Fening..yang tak pening..?

Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ni. Bila duduk kat bawah ni, perasaan ingin tahu tu sangat membuak-buak. Ada orang cakap, pergi belajar saja la, usah fikirkan perkara 'orang tua' yang berat-berat tu. Disagree! Strongly disagree!

Kalau o
rang muda tak latih diri untuk berfikir tentang hal yang serius, macam mana nak lahirkan pemimpin yang bagus untuk masa depan. Cukupkah hanya tahu the latest Hollywood movies di pawagam atau the most beautiful outfits for teenagers masa kini atau the best ways to score biology di universiti?

Ya, semua tu ilmu juga. Tapi tidak cukup untuk menjana pemikiran kreatif, inovatif dan seangkatan denganny
a, bagi membentuk peribadi pemimpin dalam diri. Masalah orang Melayu sendiri hakikatnya sangat banyak dan semakin parah seumpama malignant yang berterusan mengganas menyerang sel-sel manusia. Tak ramai orang muda ingin ambil kisah tentang 'masalah-masalah' tu kerana mungkin bagi mereka, 'buat pening kepala je.pemimpin yang ada tu je la selesaikan.pihak berkuasa kan ada'. Just like that~~

Ada pula yang cakna sangat tentang hal ehwal bangsa, agama dan negara ni, tapi diri sendiri keliru. Kawan buat salah depan mata pun boleh 'l
ayann je' lagi. Prinsipnya, 'asal aku tak buat, tak ikut sama sudah..'. Confused~~

Apa nak jadi? Alaa..melayu kan mudah lupa.. hari ni cakap benci, esok dia yang buat.


Salah! Bukan kerana melayu yang mudah lupa tapi manusia itu memang lemah. Lemah bukan bermaksud akan sentiasa tewas dengan ujianNya tapi lemah kerana sering lupa dan lalai. Tuhan beri ujian bukan untuk kita naikkan bendera putih dan cakap 'i surrender!'. Dia mahu kita belajar mencari kekuatan kat 'dalam' ni supaya ujian seterusnya tak akan me
lemahkan kita terus. Bagaimana kekuatan nak dicapai? Percaya, yakin, taat dan berserah pada Dia yang satu.

.....


Hargailah orang yang tersayang selagi kita hidup. Tunjukkan bahawa kita sayang mereka.


Ralat. Bukan silap tapi saya terasa ralat dalam diri sendiri. Bukan kerana berbuat silap tapi kerana orang lain mungkin fikir saya mungkin silap. La..kompleksnya.


Saya tak salahkan orang yang mempersoalkan pendirian saya tentang sesuatu kerana itu hak mereka. Masing-masing ada pegangan dan pendirian sendiri. Hormatilah. Kalau boleh fahamilah. Mungkin sampai satu masa, kita terpaksa mengakui bahawa pendirian orang lain itu lebih betul daripada apa yang kita percayakan selama ini. Sesetengah perkara yang sering bermain di fikiran saya selalunya akan saya diamkan saja. Bila berhadapan dengan orang yang tak akan atau sukar menerima kata-kata saya, saya tutup saja mulut dan pasang saja telinga. Kalau orang ingin tahu, saya sedia beritahu. Tapi jika mulut cakap akan terbuka terima pandangan orang lain, tapi sebenarnya hati dan fikiran masih terkunci, lupakan saja. Kenapa?

I'm an unpredictable person. Saya tak jamin apa yang keluar dari mulut saya bisa menyenangkan hati setiap orang setiap masa. Sampai sekarang saya masih cuba menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain. Tapi, seringkali saya ketemu orang yang berlainan landasan dengan saya walaupun destinasinya sama. Saya? kalau dia tergelincir saya tolong. Kalau saya tergelincir, jika dia tak tolong, saya masih ada sahabat yang selandasan dengan saya. Kalau dia fikir sahabat yang bersama dia tu pu
n boleh tolong dia, terpulanglah. Asal dah cuba membantu, sudah bagus. Expect little but give much!


.....................................

Buka mata, buka telinga, buka minda...dan nilailah sendiri.
Jagalah tepi kain orang supaya di akhirat nanti orang tak akan sibuk menuntut dari kita.
Berjauhan dari yang tersayang tak bermakna lupakan mereka tapi belajar bersiap untuk redha jika mereka pergi dahulu dari kita.Doa sebagai penghubung kasih...
Berhati-hatilah dengan bicara kita hari ini. Jangan esoknya kita khianati kata-kata sendiri.
Persahabatan itu indah tapi lepaskanlah sahabat itu kalau ia bisa membinasakan kita..dan selamatkanlahnya jika kita yakin kita boleh.