Donor

Setelah sekian lama tak 'derma', hari ni saya cuba untuk kali kedua. Saya pastikan ambil breakfast. Kemudian selepas group discussion saya terus makan nasi. Baru pukul 9 pagi. Heh. Punyalah nak siap-siap untuk 'derma' ni.


Tengahari saya rasa macam mengantuk sikit. Bimbang jugak kalau badan penat ni. Tidur dah cukup tapi bangun awal sangat.


Tensi/ BP ; 120/70

BB ; 48kg


Alhamdulillah. Saya paling bimbang kalau low BP. Sebab selalunya kalau lambat makan dan kurang bersenam pasti saya punya low.


Berbalik kepada cerita. Giliran saya sampai. Saya tak ada masalah dengan jarum dan darah. Jadi semuanya berjalan lancar. Tapi lepas nurse cabut jarum dari lengan, mata saya sedikit kabur. Awalnya saya lawan tapi sampai satu tahap, saya pun tak berapa dengar suara orang kat situ, saya terus bagitahu nurse saya ’pusing’....dan pandangan pun berbalam-balam..


Saya pengsan? Heh. Alhamdulillah tak. Nurse sempat bagi minum teh. Saya sedut secepat mungkin. Kemudian pandangan mata dah kembali normal.


'panas ya?'..nurse tu tanya

‘ya...ngak...err..’ saya tak tahu nak jawab apa tapi sedikit pelik nurse tanya tiba-tiba.


Saya terasa nak sentuh dahi. Ya Allah, keringat dingin... patutlah nurse tanya. Heh. Macam ni rupa-rupanya kalau nak pengsan ya.. (tak pernah pengsan..)


‘semalam tidur jam berapa?’

‘8..’

‘bangun jam berapa?

“err..3!’ (sebenarnya dalam 2.15 jugak)


Heh..boleh jadi badan saya penat...sebab tu nak pengsan.

Apapun, alhamdulillah dapat derma darah lagi. Terima kasih Kar Weoi yang temankan saya balik sampai rumah.(takut saya pengsan kat jalan kot..=P)


Kepada sesiapa yang ada fobia pada darah atau jarum, kuatkan semangat. Hadapi benda yang fobia tu banyak kali dengan fikiran yang positif. Mungkin susah tapi cubalah. Terutama yang nak jadi doktor, nurse atau bidang yang berkaitan. Nak tak nak kena hadapinya jugak. Kepada kawan-kawan saya berkenaan, i’ll support u all guys.. ingat, next week kena buat sendiri!