Semangat!

Tatkala azan maghrib berkumandang baru saya tiba di rumah. Capek~~ latihan untuk bidai usai lewat.

Tapi hari ni agak berbeza. Tak seperti semalam, saya pulang dengan bermacam perasaan yang negatif. Hari ni saya masuk ke bilik dengan semangat yang baru. Semuanya kerana seorang teman. Dia kawan sekelas. Berbeza jantina. Berbeza agama. Berbeza bangsa. Berbeza karakter. Tapi itu tak membataskan pergaulan saya dan dia kerana apa yang kami bicarakan tiada yang salah. Ya, mungkin orang ramai yang m
elihat kami berdua di bahu jalan pasti berfikir macam-macam. Saya tahu itu pun boleh membawa fitnah. Tapi semuanya tidak dirancang. Saya hanya terserempak dengannya sewaktu masuk ke kampus dan dia pula mahu pulang. Awal perbualan kami berkisar tentang nilai ujian. Kemudian melarat tentang ujian akhir, semester pendek, rancangan pulang ke malaysia dan seterusnya matlamat jangka masa panjang. Sejauh mana matlamat hidup yang ingin kita capai? Apa yang kita lakukan sekarang untuk merealisasikan matlamat hidup yang masih jauh tu?

Saya belajar perubatan. Keputusan ujian agak jelek. Tapi saya percaya sebe
narnya saya boleh lakukan lebih baik daripada itu. Malah saya percaya saya boleh menjadi 'top student' sekalipun. Ada orang cakap, itu tergantung pada usaha kita. Kalau usaha gigih, pasti berjaya. Tapi, apa yang teman saya ingatkan hari ni, keputusan ujian bukan segalanya. Ia tak membuktikan pun bahawa orang itu pasti menjadi doktor specialist yang paling berjaya suatu hari ni. Nilai CGPA hanyalah dikertas. Ya, itu pasti saja sesuatu yang sangat penting bagi pelajar. tapi yang lebih penting sebenarnya adalah apa yang melekat di minda. Kerana itu yang akan dipakai sampai bergelar doktor specialist sekalipun. Kalau dua-duanya bagus, pasti orang itu adalah seorang yang sangat cemerlang.

matlamat hidup

Usah malu diketahui orang tentang kejelekan keputusan ujian. Kita kenal siapa diri kita. Apa kebolehan kita. Lagipun, belajar ni tugas sepanjang hayat. Bukan dalam tempoh lima, enam tahun saja. Kalau setiap waktu kita belajar dan akhirnya setiap semester dapat 4.00 sekalipun, adakah kita benar-benar gembira dengan kehidupan seharian? Adakah selepas bergelar doktor, kita akan berjaya menangani semua kes, pesakit di hospital tanpa salah sedikitpun? Pasti itu tak mustahil..tapi Allah Maha Bijaksana. Dia tak akan berikan kesenangan terus-terusan. Pasti Dia selit kesusahan dan masalah. Kalau tiada garam dalam masakan, pasti ada rasa yang kurang enak. Jalan raya yang baik infrastrukturnya tak selamaya lurus. Pasti ada bengkang-bengkoknya juga. Begitulah dengan kehidupan ni. Pokoknya sekarang harus ada matlamat yang jelas dan nyata untuk jangka masa panjang. Bukan hanya menjawab ingin menjadi doktor,peguam atau sebagainya seperti anak-anak kecil lagi. Zaman itu sudah berlalu. Sekarang harus lebih realistik. Selidiki kemampuan diri, atasi kelemahan, dan istiqamah dalam berusaha. Pasti akan membuahkan hasil yang gemilang suatu hari nanti, bila mana matlamat yang kita sasarkan sebelum bergelar pelajar sudah tercapai waktu itu.

Kami berbual tidaklah terlalu lama tapi apa yang saya perolehi amat berharga. Saya sering meluahkan pelbagai perasaan kepada teman-teman tapi jarang sekali ada yang boleh memotivasikan diri saya. Itulah anugerah seorang sahabat. Berkawan biar seribu. Saya tak dapat menyangkakan bahawa orang yang saya ketawakan dulu memberi nasihat yang berkesan pada saya hari ini..walaupun itu hanya perbualan singkat. Terima kasih teman. Terima kasih Alllah kerana menciptakan orang-orang seperti ni dalam hidupku. Aku mendoakan hidayahMu kepadanya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segalanya.

Esok ujian praktikal. Setelah ditangguhkan seminggu, akhirnya dapat juga selesaikan semuanya esok. Rencana untuk junior-junior baru masih belum saya siapkan. Persiapan untuk kem lakesma juga belum selesai..dan banyak lagi tugas yang tak tersentuh. Belum lagi untuk persiapan final exam. Penat? itu biasa. Tiada manisnya hidup kalau tiada bebanan. Kerana itu saya tak pernah bermimpi sekalipun ingin menjadi orang yang kaya raya. Cukuplah menjadi seorang yang mampu berkongsi harta dengan orang-orang yang susah dan mmerlukan pertolongan. Saya kira itu lebih baik..tanpa pembantu-pembantu di keliling pinggang. =)


Ok. Langkah perlu diteruskan sekarang. Selamat berjuang teman-teman! Semangat!!!