Masing-masing punya pandangan...
Semakin jauh penjelajahan hidup ni, semakin banyak jenis orang yang kita jumpa.. pelbagai rupa, ragam dan perangai.. ada yang menyenangkan, ada juga sebaliknya.. itulah salah satu perkara yang kita sebagai hambaNya perlu renungkan.. betapa hebatnya ciptaan Allah, walaupun sama spesis, bergelar manusia, setiap orang diciptakan berbeza, baik luaran mahupun dalaman..
Tetapi agama menyatukan sekalian ramai manusia.. kerana adalah suatu fitrah manusia untuk beragama.. Cuma sama ada memilih yang betul-betul benar ataupun tidak..
Manusia punya hati yang tidak tetap pendirian.. hanya dengan keyakinan akan menguatkan pegangan.. dan pegangan seorang muslim itulah akidahnya..
Tidak salah merasa kita benar.. tapi biarlah kita benar berdasarkan ajaran yang sebenarnya.. jangan sekali-kali memperkotak-katikkan hukum-hakam dari Maha Esa.. mahukah kita dimurkaiNya?
....
Berkata jujurlah walaupun pahit..
Mengaku salah, meminta maaf..kadang-kadang agak susah melakukannya..tapi itulah pilihan yang terbaik sebagai pokok penyesalan.
Menyedari kesilapan dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi.. menjadi titik permulaan ke arah penghijrahan ke arah yang lebih baik.. tapi ingatlah, penghijrahan itu pasti bukan mudah.. Dia akan mendatangkan kesukaran sebagai ujian.. maka sabarlah, redhalah dengan pelbagai dugaan itu.
Memang kadang kala kita lemah dalam menghadapi ujian demi ujian.. waktu itu sering kali kita mempersoalkan ’kenapa sukarnya ingin menjadi baik?’.. ’kenapa ujian-ujian ni semakin menyesakkan hidup?’.. kenapa.. dan kenapa..
..hentikan langkahmu..sucikan dirimu..carilah Dia..
Dia memang selalu menguji kita.. dan kita memang berasa lemah kalau kita fikir kita sendirian.. tapi kita akan berasa kuat kalau kita yakin akanNya..kasih sayangNya, kuasaNya, nikmatNya..segalanya dari Dia....
..dan dari situ kita bakal sedar Dia Maha Penyayang.. disebalik ujian yang menimpa, ada nikmat berganda yang tidak putus-putus dariNya untuk kita..
..dan kita..hanya perlu belajar mencari makna disebalik ujian-ujian itu..Dia tidak akan menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia..pasti ada hikmah.
....
Mencoret berdasarkan pengalaman
Tidak saya nafikan..apa yang saya tulis di blog ni adalah kerana cebisan pengajaran yang saya kutip sepanjang hidup saya.. setiap hari sehingga saat ini..
Saya tidak menyesal bermusafir di negeri orang ni..walaupun ujian di sini begitu hebat...
Saya dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia yang sebelum ni saya pernah berharap saya tidak pernah kenal.. itu ujian dariNya.
Manusia-manusia ni datang dan pergi dalam hidup saya.. dan meninggalkan saya persoalan..'kenapa saya dipertemukan dengan mereka?’
Saya selalu cuba untuk lari dari mereka tapi semakin saya lari, Allah hubungkan kembali saya dengan mereka.. ya, itu ujianNya..dan kini jauh di sudut hati, saya bersyukur mengenali insan-insan itu..
Dalam kepenatan pelarian ni, saya cuba sedaya-upaya untuk menggali kemanisan.. tapi setelah beberapa detik merasainya.. manisnya pudar.. pahitnya kembali.. sekali lagi, itu ujianNya.
Sungguh..tanpa iman dan orang yang memahami di sisi, pasti saya tersungkur.. maka saya berusaha teguhkan kekuatan ini.. tiada daya dan upaya saya, hanya dengan pertolongan Yang Maha Esa.
....
Teman,
Kalau engkau berasa aku salah
Maka berpalinglah daripada ku
Jangan kau ikuti
Jauh sekali mentaati
Kerana aku juga manusia biasa
Bisa berbuat silap
Walaupun seringkali aku bilang benar
Ingatlah teman,
Suatu saat
Engkau hanya bergantung pada dirimu
Tiada sesiapa di sisi
Tidak ada yang membantu
Maka carilah dirimu sekarang
Bina kekuatan sendiri
Supaya engkau bisa berdiri teguh
Di kala sendiri itu.