Bismillahirrahmaanirrahim.
Terasa gatal pula jari nak mengetik satu entry berkenaan facebook ni..atau lebih glamor dengan singkatan ‘fb’.
Fenomena penggunaan laman sosial sekarang memang meletup kan. Daripada kanak-kanak yang belum masuk pra-sekolah hinggalah taraf datuk,nenek,moyang sekali..semua ada akaun kat mana-mana laman sosial. Pastinya yang sangat tip-top kemahsyurannnya sekarang ialah fb!
Dah terang-terang saya sendiri ada fb. Heh. Secara peribadi, fungsi laman sosial ni penting sangat2 untuk berdakwah dan juga mengeratkan ukhwah. Memang tak dapat dinafikanlah bahagian ni.
Namun, ya laa kan..dah namanya laman sosial, semua orang pun bolehlah bersosial mengikut gaya atau citarasa masing-masing. Tak hairanlah macam2 jenis manusia boleh kita ‘jumpa’ di alam fb tu. Macam-macam adaaaaaa….
Saya ada terbaca satu artikel tulisan Ustaz Zaharuddin tentang Dosa-dosa dan facebook. Siapa yang belum baca, rajin2lah baca melalui link tu ya. Daripada baca gossip artis memanjang kan..oopps.
Hmm..pendapat ustaz tu memang ada benarnya. Bila mana orang menemui ruang berekspresi secara terbuka..senang laa segala2 yang peribadi didedahkan tanpa sedar itu adalah salah.
Dalam dunia realiti (face to face) tak adalah ramai sangat kan yang jenis ‘out spoken’ (mungkin dah semakin ramai la kot sekarang). Tapi kalau dalam dunia maya ni, wahh…ramai sangat tunjuk bakat pidato atau debat masing-masing. Sehinggalah yang ikut rasa hati sangat tu, terpaksa masuk lokap dek kerana kata-kata yang menghiris hati orang awam yang lain. Kesian betul. Huhu. Cakap siang pandang-pandang cik kak,cik abang..
Apa lagi kesan negatif ‘hyperexpression’ ni ya..?
Dah ada ruang untuk komen, maka berlambak-lambak laa orang nak komen itu ini. Akibatnya? …banyak lah chance orang2 tertentu tambah dosa. Uiks. Na’uzubillah. Ya laa..cuba kalau tengok komen gambar-gambar je..wow..gambar pulak cun-cun, hot-hot, smart-smart..payah jugak tu nak jaga hati. Baik yang empunya badan atau yang melihat. Hurmm..kalau gambar yang tunjuk buat maksiat? Huh..ada jugak makhluk yang duk memuji tu. Dahsyat..dah la buat maksiat, tunjuk kat orang, orang pulak duk puji itu ini. Na’uzubillahi min zaalik..
Kalau komen kat status lagi laa dahsyat. Tu la banyak kes sampai kena tangkap kan. Suka hati sangat berkomentar itu ini, dengan ilmu tak penuh di dada, apatah lagi dalam beragama..hmm.. sedar tak sedar, kejahilan diri sendiri didedahkan satu dunia dalam sekelip mata. Huhu. Saya baru terjumpa satu group yang membincangkan hal seorang lagi manusia yang dipercayai beragama Islam tapi bercakap main-main tentang agama. Hadis diubah semata-semata fanatiknya hamba Allah ini dengan salah seorang peserta AF8. Nastaghfirullahal’azim…berasap pun ada bila baca status dia.Nak quote kat sini pun tak sanggup. Semoga dia terbuka hati untuk segera bertaubat.aamin.
Ekspresi ni bukan lah salah tapi kalau difikir-fikirkan, macam terdorong untuk menjadi ummat yang suka mengeluh pulak kadang-kadang. Marah, tak puas hati, sedih, sakit dan segala macam laa yang ingin dikongsikan, secara tak langsung membuat orang kurang untuk tenang, sabar dan redha dengan ujian2Nya. Rasa lebih suka untuk mengadu segalanya kepada manusia berbanding Tuhan..(mungkin).. Ada juga yang buat amal baik nak diuarkan-uarkan di fb. Memang la baik tapi simpan je la hal tu, cukup Allah tahu kan..takkan buat demi pujian manusia kot. Ye tak?
Saya cuma terfikir akan hal ni. Tiadalah saya kisah akan penerimaan orang lain. Tapi begitulah, sekadar mengajak sesiapa yang ingin berfikir sama..akan apa yang diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin tu.. terutamanya pasal gambar, tagging..agak payah la soal ni.huhu.
alaa..kecoh r…bukan apa-apa pun, suka-suka je..semua orang buat cmtu gak..share gambar sana sini..rilek r..name pun status kan…biasa r nak update2 status..tak suka tak yah bukak fb..tak yah masuk..kecoh je
hehe..tepuk dada tanya iman la ok..masing-masing punya cara.
Semoga tak membuahkan benih-benih dosa di hati manusia. Semoga soal agama tidak diperkotak-katikkan.
Bila mana fb(atau apa saja laman sosial yang lain) sudah jadi medan keruntuhan aqidah, maka BERHATI-HATILAH. Kita ni manusia biasa, sering alpa..beringat-ingatlah sesama kita.
Renung-renungkan. ;)
Wallahu’alam.