Bismillahirrahmaanirrahim
Sudah lama hati ni terdetik nak utarakan hal ni. Selalu tersekat selepas berfikir bahawa pasti ramai yang tak suka dengan apa yang saya nyatakan. Hari ni rasa nak buat juga. Saya tak kisah kalau ada orang yang terbaca mempunyai fikiran lain. Saya tak berniat nak ubah pendirian orang pun. Hanya cebisan fikiran saya selama ni tentang 'zina vs nikah' ..means 'haram vs halal’.
Sebaik selesai membaca artikel dr bekas mufti perlis,Dr. Mohd Asri yang berjudul 'Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin'[klik judul ni] , saya terfikir untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang ingin membacanya [moga-moga dengan hati terbuka]. Dalam hidup ni, ada pelbagai jenis manusia. Setiap orang pasti mempunyai pendapat yang berlainan tentang sesuatu perkara. Terpulang pada kita untuk menelan rasa pahit atau manis kata-kata orang tu. Tiada yang memaksa. Cuma apabila seseorang yang berilmu,beragama menyuarakan hal yang berkaitan hukum hakam agama Islam, saya rasa sangat perlu untuk kita berlapang dada,meluangkan masa,mngkaji bait-bait mutiara kata dari mulutnya. Yang baik dijadikan panduan,yang buruk dijadikan sempadan.
Baiklah, berdasarkan artikel tu, dr maza mengulas tentang umat islam di Malaysia terutamanya, yang memberatkan suatu ikatan suci lagi halal iaitu pernikahan. Sebaliknya memandang enteng tatkala penzinaan berlaku. Bagi saya perbandingannya cukup mudah, haram VS halal..kenapa mahu pilih yang haram?? Erm..mungkin antara sebab-sebabnya;
Apa jua alasan yang diberikan, alasan pertama pernikahan menjadi suatu yang sangat memberatkan adalah kerana mentaliti masyarakat, termasuk adat dan budaya. Ini, bagi pendapat saya. Kenapa, sebab kita hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang diri. Apa saja yang kita buat akan dinilai oleh orang lain sama ada secara langsung atau tidak. Mulut orang memang tak boleh ditutup sebab bukan macam mulut kita sendiri,bila-bila masa saja kita tak ada masalah nak buka tutup. Nah, sekali lagi saya terfikir, antara pandangan agama dan orang-orang kampung, mana lebih penting? Erm..
Saya mempunyai beberapa orang kawan yang sudahpun mendirikan rumah tanga walaupun sibuk bertungkus-lumus dengan pelajaran di universiti. Secara jujurnya, saya kagum dengan mereka. Kenapa? ..sebab mereka berjuang memilih jalan halal yang penuh mencabar berbanding jalan yang ’tidak halal’ yang mengasyikkan [mungkin]. Tahniah kepada mereka. Saya tahu keputusan yang mereka ambil bukan mudah, pasti melalui pelbagai rintangan,tentangan dan halangan. Tapi mereka berjaya juga akhirnya..membuat sesuatu kerana Allah, pasti mendapat kemanisannya..
Tidaklah pula saya mengkritik teman-teman yang berpasangan,berkasih sayang sebelum nikah. Seperti yang saya jelaskan di awal tulisan saya, ini pandangan saya. Sesiapa berhak membaca, mempertikaikan, menentang atau seumpamanya, tapi saya tetap di landasan ni. Itu saja.
Hantaran
Perkara ni selalu saya pertikaikan dalam diam. Kenapa perlu hantaran berpuluh-puluh ribu? Alasan yang biasa saya dengar..
