aduhai...

Wahai lelaki..

Hentikan pujuk rayumu

Jangan terus menguji jiwa perempuan yang lemah

Kenapa harus terus menambah dosa


Wahai lelaki

Kau sebenarnya pemimpin utama

Bawalah hawa ke jalan yang lurus

Jangan sesekali kau tarik mereka ke lembah hina

Corakkan mereka menjadi wanita solehah

Bukan sebagai tempat pelengkap nafsu


Wahai perempuan

Engkau tahu jika berdua maka ketiga itu syaitan

Kenapa begitu asyik berteman dengan musuh

Ke mana hilangnya peganganmu yang utuh

Kerana lelaki..

Begitu senangkah akhlak mu luntur


Wahai perempuan

Tiada salahnya berkasih sayang

Tapi ingatlah perempuan itu fitnah terbesar

Jangan kau lupa maruah yang suci

Peliharalah ia sehingga mati


Wahai lelaki...

Wahai perempuan...

Kenapa murkaNya yang dikejar

Lupakah engkau akan redhaNya

Nikmat kasihNya kau pesongi..khianati..

Kenapa sedemikian wahai lelaki..wahai perempuan..


Ya Allah..

Kayakanlah diriku dengan ilmu

Hiasilah diriku dengan kelembutan

Muliakanlah diriku dengan taqwa

Cantikkanlah diriku dengan kesihatan dan kesejahteraan

Dan...

Jauhkanlah diriku dari segala bentuk kemungkaran...

Aaminn........


Dari Abu Said al-Khudri r.a, katanya. Rasulullah s.a.w bersabda;

Sesungguhnya dunia itu manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah melantik anda menjadi khalifah di atasnya. Dia akan melihat apa yan anda semua lakukan. Takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku di kalangan kaum Bani Israel adalah disebabkan oleh kaum wanita. – Hadis riwayat Muslim


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. –An-Nur;30


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yan zahir daripadanya.. – an-Nur;31