Hari-hari dewasa ini

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamu'alaikum...
  
Berehat agak lama. 
Ternyata dunia makin kacau. Terlalu banyak hal yang tidak relevan berlaku. Kalut dan kelam kabut.

Semalam saya menjadi bengang dek kerana fanatiknya orang tempatan di sini dengan sepak bola (baca: bola sepak) mereka. Menang liga tapi berarak macam juara piala dunia. Bukan sehari dua tapi masuk berminggu juga. Dengan kepala singa di usung sana sini (tak kurang yang bertukar menjadi singa terus!) dengan bunyi hon yang amat membingitkan pagi petang siang malam..lalu lintas mereka yang punya...arghh..tiada apa yang boleh dibuat selain SABAR!

Kami menganalisis hal ni dan menyimpulkan bahawa 'mereka' di sini memang gemar untuk taksub akan sesuatu hal meskipun ia tidaklah perlu digah-gahkan. Langsung tidak kot. Bagaimana tidak ada demonstrasi dan juga mungkin 'sweeping' bila isu pertelingkahan dua negara sebelum ini timbul. Padahal ia bukanlah apa-apa sangat. Emosi mengatasi relevansi. Oh, please...

Apapun, kami pasti disoal balik - di mana sekarang kamu berada? Suka ataupun tidak...hadapilah jua. Ya, hadapi dengan berbakul-bakul rungutan untuk kepuasan hati sendiri. Heh

..... 

Menjadi kebiasaan, orang yang menganjurkan apa-apa acara akan menetapkan waktu bermulanya jauh lebih awal dengan alasan...

'orang kita memang payah camtu, kalau kul 7, paling kurang setengah jam kemudian la baru nampak. standard sejam laa baru boleh mula'

Ya, orang kita (baca: Malaysia).
Tapi tahukah kalian bahawa budaya di sini ada yang superrrrr duperrrrrrrr teruk?
Bukan sejam dua, malah boleh sampai empat jam! Oh, bukanlah saya kalau menunggu lebih daripada sepatutnya. Baik angkat kaki selesaikan hal lain yang masih belum disentuh. 

Percaya atau tidak, begitulah situasinya di sini lebih-lebih lagi jika ada perjumpaan persatuan. Seolah-olah anda harus tunggu seumur hidup untuk nampak hidung orang2 yang seharusnya hadir. Marah, geram, menyampah, bosan, bengang...semua cukup kot. Terfikir...ketika nak jadi ahli dulu bukan main ketat peraturan. Bila dah, Allah...Kau Maha Mengetahui betapa bagusnya hamba-hambaMu berjanji masa.

OpppSss..
Ini bukan bermaksud menghentam orang di sini. Banyakkkkkkk yang sangat2 bagus. Tapi kerana nila setitik kan...huhu
Saya memberitahu sesuatu yang saya harap dapat berubah. Aduhai...
Semalam saya mengomel sendiri.."kan bagus perarakan besar-besaran ini kerana Gaza."
Pagi tadi, saya terserempak dengan mahasiswa2 yang bersiap-siap untuk demo Gaza. Polis bersama bersedia untuk mengawal lalu lintas. Oh, Ya Allah...teringin nak ikut serta. 

Sungguh, aura di sini tidak sekuat di Malaysia. Kalau di tanya mahasiswa kedokteran, pasti ramaiiiiii yang langsung tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Masing-masing sibuk hal sendiri, kepuasan dan keseronokan. Itu yang saya perhatikan sejak tiga tahun lalu..dan setiap kali merasakan 'jahil'nya diri ini dengan ketandusan semangat perjuangan, rindu saya pada tanah air membuak-buak. Sangat. Teramat ingin pulang dan kuliah di tempat sendiri saja. Ya Allah..

Allahhh...
sedangkan hidup dijajah kafir dan yahudi laknatulah
yang dimurkaMu menjadi darah daging sehari-hari
bagaimana ingin berjuang agama yang suci?
diri sendiri penuh palitan noda...
nastaghfirullaha'azim......


 .......

kadang kala
atau mungkin sering kali
sendirian itu lebih baik
mencari diri sebagai hambaNya
merenung hikmah kehidupan yang berlangsung
menolak lalai dan lagha jauh dari hati
segala-galanya jauh lebih bermakna
dan terasa aman dan bahagia  

.....

berharap tapi juga bersedia untuk pasrah
merancang dan bersiap untuk mengikut ketentuan
sabar dan yakin akan kuasaNya..
meski kecewa mengundang duka
air mata menghapus senyum tawa
hanya iman menghidupkan  roh dan jasad
untuk hidup lebih tabah dan redha
Ya Allah...kuatkanlah..

.....


apa-apa sajalah