? Memang sangat tidak benar..tapi hakikatnya begitulah sikap manusia.

Beragama sahaja tidak cukup. Ia memang fitrah semulajadi manusia. Namun fitrah ini perlu disuburkan dengan ilmu dan amal. Perlu juga disedari, iman itu sendiri dipengaruhi oleh ilmu. Bertambah kuatkah keimanan seseorang jika setiap hari dia hanya melepak di bahu jalan, membuat bising dan mengganggu orang awam yang lain? Adakah sumber-sumber ilmu yang bermanfaat untuk bekalan akhirat di situ? Tatkala kepenatan dan perut berkeroncong, masing-masing pandai cari jalan pulang ke rumah.

Tapi..itu mungkin dulu. Sekarang orang semakin pandai dan teknologi semakin canggih. Menjadi kutu-kutu jalanan bukan lagi pilihan. Pemuda-pemudi berlumba-lumba memanjat puncak menara gading. Biarpun jauh beribu batu dari tanah air, berpisah jasad betahun-tahun dengan keluarga tercinta, demi ilmu..segalanya dikorbankan sementara. Ya, demi ilmu pengetahuan.

Oleh sebab saya pun jarang pulang (setiap 4-6 bulan setahun dikira jarang la walaupun hanya di negara jiran) seringkali jugalah saya disoal tentang kehidupan di tempat orang. Saya akan bercerita sejujurnya apa sahaja sehinggalah soal rakan-rakan secara spesifik ditanya.

"Bila dah jauh dari ibu bapa, macam-macam boleh berlaku, abah..semua pun dah besar.."

Mama dan abah tunjuk muka kesal dan bimbang. Belum lagi anaknya buat salah apa-apa..

"Dapat ilmu, agama pulak ke mana.." komentar abah pendek.

"Tolong la kawan-kawan tu.." mama berharap.

Argh..lidah saya kelu sebentar.

Saya yang lemahkah?
Tapi saya sendiri juga perlu kuat untuk diri sendiri!

Argh..kesal tak pernah hilang.


Membaca amalan mulia

Saya dipupuk dengan minat membaca sejak kecil. Dulu-dulu, hari Jumaat, saya dan adik-beradik akan berebut-rebut surat khabar. Siapa tak dapat dulu akan buat muka masam. Tunggu giliran la nampaknya. pernah juga abah buat pertandingan bercerita antara kami. Saya yang obses dengan buku cerita 'Putera Raja Katak', hafal setiap patah perkataan dan lakonkan dengan penuh gaya persis gambar-gambar dalam buku tu. Hahaha. Masuk sekali adegan menangis segala...tak mahu kalah dengan kakak dan abang. Oh, pasti saya yang menang tapi rasanya..macam tak ada hadiah. Ah, cukup untuk bila 'diumumkan' saya juara. Tersengih lebar berhari-hari.

Mendidik anak-anak perlu kreatif. Alhamdulillah, saya masih sangat suka membaca. Cuma ruang waktu belajar mencuri kesempatan untuk menghabiskan buku-buku yang saya beli. Sulit sekali. Tapi jika benar-benar ingin mengubah emosi dan meringankan kepala, saya habiskan juga walaupun tugasan lain masih menimbun. Terfikir akan masa depan di laluan ini. Pasti semakin mendera.

Argh..percutian seperti ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.



..ada sesuatu yang dianggap baik itu tak perlu dihebahkan..maka kekallah ia sebagai rahsia selama tidak menimbulkan masalah..