Jiran bergaduh


Beberapa hari lepas seorang pensyarah tanya, ada tak orang tempatan (indonesian) yang buat kacau, ganggu, sindir, caci or etc pelajar2 malaysia kat sini. HUH.. berlanjutan lagi kisah dua negara ni. Bila laa nak selesai. isk isk..

Secara jujurnya, saya tak ada perasaan buruk pun pada orang indonesia. Dah lebih 2 tahun mengutip ilmu di negara ni, saya rasa senang. Biarpun banyak isu-isu hangat yang melagakan indonesia dan malaysia, tapi masa berlalu dan saya semakin positif dengan persekitaran.

Dalam berhati-hati, saya tetap menyenangi warga tempatan. Entah la, saya percaya selagi saya menjaga adab dan tingkah laku, serta hubungan baik dengan mereka, tak ada apa perlu ditakutkan untuk terus bertahan di sini. Yang pasti, Allah kan Maha Melindungi. Yakin kat Dia je kan..

Hmm..maka saya sendiri rasa dimiliki di sini. Bila masing-masing saling mengutuk, rasa tak sedap hati la jugak. Sedarlah semua, tak ke mananya penghujungnya kalau tak selesai cara baik.

Diakui la..mereka di sini agak fanatik. Nak-nak bab demo ke..huu.. Media diaorang lagi dahsyat. Memang batu api 'gile' la. Sebab media jugaklaa mereka semakin berapi-api mengancam Malaysia. Yang tersepit, rakyat Malaysia di Indonesia atau sebaliknya.

Hari tu saya terbaca kat akhbar tempatan, kolum kartun. Sinis je tulis..Malingsia...huhu. Maling tu kan pencuri. jadi cam Malaysia ni bagi diaorang elok jadi Malingsia je la. Dah banyak kononnya Malaysia curi dari Indonesia. Benarkah?? Google la sendiri tentang isu-isu tu. Bila ada isu baru, isu lama akan menjadi HOT lagi. Begitulah seterusnya..

Komen saya, sudah-sudah laa.. Kalau nak kirakan. Lebih kurang je pun dua-dua negara. Kat Malaysia orang cop Indonesian datang Malaysia buat kacau, masuk mencuri rumah orang, ambil laki orang ( ;P) kacau anak dara orang,..merompak, bunuh, rogol..macam-macam la. Kalau dihitung kes-kes tu, berlambak-lambak la Malaysia pun boleh tuduh dan tuntut dari Indonesia. Tapi buat ape... salahnya pada individu tu, bukan negara keseluruhannya. kan?

All in all, everyone from both countries should throw away the negative perceptions towards each other. Change our minds laa.. So childish.. aku kutuk ko, ko maki aku.. seriously it will never end up well..but the worse conflict instead..

To all Malaysian too, just stop underestimating Indonesia or Indonesian specifically. Our Malaysia is obviously smaller than Indoenesia on the map (and so the reality of course)..but they still come to ours..why? kerana Allah itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Mengetahui.. ada hikmah sebenarnya walaupun negara mereka besar, rakyat yang ramai, hasil bumi apatah lagi..tapi masih belum mampu menyenangkan hidup rakyat secara keseluruhannya. Kenapa ya? Malaysia ni kecik je..tapi berduyun-duyun rakyat negara jiran ni masuk Malaysia untuk mencari rezeki.

Hikmahnya? FIkir-fikirkanlah..Kita sesama manusia ni saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin Allah tak mahu Indonesia jadi macam Amerika. Bila negara dah besar, ekonomi mantap, semua serba canggih..mula menindas negara lain dengan kuasanya. Itu cuma cebisan fikiran saya sendiri. Kita tak tahu bagaimana diri kita apabila berada di puncak atau di dasar. Allah boleh menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai cara sekalipun. Maka isu-isu hangat yang ditimbulkan selama ni hanyalah sedikit ujian dariNya. Eh,jangan ingat saya kata boleh ambil je negara orang punya simbol, hak dan sebagainya. I never said that. Just don't jump into conclusion whenever a rumour comes to you.

