Bapakmu bilang, kalau tidur selepas subuh itu, rejeki akan dipatuk ayam! (KCB 2)
Kami ulang dialog tu dan tergelak sendiri.
Nadanya lucu tapi ada ketegasan dalam maksudnya.
Dipatuk ayam? Ayam patuk rezeki manusia? Jadi, tak adalah bahagian kita? Hmm..
Ada orang cakap, ayam berkokok tandanya sudah pagi. Kalau ayam tak bangun? Orang tak bangun-bangun la sebab tak dapat tanda yang hari sudah pagi?
Tak ada maknanya laa..subuh ke mana pula? Huhu
Terfikir pula akan keenakan tidur selepas subuh. Sejauh mana ya nikmatnya? (konon macam tak tahu..)
Bangun solat subuh..mata rasa berat..kalau baca Quran tu, huruf nampak kabur dah..katil menarik-narik tubuh kembali..dan ZZzzz..
Ah, lemahnya diri yang tewas dengan godaan musuh ghaib..dan nafsu pun terdidik begitu hingga menjadi suatu kebiasaan.
Saat manusia yang berjaya menangkis hasutan itu keluar berbondong-bondong mencari rezeki yang halal, sebahagian yang tergolong gagal itu pula enak saja diulit mimpi di siang hari.
Rugi…rugi…rugi…
Firman Allah taala yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?آ Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki? (An-Naba' 10-11).
Rasulullah juga bersabda, "Tidur selepas subuh itu akan mewarisi kepapaan".
Satu lagi sunnah mudah yang ramai orang tak 'berdaya' nak ikut. Kan?
Ini baru tentang tidur selepas solat subuh. Sebenarnya perkara tentang tidur sangat perlu diteliti dalam-dalam. Ada pengaruh yang amat besar dalam kuantiti dan kualiti tidur tu sendiri. Banyak teori-teori barat (terutamanya) yang mengatakan tidur harus harus 6-8 jam. Benarkah?
Kalau rajin baca INI ..
Tidur ohh tidur..waktu stress pun best tidur terus..tidur dan lupakan sementara perkara yang membelit urat-urat di kepala..aahh
….
Semalam sempat mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kepala pusing, emosi kacau dan telinga disapa soal kematian! Mati.. Dalam takut dan gundah, saya tertidur kelelahan. Allah, cukup hanya Engkau yang tahu.
Saya tak suka meminta-minta kat orang. Minta didengar, minta simpati, minta perhatian…oh, tak perlu sekarang.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Penyasih.
Allah Maha Penyayang.
Setiap saat dan ketika, cukup untuk meluahkan segalanya pada Ilahi. Tak perlu meminta diluang waktu..kerana Dia sentiasa mendengar meskipun Maha Sibuk.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
…mati itu paling dekat
…aku jadi rindu
…kapan aku bisa ketemuMu
…adakah waktu itu aku sudah benar-benar siap
…mahukah Kau pandang wajahku yang penuh noda
…dengan tubuh penuh palitan dosa
…ahh, aku jadi lebih malu
…bertamu di istana dengan pakaian compang penuh kotoran
…mahu dilayan seperti bidadarikah?
…mahu tidur di kasur emas dan berliankah?
…mahu makan minum yang selazatnya kah?
…mahu itu dan ini..
…maka apa yang aku bawa?
…oh…aku mahu tapi aku lagi malu kerana betapa tidak layaknya kemahuanku itu dengan diriku yang begini…….

