Pasrah

Work hard & be nice to people...

Alhamdulillah..segala pujian hanya untukMu, ya Allah.

Banyak perkara kat dunia ni yang kita tak mahu berlaku terjadi tetapi tetap juga terjadi. Kita fikir kalau tak berlaku, kita akan rasa gembira. Tapi, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa... hati saya kini jadi lebih tenang dengan hal yang sebelum ni saya ingin benar elakkan.

Kenapa?

Saya memang tak ada jawapannya.

Tapi terlintas di fikiran;

"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -al-Baqarah:216

Benar. Nak kata apa lagi. Dah jelas.

Tak nak macam mana pun, kalau Allah kata 'kun..' ..'fayakun'! Berlaku juga.

Huh, macam apa je. ;D

Terbaca juga satu hadis...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

hurm..berkata yang baik-baik atau diam sahaja.

Maknanya... NO mengumpat, fitnah, keji-mengeji dan seangkatan dengannya.okay?

so, sama-samalah kita bermuhasabah ye.

Hazirah, work hard!..and be nice to people!

InsyaAllah.....