Mula-mula saya baca kat internet. Kemudian keluar dalam tv. Budak laki umur 13 tahun dah dapat anak!!! Isk..isk..isk.. Terkedu bila dapat tahu. Nasib baik 'omputih' bukan orang kita..walaupun orang kita pun dah mengarut juga...
Apa tak mengarut.. tempoh hari saya tengok berita, pasangan tu ditangkap berkhalwat kat bilik sewa selepas beberapa jam je bertunang! Astaghfirullah... baik la nikah terus je. Keluarga mereka ni entah perasan ke tidak anak tak balik rumah? Jangan jenis tak kisah langsung sudah.. boleh rosak habis keturunan akan datang. Na'uzubillah.
Kenapa saya tulis tajuk 'test..test'? huhu.. budak umur 13 tahun tu 'test' first time terus dapat anak. Gembira dan bahagia je saya tengok gambar dia. Siap cakap dia suka dapat jadi ayah. (adeyy..) Yang kes khalwat tu pula, 'test' dulu sebelum nikah (ke..)? Mereka lupa agaknya DIa Maha Melihat... semoga mereka bertaubat.. dan terus nikah je lah..