Bahagia

Hati resah, fikiran berkecamuk.. didepanku terbentang dua jalan yang sama lebarnya. Jalan yang manakah harus ku pilih? Jalan yang kanan kelihatan sangat lurus, seperti di hujungnya ada cahaya yang amat cerah yang menanti sesiapa sahaja yang sampai ke sana. Jalan yang kiri pula sedikit bengkang-bengkok dan suram tetapi seperti terdengar riuh rendah suara manusia keriangan di pengakhirannya. Jadi, bagaimana pilihanku? Aku ingin kan ketenangan, kegembiraan, kebahagiaan.. kedua-dua jalan ini aku mahu tapi mereka terpisah membahagi dua. Apakah salah kalau aku mahu melalui kedua-duannya? Bolehkah aku berpatah balik dan memilih jalan kanan jika destinasi jalan yang kiri menghampakanku? Masihkah ada ruang untuk aku kembali ke titik ku berdiri sekarang, untuk kali yang kedua? Jika wujud kesempatan itu, sempatkah pula aku sampai di penghujung jalan yang kanan? ..atau..aku akhirnya menemui ajalku di persimpangan ini jua...setelah berterusan termenung dan berfikir tentang jalan yang terbaik yang harus ku pilih..


Apa tu kebahagiaan? Hidup bersama keluarga, kawan-kawan, saudara-mara? Mendapat apa yang diinginkan? Atau..bagaimana sebenarnya..?


Benar, setiap orang ada persepsi yang berbeza dalam mendefinisi erti kebahagiaan masing-masing. Kita tak boleh menafikan pandangan mereka, jauh sekali menentang.


Aku bahagia begini..

Tapi dia bahagia begitu..

Mereka pula bahagia dengan cara lain..

Terpulanglah..


Tapi, apapun yang kita lakukan untuk mengecapi kebhagiaan hidup sendiri, jangan lupakan Penguasa Alam ni. Tiada daya dan tenaga kita untuk melakukan apa jua selain dengan pertolonganNya.


Telinga kita sudah banyak kali mendengar kata-kata..’hidup ni sementara, suatu hari nanti kita akan kembali menemui Nya..’ tapi sejauh manakah kita menginsafi setiap detik yang berlalu yang ternoda oleh kesalahan dan dosa kita? Sudah keringkah air mata kita menangis memohon taubat daripada Yang Maha Esa? Tepuk dada maka tanyalah iman..