[copy-paste article]
Bagaimana cara dapat rawatan terbaik H1N1?
APABILA membaca di dalam surat khabar menyuruh ibu bapa lebih peka tentang virus H1N1, itulah tindakan yang diambil oleh saya dan suami.
Apabila anak saya mula menghidapi selesema pada hari Khamis hingga Sabtu lepas, diikuti dengan batuk serta demam, kami pun membawanya ke Hospital Besar Ipoh.
Cukup menderita rasanya terpaksa menunggu selama 2 jam 5 minit hanya untuk mendaftar sebagai pesakit luar. Ramai pesakit dan waris pesakit yang marah-marah dan ada yang mengambil tindakan membatalkan pendaftaran selepas melepaskan geram mereka di kaunter pendaftaran.
Tetapi bukan itu yang menjadi persoalan utama walaupun ia juga menyumbang kepada persoalan mutu perkhidmatan Hospital Besar Ipoh.
Yang menjadi persoalannya ialah tempoh mendaftar mengambil masa lebih daripada 2 jam tetapi rawatannya mengambil hanya lebih kurang 5 minit sekadar memeriksa yang perlu seperti di klinik swasta yang biasa.
Apabila ditanya adakah anak saya menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1, doktor bertugas memberitahu bahawa melihat keadaan anak saya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1.
Jadi pada dasarnya kata doktor berkenaan, saya tak perlu risau.
Apabila saya cakap tak perlukah diambil sampel darah atau air liur, saya diberitahu bahawa anak saya demam, batuk dan selesemanya tidaklah teruk, jadi tak perlu.
Begitu juga dengan saya yang hanya mengalami 憇sedikit� demam dan sakit tekak sahaja. Jadi saya bertanya, masa bilakah pihak hospital akan mengambil sampel sedemikian, jawapannya ialah apabila pesakit itu menunjukkan tanda-tanda kritikal seperti sesak nafas dan demam pada suhu yang tinggi.
Sungguh menakjubkan, sudah ada tanda-tanda nazak baru nak buat semua ujian. Patutlah jumlah korban H1N1 sudah bertambah.
Seperkara lagi, doktor itu ada bertanya, saya ada membuat sebarang contact dengan pesakit H1N1? Apabila saya jawab tidak, dia kata saya tak perlu risau.
Apabila saya beritahu bahawa anak saya telah pulang bercuti kerana IPTAnya dikuarantin, dia dengan sinis pula bertanya, adakah anak saya dijangkiti penyakit H1N1?
Saya pula membalas dengan menjawab doktor tak tahu ke yang penyakit ini boleh merebak dengan begitu mudah. Melalui udara pun kita boleh mendapatnya walaupun kita tidak bersentuhan dengan pesakit H1N1.
Jawapan saya itu mungkin menyakiti hatinya dan selepas itu dia tidak lagi melayan saya apabila saya cuba berbual atau bertanya lebih lanjut.
Jadi janganlah salahkan pesakit atau waris mereka kerana tidak pergi mendapatkan rawatan lebih awal kalau pihak hospital atau doktor sendiri mengambil cara mudah untuk merawat pesakit.
Sepatutnya ujian diambil tanpa perlu menunggu pesakit menjadi kritikal. Keadaan ini pada saya amat mengelirukan.
Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani penularan penyakit H1N1 ini. Janganlah suruh orang ramai mengambil sikap atau langkah berjaga-jaga, padahal apalah kuasa kami kalau penularan virus ini melalui udara yang mana semua manusia bebas bernafas melepaskannya di mana-mana saja.
....
Komen saya::
Situasi yang mendesak membuatkan pihak hospital pun ambil langkah mudah. Mungkin tak terlayan dengan pesakit yang terlalu ramai.Tapi, hakikatnya itulah amanah sebagai pekerja perubatan..penat ke, tension ke, geram ke...tak boleh sambil lewa menolong pesakit. Lebih-lebih keadaan sekarang semakin serius. Kebimbangan orang ramai kian memuncak lebih-lebih lagi diri sendiri atau ahli keluarga mereka mempunyai simptom-simptom seperti yang diuar-uarkan.,kenapa?? sebab kes kematian yang dilaporkan ada yang seolah-olah kes kematian mengejut. Sekejap je demamnya, terus meninggal. Tak pelik la orang risau sangat. Tapi, dalam pada tu, kalau menyentuh soal ikhtiar, janganlah bergantung seratus persen pada pihak doktor/hospital. Bukan atas kuasa mereka untuk menyembuhkan pesakit. Mereka hanya menolong dengan ilmu,peralatan,ubat yang ada. Sebagai muslim, mestilah tidak pernah putus berharap dan bermohon kepada Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Tak lupa juga dengan berikhtiar dengan cara lain. Setiap penyakit ada penawarnya..dan penawar yang paling hebat ada pada Al-Quran. Pokok pangkalnya, keyakinan kita... Wallahu'alam.