Kalau diikutkan, memang terlalu banyak omong-omong orang yang dijadikan garis panduan kepada orang Islam untuk buat sesuatu. Kenapa kata-kata orang, bukan al-Quran dan sunnah? [Berfikir..] Bila masuk bab ni, saya selalu teringatkan kata-kata seorang teman saya suatu ketika dulu..yang membuatkan saya sedikit tersentak dalam diam tapi dia benar..’hazirah,jangan kisah apa orang kata,you buat je.bukan benda tu salah pun.hidup ni, kalau kita selalu fikir apa orang kata, kita tak akan ke mana.Sebelum buat orang akan cakap la macam-macam.Nanti bila you dah buat, orang akan diam je.’ Masa tu saya sedikit keliru, tapi sebaik saya dengar kata-katanya saya jadi semakin semangat..’yes,why not.?benda bagus ape..’[nota:’benda’ tu sama sekali bukan pasal tajuk ni]
Okay, bab hantaran ni mesti berkait dengan mak ayah juga. Saya tak nak buat kenyataan macam menghina, tapi kenyataannya..'letak hantaran tinggi-tinggi sangat,buat apa?nak jual anak ke?' Anak itu anugerah dan pemberian Ilahi. Perlu ke tanda berpindahnya tanggungjawab daripada ayah kepada suami, diperantara dengan harta yang melimpah? Bagi yang mampu, alhamdulillah [tapi hati-hati,jangan sampai riak tunjuk berharta]. Bagi yang tak, terpaksa tangguhkan niat suci dan murni tu dulu.kesiann..
Saya pernah la dengar mak cik-mak cik yang berkumpul kat rumah orang buat kenduri kahwin,berborak-borak sesama mereka. Memang benar,sebagus mana pun perbualan, pasti ada yang nak tahu 'berapa dia letak?’ huh.. saya jadi rimas dengan adat yang melebihi agama ni. Sudah-sudah la melabel status orang lain dengan nilai hantaran. Rasulullah tak pernah ajar pun macam tu.
Kesian kepada muda-mudi yang nak nikah tapi terhalang dek adat. Teruk kan? Tapi, apapun pokok pangkalnya, ibu bapa ialah orang yang paling penting dalam memahami hal ni. Ibu bapa mesti faham hukum hakam agama betul-betul, praktikkannya dalam keluarga. Jadi, bila anak cakap dah ada pasangan,nak kahwin, maka ibu bapa dapat membuat keputusan sebijak mungkin, berlandaskan Quran dan sunnah. Jika pasangan anak mereka tu bagus agamanya,akhlaknya,keturunannya [sebagai contoh],maka kenapa tidak benarkan saja sebuah pernikahan dilaksanakan. Bila anak sudah berkeinginan, ini bermakna dia sebenarnya mahu menghalalkan hubungan itu dengan segera supaya dapat menjauhi zina. Tak perlu timbul istilah ’gatal nak kahwin’ ke ape. Ibu bapa yang bijak, tidak akan memandang mudah hal ni. Jangan biarkan sampai anak itu terjerumus ke lembah penzinaan aka maksiat.[na’uzubillahi minzalik] Si anak pula, kalau rasa nafsu masik tertahan, maka elakkan la diri daripada terus berhubungan rapat dengan pasangan tu sehingga sampai waktu yang sesuai. Menjauhi zina itu wajib..dan ingatlah zina tu bukan hanya dalam konteks seksual[yang itu dah jatuh wajib nikah] tapi dalam lingkungan berkasih sayang, bertemu di sana sini, juga...
Saya macam mana?
Orang cakap, cakap itu ini memang la senang. Bila terkena diri sendiri, baru tahu. Heh..saya tak kisah orang cakap. Saya belum ada pasangan sebab saya belum nak kahwin. Kalau saya ada pasangan suatu hari nanti, bermakna saya nak kahwinlah tu.[Dan insyaAllah, kalau jodoh itu datang, saya mahu majlis itu diberkati dengan mengikut apa yang ada dalam agama, bukan adat.]Saya gembira dengan keluarga dan teman-teman di sisi sekarang. Saya tahu mama dan abah tak suka kalau saya bercinta dengan mana-mana lelaki sekarang. Entah kenapa, saya gembira sebab mereka tak suka dan sehingga saat ni saya pegang kepercayaan mereka terhadap saya. Sejauh mana pun saya berada,saya tak nak mengkhianati kepercayaan mereka..dan yang paling penting sebenarnya..Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Istighfar..istighfar..istighfar..
Wallahu’alam.
