liburan ini...

22 july

2 hari yang lalu baby dah mula pandai meniarap. I was so excited .. I grabbed a digital camera to record the precious moment. He smiled after struggling very hard to move his body..what a lovely shot~~~ saya pasti akan merinduinya sangat-sangat lepas ni




2 0g0s

5 minggu berlalu dengan cepatnya.. terasa seperti baru semalam saya tiba di Malaysia.. baby yang saya jaga selama lebih sebulan tu dah semakin berat, lincah, banyak mulut, dan yang pasti makin comel..=) …





Nyawa manusia, jangan main-main

Seminggu yang lalu kakak terpaksa jalani appendectomy..perforated acute appendicitis.. kenapa jadi perforated atau dalam kata lain pecah? Hmm.. ini sebenarnya yang saya pertikaikan. Hari pertama kakak sakit perut dan muntah-muntah, saya tanya sakit kat bahagian mana.. memang sebelah kanan SAHAJA. Saya syak2 jugak la appendicitis sebab simptom-simptom yang ada. Di hospital, dia orang(tak tahulah sape..) syak 3 benda. Appendicitis, pregnant or gastricitis… ambil darah, tes air kencing semua.. dia orang suruh pi scan rahim..kot-kot pregnant katanya! Eventually………… dia orang cakap bacteria infection based on the urine test. Saya macam telan air liur je la dengar. Betul jugak kot. Tapi……….2 hari lepas makan antibiotic tak hilang-hilang sakitnya, malah melarat ke sebelah kiri abdomen. Huh..pergi lagi hospital..then baru disahkan appendicitis. Hokkaayy…..saya tak tahulah first differential diagnosis tu dulu siapa yang buat, doctor or nurse or sape..??? patutnya bila ada syak apa-apa pun kena buat screening test la. Semua kena check. Hadoii.. my parents said.. lain kali pegi hospital swasta terus la..dia orang pandang serius skit semua kes….hurm, saya ada berbual dengan seorang mak cik kat hospital tu..dia cakap anak dia dulu lagi teruk..lepas berulang kali ke hospital, barulah buat appendectomy.kesian..memang seksalah sepanjang waktu tu.

My opinion…..patutla orang slalu tak puas hati dengan hospital kerajaan. Ya laa bukan semua macam tu, tapi dah nila setitik je pun, rosak gak susu sebelanga. Lagi satu, kerja la seikhlas mungkin, kerana Allah, tolong manusia dengan sungguh-sungguh… kalau kerja cek sikit-sikit then bagi ubat, ramai la boleh buat. Isk..isk..saya pernah terfikir nak kerja kerajaan je..kat kampung sendiri..erk! =P


Alhamdulillah, kakak dah semakin sembuh..btw, manusia memang ada kelemahan..tapi, kalau cuai??? Na'uzubillahi min zaalik..