Malaysia walaupun kecik, tapi dapat jadi semakin maju dan makmur. Rakyat Malaysia belum optimum keseluruhannya, jadi rakyat negara lain berpeluang mencari rezeki yang melimpah di Malaysia. Salah ke? Tak salahh.. rezeki tu kan dari Allah. Kenapa perlu pertikaikan mereka yang berusaha mencari rezeki. Bukan hak kita pun. Hak Allah semuanya.

Jadi, yang diberi peluang tu, kenalah hargailah peluang. Bukan menggangu ketenteraman orang lain. Cari rezeki, carilah. Orang tak marah. Jangan curi rezeki orang. Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. =)

Lagi satu hal yang penting. Indonesia dan Malaysia saling mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang tinggi. Kerana hal sekecil ini, sesama muslim mahu bertelagah? huh..what a shameful attitude. Banyak lagi hal yang perlu dititik beratkan selain isu-isu remeh ni. CUkup-cukup la.

To Indonesian esp the medias/ press out there..please stop your provocations. Help your beloved country to be on the top of the world, not keep pouring petrol on fire.. Isu yang terkini tu pun hanya salah faham. Bukan Malaysia pun yang buat iklan tourism tu. Kerajaan Malaysia dah jelaskan dah. Kenapa perlu terus menuduh? Akhirnya, dek kononnya rasa dianiaya, dirompak, rakyat kamu bangkit berkobar-kobar menghentam Malaysia. See..besarnya peranan sebuah berita yang dibawa oleh media. Perang pun boleh senang-senang je jadi.

To Malaysian again..as I said before, even if you are hating them damn much, just ignore them.. I have read many blogs that are created to incite the both parties, either from malaysian or indonesian. Using harsh words to refer each other.. so childish. Any good purposes? I don't think so. Malah rakyat kedua-dua negara ni makin bertelagah dan mengeji lagi. Baikkah moralnya begitu? Takkan.. So, just stop all the stupid actions laa..

I am nobody but I love peace..so the others ,right? peace!!!

..dari utusan malaysia online..

Isu Tarian Pendet selesai – TPM

PUTRAJAYA 3 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan Tarian Pendet diterbitkan oleh Discovery Networks Asia-Pacific dan tidak ada kena mengenai dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Kata Timbalan Perdana Menteri, penerbit itu juga telah menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, penerbit dokumentari berkenaan telah menjelaskan situasi sebenar melalui sepucuk surat kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Jero Wacik.

Sehubungan itu, beliau berharap isu Tarian Pendet dari Bali yang didakwa dicuri oleh Malaysia selesai.

“Penerbit klip itu telah menulis memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa filem tersebut bukan datang daripada pihak berkuasa Malaysia tapi dilakukan oleh mereka.

“Saya harap episod ini terhenti di situ dan segala penjelasan diterima oleh pihak Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini.

Penayangan klip komersial yang mengandungi elemen Tarian Pendet bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel telah menimbulkan kemarahan Kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Situasi menjadi bertambah buruk apabila pihak media massa tempatan membuat tuduhan melulu menyatakan Malaysia sengaja mencuri kebudayaan Indonesia untuk melariskan pelancongan sendiri.

Ekoran kontroversi tersebut, berlaku demonstrasi bantahan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selain panggilan bom palsu dan bendera Jalur Gemilang dibakar.

Menurut Muhyiddin, sepatutnya perkara itu tidak berbangkit memandangkan iklan yang disiarkan bukan dihasilkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen memberitahu, beliau ada menerima salinan surat berkenaan daripada Discovery Networks Asia-Pacific.

Katanya, surat berkenaan dihantar kepada Kerajaan Indonesia sebaik sahaja kontroversi Tarian Pendet timbul.