Sudah lama hati ni terdetik nak utarakan hal ni. Selalu tersekat selepas berfikir bahawa pasti ramai yang tak suka dengan apa yang saya nyatakan. Hari ni rasa nak buat juga. Saya tak kisah kalau ada orang yang terbaca mempunyai fikiran lain. Saya tak berniat nak ubah pendirian orang pun. Hanya cebisan fikiran saya selama ni tentang 'zina vs nikah' ..means 'haram vs halal’.
Sebaik selesai membaca artikel dr bekas mufti perlis,Dr. Mohd Asri yang berjudul 'Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin'[klik judul ni] , saya terfikir untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang ingin membacanya [moga-moga dengan hati terbuka]. Dalam hidup ni, ada pelbagai jenis manusia. Setiap orang pasti mempunyai pendapat yang berlainan tentang sesuatu perkara. Terpulang pada kita untuk menelan rasa pahit atau manis kata-kata orang tu. Tiada yang memaksa. Cuma apabila seseorang yang berilmu,beragama menyuarakan hal yang berkaitan hukum hakam agama Islam, saya rasa sangat perlu untuk kita berlapang dada,meluangkan masa,mngkaji bait-bait mutiara kata dari mulutnya. Yang baik dijadikan panduan,yang buruk dijadikan sempadan.
Baiklah, berdasarkan artikel tu, dr maza mengulas tentang umat islam di Malaysia terutamanya, yang memberatkan suatu ikatan suci lagi halal iaitu pernikahan. Sebaliknya memandang enteng tatkala penzinaan berlaku. Bagi saya perbandingannya cukup mudah, haram VS halal..kenapa mahu pilih yang haram?? Erm..mungkin antara sebab-sebabnya;
1-nak kenal dulu pasangan..nanti kalau nikah terus tak sesuai,susah la..so, berkenalan la lama sikit,kenal hati budi,perangai semua
2-tak mampu lagi..hantaran pulak bukan sikit..boleh sampai puluh ribu sekarang..macam mana nak jaga anak orang kalau tak de duit..
3-belajar lagi la..susah la kahwin masa belajar..kerja tak de,tak habis belajar lagi..kalau mengandung, ada anak..haa..lagi teruk
4-kahwin ni bukan main-main..bukan untuk sehari dua..tanggungjawab besar tu..nak-nak lelaki..nafkah semua kena bagi..payah-payah..
Saya mempunyai beberapa orang kawan yang sudahpun mendirikan rumah tanga walaupun sibuk bertungkus-lumus dengan pelajaran di universiti. Secara jujurnya, saya kagum dengan mereka. Kenapa? ..sebab mereka berjuang memilih jalan halal yang penuh mencabar berbanding jalan yang ’tidak halal’ yang mengasyikkan [mungkin]. Tahniah kepada mereka. Saya tahu keputusan yang mereka ambil bukan mudah, pasti melalui pelbagai rintangan,tentangan dan halangan. Tapi mereka berjaya juga akhirnya..membuat sesuatu kerana Allah, pasti mendapat kemanisannya..
Tidaklah pula saya mengkritik teman-teman yang berpasangan,berkasih sayang sebelum nikah. Seperti yang saya jelaskan di awal tulisan saya, ini pandangan saya. Sesiapa berhak membaca, mempertikaikan, menentang atau seumpamanya, tapi saya tetap di landasan ni. Itu saja.
Hantaran
Perkara ni selalu saya pertikaikan dalam diam. Kenapa perlu hantaran berpuluh-puluh ribu? Alasan yang biasa saya dengar..
1-Sebagai bantuan kepada keluarga perempuan,buat majlis semua..nak2 kalau perempuan kurang mampu..[kalau lelaki plak kurang mampu??]
2-Penghargaan kepada mak ayah si perempuan yang dah besarkan anak dia dengan baik..sekarang si suami pula yang pikul tanggungjawab tu..apa salahnya bagi sikit sebanyak
3-Perempuan tu belajar tinggi-tinggi, kerja elok-elok, kena la letak tinggi sikit..orang yang tak masuk U pun sekarang lima ribu!
4-Nanti orang cakap si laki tu tak de duit la ape la..tak mampu la nak sara anak orang..baik la bagi lebih sikit..
..bla..bla..bla..bla..