Assalamu'alaikum..
Rindu bertamu dan jari kembali ligat menekan papan kekunci.
Suasana kampung halaman yang kudamba beberapa bulan lalu kini enak dinikmati. Alhamdulillah.
Walaupun saya tak betah duduk di rumah saja tapi tak mengapalah..selepas ini mungkin saya dahagakan semua yang ada tika ini.
Liburan menggamit banyak undangan istimewa...
gembira, bahagia, syukur...sana-sini insan-insan muda yang kukenali, baik kawan maupun saudara-mara sendiri, sibuk merancang untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah..segerakanlah yang baik. Tak perlu menunggu harta melimpah kemudian baru nak cari bata,simen dan kayu. Allah Maha Kaya..yakinlah.
Saya gembira mengetahui dalam keluarga besar saya, pernikahan awal masih dititikberatkan. Asal pasangan itu ada sumber rezeki dan siap untuk berkeluarga, ibu bapa menyokong teguh serta merestui keputusan mereka. Meskipun tidak berpeluang menjejaki menara gading, setidak-tidaknya mereka berusaha membina hidup sendiri yang lebih bermakna. Rezeki itu daripada Allah..semoga mereka diberkatiNya sentiasa.. Saya sebagai orang kampung melihat adat Melayu yang lama masih hidup walaupun adalah usaha muda-mudi keluar mencari pasangan sendiri dan bukan orang tua. Setidak-tidaknya, mereka menyegerakan urusan itu.
Ilmu Vs Agama
Pasti ramai yang tidak bersetuju akan perbandingan ni. Saya sendiri begitu. Mana mungkin ilmu dipisahkan daripada agama dan menjadi tentangan sekaligus? Memang sangat tidak benar..tapi hakikatnya begitulah sikap manusia.
Beragama sahaja tidak cukup. Ia memang fitrah semulajadi manusia. Namun fitrah ini perlu disuburkan dengan ilmu dan amal. Perlu juga disedari, iman itu sendiri dipengaruhi oleh ilmu. Bertambah kuatkah keimanan seseorang jika setiap hari dia hanya melepak di bahu jalan, membuat bising dan mengganggu orang awam yang lain? Adakah sumber-sumber ilmu yang bermanfaat untuk bekalan akhirat di situ? Tatkala kepenatan dan perut berkeroncong, masing-masing pandai cari jalan pulang ke rumah.
Tapi..itu mungkin dulu. Sekarang orang semakin pandai dan teknologi semakin canggih. Menjadi kutu-kutu jalanan bukan lagi pilihan. Pemuda-pemudi berlumba-lumba memanjat puncak menara gading. Biarpun jauh beribu batu dari tanah air, berpisah jasad betahun-tahun dengan keluarga tercinta, demi ilmu..segalanya dikorbankan sementara. Ya, demi ilmu pengetahuan.
Oleh sebab saya pun jarang pulang (setiap 4-6 bulan setahun dikira jarang la walaupun hanya di negara jiran) seringkali jugalah saya disoal tentang kehidupan di tempat orang. Saya akan bercerita sejujurnya apa sahaja sehinggalah soal rakan-rakan secara spesifik ditanya.
"Bila dah jauh dari ibu bapa, macam-macam boleh berlaku, abah..semua pun dah besar.."
Mama dan abah tunjuk muka kesal dan bimbang. Belum lagi anaknya buat salah apa-apa..
"Dapat ilmu, agama pulak ke mana.." komentar abah pendek.
"Tolong la kawan-kawan tu.." mama berharap.
Argh..lidah saya kelu sebentar.
Saya yang lemahkah?
Tapi saya sendiri juga perlu kuat untuk diri sendiri!
Argh..kesal tak pernah hilang.
Membaca amalan mulia
Saya dipupuk dengan minat membaca sejak kecil. Dulu-dulu, hari Jumaat, saya dan adik-beradik akan berebut-rebut surat khabar. Siapa tak dapat dulu akan buat muka masam. Tunggu giliran la nampaknya. pernah juga abah buat pertandingan bercerita antara kami. Saya yang obses dengan buku cerita 'Putera Raja Katak', hafal setiap patah perkataan dan lakonkan dengan penuh gaya persis gambar-gambar dalam buku tu. Hahaha. Masuk sekali adegan menangis segala...tak mahu kalah dengan kakak dan abang. Oh, pasti saya yang menang tapi rasanya..macam tak ada hadiah. Ah, cukup untuk bila 'diumumkan' saya juara. Tersengih lebar berhari-hari.
Mendidik anak-anak perlu kreatif. Alhamdulillah, saya masih sangat suka membaca. Cuma ruang waktu belajar mencuri kesempatan untuk menghabiskan buku-buku yang saya beli. Sulit sekali. Tapi jika benar-benar ingin mengubah emosi dan meringankan kepala, saya habiskan juga walaupun tugasan lain masih menimbun. Terfikir akan masa depan di laluan ini. Pasti semakin mendera.
Argh..percutian seperti ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

..ada sesuatu yang dianggap baik itu tak perlu dihebahkan..maka kekallah ia sebagai rahsia selama tidak menimbulkan masalah..