..bercampur baur..

Kelahiran dan kematian silih berganti..


Baru-baru ni terdengar berita kematian ahli keluarga seseorang yang kukenali di sini. Takziah. Semoga rohnya bersama-sama para solihin..aaminn..


Hari ni pula, setelah 9 bulan membawa perut, kakak saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki...Alhamdulillah...rasa teramat gembira...dah jadi mak cik.. =) tapi hanya dapat memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi atas 'kehadiran' orang baru dalam keluarga kami..nak pulang sudah tentu tidak..huhu =(


..pada masa yang sama ketika tu saya sendiri sedang memerah otak menjawab ujian modul growth and development..huhu..ujian terusss..(minggu depan ada lagi..)


......


Ingin melepaskan


Rasa bertanggungjawab kadang-kadang menghantui diri saya. Bukan saya tak fikir, malah selalu memikirkannya. Perlukah saya terus macam ni..menjaga kawan sehingga lupa bahawa mereka inginkan kehidupan mereka sendiri? Saya tak fikir saya silap tapi boleh jadi saya juga salah sebab manusia tak dapat lepas dari berbuat kesilapan. Saya rasa bertanggungjawab tapi sekarang seperti keliru... kalau ini perkara baik, kenapa perlu melepaskan diri???


... jalan ni penuh liku..tapi saya telah memilihnya antara jalan-jalan yang lain..maka saya harus sabar dan tabah dengan UjianNya sepanjang perjalanan ni..noktah