Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur..alhamdulillah..atas segala nikmatMu yang melimpah ruah..alhamdulillah
Libur di sini banyak memberi pengajaran baru pada saya. Pengajaran yang menjadi panduan dan sempadan hidup di dunia sebelum alam kekal sana.
Suatu hakikat kehidupan; bahawa kita banyak belajar hanya dengan melihat tingkah laku manusia di sekeliling. Memerhati gelagat manusia memang menjadi kecenderungan saya tatkala berpeluang. Setelah seharian berbicara dengan teman, berdiskusi tentang pelajaran, menonton kemodenan di tv maupun di internet.. saya agak senang untuk berhenti sejenak di suatu sudut di kesibukan kota, melihat khabar manusia duniawi.
...
Sesusuk tubuh yang tua, dengan pakaian lusuh melangkah perlahan ke bawah teduhan pohon-pohon kecil di sebuah taman. Ibu itu membawa satu plastik yang mungkin berisikan persalinan dan bekalannya. Sehelai kain batik pudar di tarik dari bahu yang semakin membongkok itu, dikebas-kebas dan ditebarkan di hamparan rumpur hijau yang bermandikan terik cahaya pagi. Setelah itu, sehelai lagi kain dihampar. Lebih tepat jika dikatakan 'dijemur'. Dia kemudian kembali ke beg plastiknya, mengambil sehelai kertas pembungkus makanan yang mungkin bahan buangan hasil kutipan di tong sampah, dihampar lagi dan punggungnya dilabuhkan. Ia pandang ke persekitaran..matanya merenung tiap pejalan kaki. Kadang-kadang ia memerhatikan kain-kain 'sidaian'nya..kalau cepat kering, pasti dia dapat beredar mencari wang di bahu-bahu jalan yang sibuk, yang ramai orang..pasti perutnya hari ini terisi sedikit...mudah-mudahan (doanya).....
Lampu merah. Pak supir memberhentikan angkot secara mengejut. Nasib baik penumpang tidak banyak, lebih lapang di kerusi angkot. Sedang melihat toko-toko di tepi jalan, seorang anak lelaki yang betubuh kecil dan kurus menghampiri pintu angkot yang sedia terbuka. Kepalanya dijengukkan sedikit ke dalam untuk melihat sebanyak mana penumpang yang ada..sambil tangannya mula menggoncang-goncang alat muzik yang seakan kerenceng itu dan bibir keringnya digerakkan, mengalun sebuah lagu yang diingati. Penumpang buat-buat tidak dengar dan tidak endah. Anak itu belum berputus harap. Dikuatkan lagi suaranya yang serak. Tapi reaksi manusia dalam angkot itu masih begitu, tidak berubah. Kerana angkot seperti sudah mahu bergerak, anak kecil itu melangkah pergi, duduk termenung lagi di bahu jalan. Dia baring sisi dan mengerengkot badannya. Dapatkah aku sesuap makanan hari ini? Malam sudah menghampiri..dinginnya pasti menggigit tubuhku lagi.............
Bila sudah rasa berilmu, manusia seringkali terlupa asal kejadiannya, siapa Penciptanya Yang Maha Hebat. Manusia di bahu jalan di pandang hina. Kata-kata kesat dilemparkan lancar. Isk..asyik2 die ni..dh org xnak bg tu, xyah la mtk2.. Tapi kita selalu lupa sebenarnya untuk ambil tahu siapa gerangan pengamen dan peminta sedekah, bagaimana sejarah hidupnya..yaa..pasti tak setanding kita yang melangkah megah ke universiti..memandu kereta mewah pemberian orang tua tersayang...
Saya bukan mempertikaikan sikap manusia di sana sini tetapi sekadar memuhasabahkan diri, sejauh mana kita berprasangka baik, bermurah hati sesama manusia.
Mereka mungkin mengalami keperitan hidup yang amat sedari kecil. Jika tidak, masakan mereka berkeputusan untuk tidur di jalanan, beralaskan lantai semen, dalam kedinginan malam yang menggigit. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Mereka meminta kerana mungkin hanya itu jalan yang mereka temui untuk meneruskan sisa hidup.
Mobil-mobil besar meluncur laju di jalan, menuju mall-mall, toko-toko terkenal di kota. Habis
berbelanja pakaian, keperluan segala..pemilik mobil-mobil itu sempat singgah di cafe-cafe ber'class' tinggi..menghirup secawan kopi yang 20 kali ganda harganya berbanding biasa. Sayang benarkah wang sekecil 1oo, 200 atau 500 rupiah untuk dihulurkan kepada anak-anak kecil, ibu-ibu tua tadi? Kopi 20 ribuan pun bisa diteguk seminit cuma...Nah, konsepnya mudah.. bermurah hati..memberi dengan seikhlas hati..mengasihani sesama manusia..
Tapi mungkin mereka tu mintak duit untuk orang lain..jadi hamba je..kesian..
Kesian? hulurkan saja.. dengan niat ikhlas.. insyaAllah ganjaran yang besar untuk kita. Kerana hari ini kita di atas..belum tahu mungkin esok kita pula terjatuh ke bawah.. Allah Maha Besar.. sama-samalah jauhi takbur dan bangga diri tapi cubalah untuk menjadi tawadhu'..[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)