Masih di sini

Silent crowd




Semakin sunyi..sepi
Semua dah balik Malaysia.
Eh, bukan..dah ramai..
dan mereka mula menikmati liburan panjang..uhuu
Jeles? oh..tidak..langsung tidak.
Sampai masa dan ketikanya saya akan pulang juga..
Masih betah di sini..tak mengapa ;)

Sekarang, lagi sedang rindu membaca novel-novel pembangun jiwa.
Hati memberontak mahu ke toko-toko buku..beli 2 atau 3 mungkin..huhu
Tapi masih banyak lagi tugas yang perlu dibereskan.
..tugas yang saya sering juga tangguhkan kerna penat sentiasa menaip dan fokus pada skrin laptop ni..
..dan dengan tak rasa bersalah menonton movie/drama saja ..;P

Perempuan berkalong sorban
- setiap kali ke toko buku, teringin nak beli novel ni. Tapi entah kenapa novel lain jugak di bawa ke kaunter. Akhirnya, saya tengok je filemnya di youtube. Not bad. Tapi kawan saya rasa terganggu dengan penyeksaan terhadap istri2 dalam filem ni. Ah..realiti memang seringkali memeritkan.

Ketika cinta bertasbih

- saya agak ketinggalan. Baru berkesempatan melayan filem yang diuar-uarkan hebat ni. Menarik.. jauh lebih berat daripada ayat-ayat cinta.

Dan bidadari pun mencintaimu
- sebuah novel yang saya beli setelah diperkenalkan oleh seorang senior. Ok juga.Kisah seorang pria yang masa lampaunya kelam tapi menjadi seseorang yang dikagumi semua terutama gadis-gadis. Ujian duniawi memang tak pernah putus..ujian untuk menguji keimanan hambaNya.



..cinta itu nikmat. cinta itu ujian. cinta itu racun. cinta itu penawar..
..jangan terlebih, jangan terkurang..
..bersederhanalah mencintai sesuatu atau seseorang.
..tapi lapangkanlah seluas-luasnya rasa cinta yang utama kepada Yang Maha Esa..RasulNya..kitabNya..........