Ujian demi ujian

Alhamdulillah..teratak baru yang saya diami kini agak selesa..terasa lebih bebas (tiada orang luar). Dapatlah hidup dengan lebih berdikari daripada sebelumnya.

Setelah tiga minggu di sini barulah kami dapat mengadakan majlis doa selamat. Walaupun sibuk dengan diskusi setiap hari, sempat jugalah melaksanakannya. Alhamdulillah.

Teman-teman seangkatan mahupun senior dan junior, masing-masing menanyakan kami, bila mahu adakan 'house warming'.. huh.. bagi saya, satu jawapan je.. 'silalah datang kalau ada masa..kami senang sekali menerima kehadiran kalian..'

Memang terfikir nak buat makan-makan sikit tapi..huhu..kami ni empat orang je..ongkosnya kena keluar banyak la agaknya nanti.. tapi kalau datang bila-bila masa pun, insyaAllah boleh menjamu je apa yang ada. =)

.................

Kisah lalu

Terlalu banyak sejarah yang saya nak lupakan tapi sangat-sangat susah.. Saya amat hargai kalau orang tak mengungkitnya lagi.. biarlah parut itu memudar dan hilang suatu hari nanti.. jangan lukakannya sekali lagi....

Siapa betul dan salah

Usahlah diperdebat.. saya akan mengalah.. sebab saya dah penat.. lagipun, bagi saya tak baik berbalah dan berdebat sesama manusia.. terutama hal yang tak begitu penting..

Diam itu lebih baik

Memang mengurangkan bicara itu lebih baik.. bercakap bila perlu dan tepat dengan keadaan adalah jauh lebih bagus.. kesilapan berkurang.. hubungan sesama manusia terpelihara..

RedhaNya

Kenapa banyak betul ujian bila nak jadi muslim yang lebih baik?
Kenapa bila nak jadi orang baik tak semestinya disenangi semua orang?

..ji, redha Allah itu lebih utama..


Tak pandai bermuka-muka

Kalau saya tak suka, memang saya tunjukkan sikap yang bermaksud saya tak suka.. tak reti nak 'berlakon'.. kalau saya marah saya diam.. kalau saya sedih saya bersendirian dan menangis.. kalau saya gembira saya akan senyum atau ketawa.. kalau saya tak suka saya elakkan diri.. hmm..memang susah nak berlakon...